Tamparan tepat dipipi. Terpinga-pinga lelaki itu dengan tindakan tidak di duga dari isterinya sendiri. Tanpa sebab, tanpa alasan. Kebencian meluap-luap.
.....
"Lepaskan aku! Binatang!" Jeritan histeria wanita itu benar-benar menakutkan. Matanya yang merah dan penuh dengan jelingan kebencian. Kekuatannya luar biasa sungguh.
.....
Tangisan anak kecil itu telah berterusan selama 3 malam berturut-turut. Dibawa kehospital, tak ada sakit yang dikesan.
Hairan, tangisnya terhenti bila berada di sana. Bila balik, dia kembali menangis.
.....
Sungguh dugaan itu menguji keimanan. Apatah lagi jika ianya begitu menyakitkan. Roh dan jasad menjadi taruhan. Hati menjadi tak keruan. Makan minum tak dihiraukan.
#sakitnyatudisini
"Kenapa aku diuji sebegini? Apa salahku?" Soalan yg sering ditanya. Jawapannya, kerana Allah sayang kita! Dia mahu kita mengadu padaNya, merayu meminta pertolonganNya. Dia memberi jalan untuk menghapuskan dosa-dosa kita!
Astaghfirullah... Ampunkan kami Ya Allah!
…...
Mata saya cerah hari ni. Alhamdulillah. 😄
Tafsir Surah Al-Baqarah, ayat 102 diteruskan.
Maulana Wan Kamaruzzaman meneruskan penjelasannya tentang sihir.
"Sihir dah lama wujud sebenarnya, semenjak zaman Nabi Sulaiman lagi. Dalam kisah Nabi Musa pun, ada sihir diceritakan. Sebenarnya, semasa zaman Nabi Sulaiman, sihir dah cuba dihapuskan." Tiada suara kedengaran. Tiada juga bunyi gangguan lain. Semua jemaah khusyuk sekali.
"Nabi Sulaiman tanam segala yg berkaitan dengan sihir tapi apabila beliau meninggal, syaitan telah memunculkan dirinya berupa manusia dan memberitahu umat manusia masa tu bahawa Nabi Sulaiman dulunya menggunakan sihir. Fitnah untuk mempengaruhi fikiran pengikut Nabi Sulaiman."
Jelasnya lagi.
"Syaitan bagitahu di mana barang-barang dan buku sihir ditanam. Akhirnya, sihir tu kembali dalam masyarakat." Begitulah dikisahkan.
"Masalah besar berkaitan sihir ni, ianya digunakan untuk menyakitkan dan memusnahkan orang lain. Dengki, busuk hati, tak boleh tengok orang senang...."
"Lalu Allah turunkan malaikat Harut dan Marut..." Bla... Bla... Bla....
Uishh... Letih kalau saya nak tulis semua.
Jadi, andainya kalian nak tahu, sebaiknya hadirilah majlis ilmu. Sertailah mana-mana kuliah agama, Tafsir Al-Quran. Menghadiri majlis ilmu, ibarat berada di taman-taman syurga. Walaupun adakalanya terlena, tapi keberkatannya tetap ada. 😅
.....
Salah satu cara nak kejar pahala berterusan ialah dengan sertai #projekwaqafbukubdc kami. Rebutlah peluang keberkatan Ramadan ini. Entah kita akan ada atau tidak diRamadan tahun depan. 😥
Yang berminat, klik
https://orderbukubdc.wasap.my/
#jombelidanbaca
#jomwaqafdankutippahala
#BDC2019
#bondanor
No comments:
Post a Comment