Aug 13, 2008

Tagged...?


Waaa... Akak dah tag Su. Gayatnyeee....

Su tak penah kena tag tau. Ini kali yg pertama. Sebenarnya Su fobia dengan ayat yg berbentuk soalan subjektif dan bertulis sbb ia mengingatkan Su ttg exam.

Su akan cuba jawab, tapi kalau tak terjawab, akak jangan marah ye? Boleh ulang soalan tu bila kita jumpa lagi nanti... ;)

1. When you buy greeting cards, are the words or the picture more important to you?
Dah lama Su tak beli kad. Tapi selalu dapat kad.... Tahun ni saja dah beberapa keping kad. Errr... kad kahwin. Ada yg ada gambar ada yang tak de gambar...

2. What's your favorite kind of cake?
Cake... bila translate, jadi kek. Su suka gak makan ikan kekek... ikan kekek mak eloi-eloi... ikan gelama mak ilai-ilai...

3. Do you ever make gifts for people, if so what, or do you buy them?
Bergantung, tergantung, digantung, menggantung... kepada keadaan semasa. Akak rasa Su jenis yg mana satu? ;)

4. What's your favorite holiday?
Asalkan holiday... semua jadi peberet Su.

5. Are you going on holiday this year? If so, where?
Err… Ada sesapa nak sponsor Su pegi holiday ke?

6. What was the best party you've ever been to?
Parti? PAS, BN, Keadilan, MCA, DAP, MIC….. Tak penah masuk parti

7. If you are married, describe your wedding. If not, what would your ideal wedding be like?
Candle. :D (Senyum sesorang sbb Su sorang je yg paham)

8. What's the most romantic thing that's ever happened to you?
Romantik… Ro Man… Tik… Itik… macam penah dengar. Nama makanan itik ke?

9. What's your favorite girl's name?
Suka nama je buat apa. Baik suka orangnya...

10. What's your favorite boy's name?
Apa ada pada nama…

11. Which celebrity would you like a dream date with?
Kalau setakat nak date dlm mimpi je, buat apa?

12. Which female celebrity do you find beautiful?
Beauty… (alaa… partner the beast tu lah…)

13. Which male celebrity do you think is attractive?
Nemo tu celebrity gak kan? Kalau dia dah besar mesti warnanya lagi menarik kan?

14. What is your best character trait?
Ntah le. None kot.

15. What is your worst habit?
A lot. Huhu…

Su menjawab soalan ke? Kalau soalan ni ialah soalan periksa, agaknya Su boleh lulus tak? Huhu….

Nota : Hari ni, hari Su merapu meraban. Stress kot... (Malam ni ada ujian lisan Talaqi. Huhu... Menggigil lagi lah alamatnyee...)

7 comments:

Akak said...

Salam Su...

Jawapan yg dah cukup menghiburkan..

suara said...

Salam akak...

Alhamdulillah... kalau su dapat hiburkan akak.

Nanti bila keadaan su dah kembali pulih, Su akan berikan jawapan sebenar... mana-mana yg su boleh jawab lah erk... InsyaAllah.

Jie said...

Su...romantik tu bkn makanan itik...
tapi rasa yg tidak bertitik..hehehe

^aNgRiAni^ said...

waaaaa taggie...
riani dah menjawab taggie nie...uhukssss
tak larat kan nak selesaikan soklan2 taggie tuuuu kan su
bapak banyak...
muaaahhhsssss

suara said...

k'jie...
rasa yg tak bertitik? camne tu? manis? masam? pahit? uih... payah benor nak paham soalan tag ni... patutlah exam dulu dapat markah sikit je...

riani...
tu lah pasal. soalan-soalan ni buat su tak keruan je... teringatkan pengalaman exam dedulu.

Meera Melati said...

salam...

tumpang gelak baca jawapan su

suara said...

Salam meera...

sila.. sila... tak payah tumpang. gelak je. :D