Pagi ini.
Tiba-tiba bahu dicuit. Saya menghentikan bacaan sedikit lambat kerana menghabiskan ayat dan kemudian berpaling.
"Gapo?" Tanya saya ringkas. Wajahnya seperti biasa, tanpa senyum. Tangannya menghulurkan sesuatu. Rantaian 4 kuntum bunga putih yang dicucuk bunga rumput.
Semerbak haruman melor menerpa deria hidu.
"Ya Allah... Sedapnya bau..." Mata saya bercahaya. Bunga kesukaan didepan mata. Bunga yang ditanam dibelakang rumah hasil pemberian keluarga dari Terengganu.
.....
"Mudah je nok tanang bunge nih. Cucuk atas tanah, sirang dan Insya-Allah, hiduplah nanti." Pesan Che saat saya melawatnya satu ketika dulu.
"Macam tu je ke Che? Nanti Su mintak Yom tanam lah, tangan dia sejuk, pokok mudah hidup." Balas saya sambil membelek-belek ranting bunga yang dah dipotong.
Memang mudah. Dalam kepanasan kemarau tika ini, ia tetap galak berbunga.
.....
"Terima kasih abang..." Ucapan rutin yang diamalkan. Senyum saya melebar. Berkali-kali saya menghidunya.
Kejutan yang biasa, tapi saya tak pernah jemu dengannya. Allah anugerahkan saya dengan suami yang begitu baik. Romantis dengan cara yang tersendiri. Walaupun kecil dan simple, tapi kesan bahagia yang dirasa itu lebih bernilai.
Alhamdulillah...
Tiba-tiba kenangan zaman kecil menerpa. Teringat arwah nenek.
Nafas ditarik dalam. Saya kembali meneruskan bacaan Al-Quran. Saya mahu menghadiahkan bacaan ini buat nenek di alam sana...
#BDC2019
#akudandia
#bondanor
#sakitnyatudisini
May 13, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment