May 24, 2019

Bubur Pulut Hitam

Periuk Noxxa saya hanya muat 1kg beras pulut hitam untuk satu-satu masa. Itulah kapasiti untuk projek bulan puasa saya.

.......

Kenangan.

"Adik! Gi hantar kueh ni kat Mak Jah kejap!" Laung kakak dari atas rumah.

Bergegas saya menaiki tangga. Tugas bulan puasa bermula.

"Kalau kita bagi makanan pada sedara dan jiran untuk buka puasa, rezeki kita murah. Nanti dapat pahala macam orang puasa. Kadang tu orang hantar kueh dan lauk kat kita juga." Jelasnya sambil tangan terus menceduk kuah butir nangka masuk ke pinggan.

"Abih tu, pahala orang tu kita ambik ke?" Tanya saya mengisi masa.

"Tak lah. Pahalanya tak berkurang. Cuma kita dapat jugak pahala tu." Ajaran santai sambil menghulurkan pinggan kepada Saya.

"Pahala kita beranak sebab bagi dia makanan ke?" Saya mahukan kepastian.

"Hah? Haha... Ye lah. Lebih kurang begitulah." Jawab arwah mek sambil ketawa.

.....

Rutin orang kampung bila Ramadan menjelang. Meriah. Hanya masak lebih satu lauk atau kueh, nanti hasilnya penuh satu meja!

Ajaran arwah mahu saya kekalkan. Bukan dengan niat nak memenuhkan meja dengan balasan makanan dari jiran dan saudara, tapi mahu mengutip pahala dengan sedikit masa yang masih Allah berikan.

Entah esok, entah lusa, giliran saya menyambut panggilanNya. Sedang bekalan amalan masih amat kurang.

Lalu dengan kemampuan dan kudrat yang ada, saya tetap usahakan apa yang terdaya.

Projek SB (sedekah bubur) dan projek buku BDC (Bercakap Dengan Cermin).

.....

Projek buku BDC, nak baca sendiri boleh, nak waqafkan pun boleh.

Ia bukan sekadar buku cerita, tapi kisah benar yang menyentap rasa.
Hidup setiap insan penuh warna, suka dan duka di adun sekata.
Di dalamnya ada ilmu dan pengajaran buat panduan kita untuk menuju redhaNya.

Wasap saya pada sesiapa yang berminat.
https://orderbukubdc.wasap.my

#jombelidanbaca
#jomwaqafdankutippahala
#BDC2019
#bondanor
#sedekahbubur

No comments: