May 10, 2019

Kenangan...

"Hari ni nak masak udang tak? Buat gulai kuning yang macam ma selalu buat...." Mesej abang ipar dalam group wasap keluarga.

Ramadan, bulan yang kerap menggamit kerinduan pada arwah mak mertua. Rindu yang sentiasa ada dan amat ketara bila bulan puasa. 

"Ok abg Arie, nanti Ja buat." Balas adik ipar, satu-satunya anak perempuan Ma. Kemana tumpahnya kuah kalau bukan kepinggan nasi.

Tapi hakikatnya, masakan Ma tak ada bandingan. Samada Ja, saya atau ipar-ipar yang lain, masakan kami tak mencapai tahap piawaian yang asal. Rasanya tak sama. Tak seenak air tangan Ma.

"Ma belajar kat mana masak-masak ni? Semuanya sedap. Main campak-campak pun, memang sedap. Tak cukup bahan pun, Ma boleh buat." Soalan yang pernah saya ajukan pada Ma satu ketika dulu. Ma tersenyum manis mendengar kata-kata saya.

Setahu saya, ibu Ma meninggal semasa usia ma 7 tahun dan beberapa tahun kemudian, nenek yang menjaga Ma pulak menyusul.

"Ma suka perhati tukang gulai masak. Masa Ma kecik lagi, bila ada kenduri, Ma ikut menolong. Tuan rumah selalunya akan bagi bekal bawak balik lauk. Makan seluruh keluarga hari tu lepas la." Jelas Ma.

Dulu, bila ada kenduri, memang saudara mara dan jiran-jiran akan bergotong royong. Meriah!

Sekarang, kalau kenduri saja, mesti ambil catering. Mudah. Nilai kerjasama semakin pupus.

Kenangan. Indah bila dikenang. Perit bila sedar kita telah kehilangan. #SakitnyaTuDiSini.

Mata basah jadinya.

Semoga Allah menempatkan arwah bonda mertua saya bersama-sama hambaNya yang dikasihi. 

#kisahmertuamenantu
#BDC2019
#bondanor
#rinduselalu
#muhasabahdiri

No comments: