May 30, 2019

Cintai Dia

Hari ini... Beberapa jam lagi, World Quran Hour akan bermula.

Hakikatnya, ia telah dan harus bermula seawal Ramadan.

Sebolehnya, ia harus bermula laaaama dulu, seawal kita mengenal huruf Al-Qur'an.

Keazaman untuk khatam Qur'an sekerap mungkin harus sentiasa ditanam dan disiram. Berusaha terus.... bukan berazam dan kemudian diabaikan.

Tak usah beralasan. Kerana kita punya 24 jam sehari. Peruntukkan 5 minit untuk satu mukasurat. Payahkah?

Kedekut sangat kita dengan Allah. Sombong sangat kita bila mengabaikan surat cintaNya.

Diberinya kita 1,440 minit dalam sehari. 5 minit pun tak sanggup diberikan sedangkan Dia begitu pemurah. Lupa diri sungguh!

Ganjaran melimpah yang dijanjikan Allah, langsung dibuat tak endah. Apakah kita merasa apa yg diamalkan sudah cukup untuk menempah tempat di Jannah?

Ya Allah... Ampuni kami...

.....

Andai ada yang belum bermula, tidak mengapa. Selagi nafas masih ada, kita belum terlambat. Kita harus bermula di mana-mana. Mungkin hari ini adalah langkah pertama. Mungkin hari ini hati akan berkata, inilah masanya.

Hidayah perlu dicari dan diminta juga. Istiqamah perlu diusaha.

Mari kita sama-sama berusaha menuju kearahnya. Tangguhkan seketika urusan dunia buat seketika. Kita dengar apa yang Allah kata. Mungkin dulu kita hanya baca tanpa faham, dan kerana itu cinta kita pada Al-Quran tak cukup mendalam.

Hampir seluruh Malaysia bersedia dengan World Quran Hour. Hadirkan diri. Anda tak akan rugi.

Di sana nanti, di Perpustakaan Negeri Kota Bharu, kita tambahkan bicara bedah buku. Semoga dengannya, hati dan jiwa dibedah sama, minda dibuka oleh yang empunya roh dan jasad, Allah As-Somad.

Semoga kita tidak terlambat untuk menyahut panggilan cinta Illahi....

#worldquranhour
#MuhasabahDiri
#BDC2019
#tadabburntazakkur
#bondanor

No comments: