Aug 12, 2008

Puasa.

"Let's have a breakfast at the pantry." Ajak Yoke Nyen.

"I'm fasting today." Saya menjelaskan.

"Puasa ganti ke?"

"Taklah." Saya menafikan. Puasa ganti dah lama berbayar. Selalunya saya cuba menyelesaikan 'hutang' itu secepat mungkin. Bimbang andai tak punya waktu jika ditangguhkan.

Lai Fong mencelah; "Bukan bulan puasa lagi kan?" Saya tersenyum.

Ingin sekali saya menerangkan betapa umat Islam digalakkan berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis. Tambahan lagi sekarang ni kita baru melepasi bulan Rejab dan memasuki bulan Syaaban. Ingin saya ceritakan tentang betapa banyaknya fadhilat dan kelebihan beribadat di bulan ini, tapi rasanya ia terlalu mendalam untuk diterangkan kepada mereka yang hanya mahu tahu sekadarnya saja.

Kalau boleh, saya mahu jawapan saya mampu membuahkan rasa kagum mereka kepada agama Islam. Kalau dapat, saya mahu jawapan saya membuatkan mereka ingin tahu lebih lanjut lagi tentang Islam. paling penting, saya tak mahu jika penerangan saya menjadi kekeliruan kepada mereka, tak mahu membuatkan mereka bosan mendengarnya. Aduh... Banyak sekali harapan, namun sebanyak itu juga kelemahan diri.

"Belum lagi. Berpuasa walaupun bukan di bulan puasa, actually good for health. Bagi cuti untuk perut yang bekerja kuat untuk proses makanan yang kita makan setiap hari." Saya cuba menerangkan dengan cara yang saya rasa mampu membuatkan mereka tertarik.

"Really?" Katanya seolah tidak yakin.

"Puasa ni banyak kebaikan tau. It's good for spiritual, mental and physical." Kata saya berhati-hati. Ligat fikiran saya mencari ilham untuk menjelaskan jika mereka bertanya lebih lanjut. Kening mereka berkerut. Hati saya kecut memikirkan ilmu saya yang tak seberapa.

"Erm... I remember last training that I've attended with Prof Leonard Yong. He did mention about one of the advantage of fasting. He encourage all of us to practise it even for non-muslim. Actually, scientific research has been done and it has been proof that fasting is good for health. If you want to confirm, you can ask Erin. She has been there too." Kesan kepada kesihatan fizikal. Mungkin itu lebih menarik menarik minat mereka berbanding dengan penjelasan ilmiah yang melibatkan menerangan berkenaan kesan mental dan spiritual.

"Erm.. ok. But not all the muslim do it consistantly, right? Is it something like a practise before real fasting month?" Lai Fong menyoal lagi.

"Yeah. Something like that too." Kata saya mengiyakan.

"Don't you feel hungry?"

"Well... a bit. But I know I tak akan mati sebab tak makan separuh hari je." Saya tertawa kecil.

"You ni...Of course la tak akan mati. But I don't think I can. I selalu lapar. At least, I need to drink." Lai Fong berkata sambil meneguk minuman paginya.

'Ya Allah. Ampunkan aku ya Ghaffur. Lemahnya diri ini...' Saya mengeluh sendiri. Jauh di sudut hati, sedih dan sayu menerpa diminda bila jawapan yang saya berikan tak mampu memuaskan hati sendiri.

Bekerja di syarikat yang 80% pekerjanya ialah non-muslim, memang punya cabaran yang tersendiri. Teringat kata-kata
NahwanNUR; "Peluang untuk berdakwah tu...." Tapi, mampukah saya? Apakah jawapan terbaik yg patut saya berikan jika saya ditanya lagi?

Nota: Saya linkkan beberapa artikel ilmu tentang bulan Rejab dan Syaaban yang amat menarik untuk dibaca. Walaupun Rejab telah berlalu, tapi tak salah jika kita mengutip ilmu, kan?
Bulan ALLAH
Ada Apa Dengan Rejab
Sinar Syaaban Menyelusuri Sirah.
Indahnya Syaaban Dihiasi Dengan Sunnah.

9 comments:

Akak said...

Salam Su...

terima kisah kerana entry nie punya info & pengisian yg menarik, mmg bkn mudah nak explain kat kawan2 yg berbangsa lain tentang puasa sunat..

suara said...

Salam akak...

Mmg susah sangat. huhu....
Bagi su, entry ni penuh dengan kisah kelemahan su... kekurangan su... dan itulah hakikatnya. :(

Meera Melati said...

salam,
saya nakkata selalupuasa sunat tu tak la... tp bila saya puasa tu kwn bukan islam mesti tanya kenapa...

jawab saya 'puasa yg ini ibarat bonus la... kalo saya buat saya akan dpt bonus' setakat ni diorang faham...

Mak Su said...

susah ek... cerite ler we are following our rasul and nabi2 dolu2, it's their practise, so we are encouraged to follow. like their kepercayaan, pun ada kan, ikut style guru-guru dorang dolu2, to gain karma ker apa ker.. .err.. sowi, menyampuk plaks.

suara said...

Salam.
Thks Meera. Memang puasa sunat tu bonus pun kan.

Mak su....
apa pulak menyampuk. Pendapat mak su mmg dialu-alukan. Thks maksu.

rudy bluehikari said...

ramadhan dah dekat ...latihan puasa tak kerap lagi ni...

suara said...

Rudy...
Latih... jgn tak latih... nanti letih... hehe

Tokyo BLUE said...

posa? waahhh cabaran mendatang lagi!

suara said...

cabaran datang bersama ganjaran... menarikkan tawaran yang Allah berikan tu... :)