May 21, 2019

Itulah Dia

"Satu buku tu ada ramai penulis ke?" Tanya suami.

"Ye la. Dah namanya antalogi." Jawab Saya sambil tangan terus bergerak. Bubur harus siap dalam masa sejam lagi untuk dihantar ke sekolah tahfiz sains Berangan. Sumbangan berbuka puasa.

"Berapa ramai penulis?" Tanyanya lagi. Tangan saya berhenti seketika. Memandangnya dengan sedikit kerutan.

"215 orang." Ringkas jawapan saya.

"Berapa buku?" Adeehh... Geram dah mula singgah di hati.

"Abang ni kan...Eeii... baca tak info yang Su hantar kat wasap?" Giliran saya menyoal.

"Panjang sangat. Lain kali hantar yang ringkas je. Info penting dan padat." Jawabnya selamba. Alahai...

"Semua yg Su hantar tu info penting. Ringkas karang, tak cukup maklumat pulak." Balas saya. Dia diam.

Itulah suami saya. Kalau boleh, dia nak yang dalam bentuk point dengan isi seringkas mungkin.

Saya akur. Dia memang cenderung pada nombor dan fakta sahaja.

Ermm... Abih tu, masa zaman sekolah dulu, boleh pulak dia tulis surat dan baca surat saya yang berkajang-kajang panjangnya. 😂😂

#BDC2019
#muhasabahdiri

No comments: