Buku Siri Muhasabah Diri : Bercakap Dengan Cermin
Buku yang sarat dengan pengajaran tentang kehidupan. Kisah benar yang menyentuh hati dan meruntun rasa.
Dalam tangis ada syukur, dalam sakit ada akur, dalam perit ada hibur.
Paling penting, disebalik pengalaman yang dikhabarkan ini, ada ilmu dan amal yang dikongsi, yang diharap akan membawa pembaca ke laluan yang diberkati Illahi.
Dari Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, "Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya, selagi kalian berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnah Nabi" (Muuwatta' Malik No: 1661 Dar Ihya Ulum Arabiyyah). Status: Hadis Sahih.
Garapan bahasa yang mudah difahami, diselitkan ilmu Al-Quran dan Hadis, menjadikan ianya makanan minda yang santai tapi berkhasiat.
Untuk jiwa yang ketandusan, ia bagai siraman air yang menyegarkan.
Untuk hati yang kehausan, ianya adalah penghilang dahaga yang didambakan.
Untuk iman yang hampir kekeringan ia adalah baja yang berfungsi untuk menyuburkan.
Itulah harapan kami. Sedikit perkongsian dalam buku Siri Muhasabah Diri, Bercakap Dengan Cermin, yang mana ianya dihidangkan dalam 9 buku berlainan. Semuanya enak untuk disantap mata dan minda bila2 masa. Ia tidak membatalkan puasa, malah menambah pahala, apatah lagi dibulan Ramadan ini.
Percayalah, rugi kalau anda tidak memilikinya.
Kami bercerita dengan satu niat, untuk memberi semangat dan menyatakan bahawa anda tidak bersendirian, dugaan didatangkan tanda Allah Maha Sayang....
#jombelidanbaca
#jomwaqafdankutippahala
May 10, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment