May 30, 2019

Cintai Dia

Hari ini... Beberapa jam lagi, World Quran Hour akan bermula.

Hakikatnya, ia telah dan harus bermula seawal Ramadan.

Sebolehnya, ia harus bermula laaaama dulu, seawal kita mengenal huruf Al-Qur'an.

Keazaman untuk khatam Qur'an sekerap mungkin harus sentiasa ditanam dan disiram. Berusaha terus.... bukan berazam dan kemudian diabaikan.

Tak usah beralasan. Kerana kita punya 24 jam sehari. Peruntukkan 5 minit untuk satu mukasurat. Payahkah?

Kedekut sangat kita dengan Allah. Sombong sangat kita bila mengabaikan surat cintaNya.

Diberinya kita 1,440 minit dalam sehari. 5 minit pun tak sanggup diberikan sedangkan Dia begitu pemurah. Lupa diri sungguh!

Ganjaran melimpah yang dijanjikan Allah, langsung dibuat tak endah. Apakah kita merasa apa yg diamalkan sudah cukup untuk menempah tempat di Jannah?

Ya Allah... Ampuni kami...

.....

Andai ada yang belum bermula, tidak mengapa. Selagi nafas masih ada, kita belum terlambat. Kita harus bermula di mana-mana. Mungkin hari ini adalah langkah pertama. Mungkin hari ini hati akan berkata, inilah masanya.

Hidayah perlu dicari dan diminta juga. Istiqamah perlu diusaha.

Mari kita sama-sama berusaha menuju kearahnya. Tangguhkan seketika urusan dunia buat seketika. Kita dengar apa yang Allah kata. Mungkin dulu kita hanya baca tanpa faham, dan kerana itu cinta kita pada Al-Quran tak cukup mendalam.

Hampir seluruh Malaysia bersedia dengan World Quran Hour. Hadirkan diri. Anda tak akan rugi.

Di sana nanti, di Perpustakaan Negeri Kota Bharu, kita tambahkan bicara bedah buku. Semoga dengannya, hati dan jiwa dibedah sama, minda dibuka oleh yang empunya roh dan jasad, Allah As-Somad.

Semoga kita tidak terlambat untuk menyahut panggilan cinta Illahi....

#worldquranhour
#MuhasabahDiri
#BDC2019
#tadabburntazakkur
#bondanor

May 27, 2019

Utamakan Yang Afdhal

Utamakan yang Rasulullah amalkan. Itu lebih afdhal.

"Ramai yang terlalu ghairah dengan amalan yang diajar oleh ustaz atau ustazah masing-masing. Saya tak kata salah, cuma selidiki dulu dari mana sumbernya." Tekun saya mendengar patah perkataan yang keluar dari mulut ustaz.

"Kadang tu ianya dari hadis dhoif atau hadis mungkar. Kadang tu ianya dari ajaran guru-guru terdahulu. Ada jugak yang dari mimpi. Kalau itu sumbernya, tinggalkan dulu. Utamakan apa yang diamal oleh Rasulullah. Ikut apa yang disebut dari hadis soheh dan Hasan." Erm... Saya pun dulunya tak pernah selidik ajaran untuk mengamalkan sesuatu itu dari mana sumbernya.

"Contohnya ustaz?" Soal salah seorang jemaah yang hadir.

"Solat sunat tasbih dan solat sunat tahajjud. Mana satu yang dilakukan oleh Rasulullah?" Tanya ustaz kembali.

Diam. Tak berani nak menjawab.

"Solat sunat tahajjud tak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah. Itu dari hadis soheh. Sedangkan solat sunat tasbih, ada pertikaian tentangnya. Ada yang kata ianya soheh, ada ulama yang mengatakan ianya dhoif." Semua memasang telinga. Penuh perhatian.

"Mengerjakannya mendapat pahala, Insya-Allah kerana ia adalah ibadah. Tapi sebaiknya, amalan yang Rasulullah buat, kita perkemaskan dulu. Solat sunat tahajjud, witir, rawatib dan lain-lain lagi. Itu antara amalan baginda yang jelas dilakukan dan tak ada perbahasan tentangnya." Penerangan yang cukup jelas.

Tangan ligat mencatatkan sesuatu.

Terasa benar diri ini kekurangan ilmu.
Kitab hadis terlalu banyak. Walau ada yang dialihbahasa tapi bimbang pemahaman berbeza. Ada juga kitab dengan bahasa yang tak mampu difahami.

Kerana itu, harus ada seseorang boleh dirujuk. Pastinya ustaz atau ustazah yang punya kepakaran dalam ilmu berkaitan.

Ilmu harus dicari bukan dinanti. Berguru sebaiknya secara berdepan kerana senang nak mintak penjelasan. Agar apa yang didengar tak disalahfaham.

.....

"Bukan dia seorang je ustaz di Malaysia nih. Ramai lagi yang boleh dirujuk. Jangan kerana dia cakap begitu, pendapat orang lain semua salah!.." Saya terdiam saat cuba berkongsi apa yang diajar.

Tak punya kekuatan untuk membantah, tak punya ilmu untuk berhujah. Ahh... Kerdilnya diri.

.....

"Jangan rujuk dengan satu sumber, jangan terlalu bergantung dengan Mr Google, jangan terlalu fanatik dengan seorang sahaja guru agama atau ustaz. Banyakkan belajar, banyakkan berguru. Mohon petunjuk dari Allah selalu. Berdoalah setiap kali melangkah mencari ilmu. Insya-Allah, kita tak akan salah haluan." Pesan salah seorang dari ustaz yang pernah saya ikuti kuliahnya.

......

"Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut [menjadi tinta], ditambahkan kepadanya tujuh laut [lagi] sesudah [kering]nya, niscaya tidak akan habis-habisnya [dituliskan] kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." Surah Luqman, ayat 27.

Apa yang saya belajar tak sampai pun satu titik dari ilmu Allah yang Maha Luas.

Allahuakbar!

#notakuliah
#muhasabahdiri
#sakitnyatudisini
#BDC2019

May 26, 2019

Mulakan dengan memberi...

"Dik, tolong buat sambal petai. Abe nak make tapi kak tok cekak nok masok." Luahnya dengan wajah keletihan.

"Boleh. Tapi ada petai ko?" Sambil membayangkan dinding yang bakal berminyak dengan percikan cili kering yang dimasak. Aduhai...  Risiko yang dah diketahui akan dihadapi.

Takpelah. Sayang kakak punya pasal.

"Ada...ada... Nanti kak ambik deh." Balasnya laju.

.....

Seboleh mungkin saya cuba memenuhi permintaan mereka. Bukan orang lain pun, keluarga saya.

Membantu selagi dalam kemampuan. Asalkan saya tak pengsan kepenatan, okeylah.

Bukankah itu juga dikira sebagai sedekah? Dan orang yang paling utama untuk dibantu adalah ahli keluarga.

.....

"Kak, order dah siap!" Wasap saya sambil menghantar gambar.

"Wahh... Mesti sedap!"

"Tak tahu la. Kak rasa dulu. Tak cukup rasa kat mana-mana, tambah sendiri." Pesan saya bimbang rasanya tak cukup sempurna.

Ermm... Ini sambal petai ikan bilis atau petai sambal ikan bilis? Petainya lagi banyak dari sambal. Kena sedia air freshener kat tandas kalau gini gayanya. Tapi air freshener tu beli sendirilah ye! 😅

.....

"Mulakan dengan memberi, lebih banyak rezeki akan kembali." Nasihat yang telah saya tanam kemas dalam minda dan hati.

Salam Ramadan Penuh Keberkatan.

#RamadanKareem
#familyfirst

May 25, 2019

Akaun Jannah

"Tahlil arwah buat berapa hari?" Tanya salah seorang jemaah yang menghadiri pengkebumian arwah.

"7 hari. Lepas tu seminggu sekali sehingga 40 hari. Last sekali 100 hari." Balas lelaki itu menjelaskan. Mungkin ahli keluarga arwah.

Syukurlah ada yang berusaha mengirimkan doa buat dia.

Itu dia. Kita bagaimana?

Saya? Kerap saya renungi apa yang saya miliki dan apa yang bakal saya tinggalkan. Terlalu banyak yang kurang...

Andai ada keluarga yang melakukan tahlil buat saya, paling lama sehingga 100 hari. Selepas tu, apa ya? Kiriman doa mungkin terhenti di situ saja. Allahu... Sedihnya saya...

.....

"Nanti kita buat tahlil untuk 100 hari Ma ya ayah. Nak buat malam Jumaat atau nak cukupkan betul-betul 100 hari?" Tanya saya memecah kesunyian.

Ayah banyak termenung selepas pemergian Ma. Menahan rindu agaknya.

"Buatlah ikut mana yang rasa elok. Tak semestinya nak cukupkan 100 hari." Jawab ayah dengan lemah.

"Nanti kita bincang lagi bila semua adik beradik berkumpul." Itu amalan keluarga kami.

.....

100 hari bagaikan terlalu lama untuk ayah. Dia tak mahu menunggu lagi. Bayangan Ma yang menanti disahutnya awal.

Hari ke-96, ayah menyusul isteri yang dicintai. 😭😭😭

Tahlil di rumah kami bersambung lagi.

.....

Sila tonton penjelasan dari Dato' Seri Dr Hassan Din Al-Hafiz.

.....

Bukan soal tahlil yang mahu saya beri penekanan, kerana apa yang telah lama diamalkan memang payah nak diubah.

Tapi soal "buka akaun" tu yang saya pentingkan. Akaun untuk kita buat transaksi pahala.

Bagaimana nak buka akaun simpanan tetap untuk pahala dan terima faedahnya sepanjang masa. Akaun yang membolehkan kita terima pahala berterusan sekalipun setelah kita "pulang" kepangkuan Dia.

Anda dah buka "akaun simpanan pahala tetap"?
Saya sedang berusaha. Harap kalian sertai saya ya!

Https://orderbukubdc.wasap.my

#jombelidanbaca
#jomwaqafdankutippahala
#BDC2019
#waqafbukubdc
#muhasabahdiri

May 24, 2019

Buktikan!

"Kamu cinta suami/isterimu?"
"Mestilah. Sapa tak sayang bini/laki oi!"

"Kamu sayang anak-anak?"
"Memanglah. Susah payah nak lahir dan besarkan mereka."

"Kamu cinta mak ayah kamu?"
"Pasti. Budi mereka tiada tandingan."

"Buktinya?"
"Seluruh harta dan tenaga dicurahkan buat mereka. Apa saja yang mereka nak, cuba dipenuhi sehabis daya."

Dalam rumahtangga, sekecil-kecil perbuatan adalah pembuktian hati yang sayang. Bukan setakat sediakan rumah, makan dan pakai tapi dengan pelbagai cara dan kejutan yang manis.

.....

"Kamu cinta Allah?"
"Ya!"

"Kamu cinta Rasul?"
"Tentu!"

"Kamu mahu syurga?"
"Of course!"

"Buktikan!"
"...."

Berapa ramai yang benar-benar mampu membuktikan kasih dan cinta kita pada Allah dan Rasul? Cukupkah dengan solat dan puasa sahaja?

Adakah kita dah penuhi tanggungjawab kita sebagai hamba? Dah buat perkara-perkara tambahan yang membuktikan kata cinta yang kita luahkan?

Ramadan. 10 malam terakhir. Lailatul Qadr. Jom kita sama-sama beramal dengan sehabis daya. Tanda cinta kita pada Allah dan Rasul.

.....

Di tangga manakah saya berada dalam proses pembuktian cinta yang diwar-warkan?
Allahu.... Jauhnya... Ampun Ya Allah. 😭😭😭

#jomkejarpahala
#jomtargetsyurga

Bubur Pulut Hitam

Periuk Noxxa saya hanya muat 1kg beras pulut hitam untuk satu-satu masa. Itulah kapasiti untuk projek bulan puasa saya.

.......

Kenangan.

"Adik! Gi hantar kueh ni kat Mak Jah kejap!" Laung kakak dari atas rumah.

Bergegas saya menaiki tangga. Tugas bulan puasa bermula.

"Kalau kita bagi makanan pada sedara dan jiran untuk buka puasa, rezeki kita murah. Nanti dapat pahala macam orang puasa. Kadang tu orang hantar kueh dan lauk kat kita juga." Jelasnya sambil tangan terus menceduk kuah butir nangka masuk ke pinggan.

"Abih tu, pahala orang tu kita ambik ke?" Tanya saya mengisi masa.

"Tak lah. Pahalanya tak berkurang. Cuma kita dapat jugak pahala tu." Ajaran santai sambil menghulurkan pinggan kepada Saya.

"Pahala kita beranak sebab bagi dia makanan ke?" Saya mahukan kepastian.

"Hah? Haha... Ye lah. Lebih kurang begitulah." Jawab arwah mek sambil ketawa.

.....

Rutin orang kampung bila Ramadan menjelang. Meriah. Hanya masak lebih satu lauk atau kueh, nanti hasilnya penuh satu meja!

Ajaran arwah mahu saya kekalkan. Bukan dengan niat nak memenuhkan meja dengan balasan makanan dari jiran dan saudara, tapi mahu mengutip pahala dengan sedikit masa yang masih Allah berikan.

Entah esok, entah lusa, giliran saya menyambut panggilanNya. Sedang bekalan amalan masih amat kurang.

Lalu dengan kemampuan dan kudrat yang ada, saya tetap usahakan apa yang terdaya.

Projek SB (sedekah bubur) dan projek buku BDC (Bercakap Dengan Cermin).

.....

Projek buku BDC, nak baca sendiri boleh, nak waqafkan pun boleh.

Ia bukan sekadar buku cerita, tapi kisah benar yang menyentap rasa.
Hidup setiap insan penuh warna, suka dan duka di adun sekata.
Di dalamnya ada ilmu dan pengajaran buat panduan kita untuk menuju redhaNya.

Wasap saya pada sesiapa yang berminat.
https://orderbukubdc.wasap.my

#jombelidanbaca
#jomwaqafdankutippahala
#BDC2019
#bondanor
#sedekahbubur

Ajal

Biarpun tahu ajal itu pasti, tapi tarikhnya tak pernah diberi. Sediakah kita utk sertai larian ke Jannah? Ready.. Get set.. Go!!

May 21, 2019

Itulah Dia

"Satu buku tu ada ramai penulis ke?" Tanya suami.

"Ye la. Dah namanya antalogi." Jawab Saya sambil tangan terus bergerak. Bubur harus siap dalam masa sejam lagi untuk dihantar ke sekolah tahfiz sains Berangan. Sumbangan berbuka puasa.

"Berapa ramai penulis?" Tanyanya lagi. Tangan saya berhenti seketika. Memandangnya dengan sedikit kerutan.

"215 orang." Ringkas jawapan saya.

"Berapa buku?" Adeehh... Geram dah mula singgah di hati.

"Abang ni kan...Eeii... baca tak info yang Su hantar kat wasap?" Giliran saya menyoal.

"Panjang sangat. Lain kali hantar yang ringkas je. Info penting dan padat." Jawabnya selamba. Alahai...

"Semua yg Su hantar tu info penting. Ringkas karang, tak cukup maklumat pulak." Balas saya. Dia diam.

Itulah suami saya. Kalau boleh, dia nak yang dalam bentuk point dengan isi seringkas mungkin.

Saya akur. Dia memang cenderung pada nombor dan fakta sahaja.

Ermm... Abih tu, masa zaman sekolah dulu, boleh pulak dia tulis surat dan baca surat saya yang berkajang-kajang panjangnya. 😂😂

#BDC2019
#muhasabahdiri

May 20, 2019

Projek Ramadan

Pandanku yang nazak...

"Abang, nanti tolong ambik daun pandan 5 helai ya!" Pinta saya. Tugas rutin yang saya beri pada dia.

"Tak masuk pandan tak boleh ke?" Kedengaran suaranya dari belakang rumah.

"Mana sedap kalau tak letak daun pandan dalam bubur. Kenapa?" Dah cuak ke dia dengan permintaan saya?

"Abang takut pandan ni mati terus lepas ni. Daun dah tinggal 3 helai je ni." Jelasnya.

"Tiga helai? 😲 Mana peginya?" Tak kan daun pandan pun ada yang ambik tanpa kebenaran?

"Dah tu, hampir setiap hari ambik 4-5 helai buat bubur, mahu tak abih." Aucchhh... Tak sedar ambo.

Sedangkan bukit kalau ditarah hari-hari, akan rata. Inikan pulak daun pandan yang hidupnya 3-4 pokok tu je. 😅

Baru 15 Ramadan. Banyak lagi nak guna nih. Nampak gaya terpaksa mintak mana-mana jiran sponsor daun pandan untuk projek SB (sedekah bubur) saya.

Tawaran untuk kongsi kepala. Ehh... Kelapa... Opss... Silap. Pahala la... 😁

Latah la pulak. 🤣

#projekkutippahala
#sedekahbubur

May 19, 2019

Kembali padaNya

Ustaz Hassan Din. Sebelum Ramadan bermula, dia dijemput Allah.

Faziani Rohban Ahmad. Sebelum Ramadan berakhir, dia menghembuskan nafas terakhir.

Innalillah hiwainna ilai hira ji'un.

Allahu... Semoga Allah tempatkan mereka dikalangan hambaNya yang dikasihi.

Al-Fatihah.

Puan Faziani, pengasas D'nars Skincare terlibat dalam kemalangan di Pattani, Thailand ketika dalam perjalanan untuk menyerahkan zakat ke sekolah pondok tahfiz di sana.

Dia tak pernah saya kenali secara peribadi, walaupun pernah bersalaman dengannya beberapa kali. Pernah menghadiri majlis di rumahnya juga. Namun, saya kenali orang-orang yang rapat dengannya. Keluarganya dan pekerjanya.

Tak pernah sekali saya dengar orang berbicara buruk tentang dia. Keramahan dan kemurahan hati beliau yang kerap diperkatakan.

Dia kembali pada Penciptanya saat dalam perjalanan melaksanakan ibadat zakat. Perginya pula dibulan penuh keberkatan, Ramadan.

Saya membaca dan merenung berita pemergiannya penuh syahdu. Terlintas difikiran, aku nanti bagaimana ya?

Tak pernah diberitahu, berapa banyak masa yang Allah berikan untuk menumpang bumiNya ini. Lalu, setakat mana persiapan kita untuk menghadapi hari kembali?

Apa yang boleh kita bawa dan apa yang mahu kita tinggalkan untuk bekal kita yang berkekalan?

Dengan ilmu dan amal yang tak seberapa, layakkah kita melangkah masuk taman idaman?

Yang bakal kekal membantu saat kita telah tiada hanya 3 perkara; anak soleh yang mendoakan, ilmu yang dimanfaatkan dan sedekah jariah yang disalurkan.

Semoga Allah ringankan tangan dan hati kita untuk berinfaq. Pilih saja bagaimana, apa, berapa dan dimana.

Salah satunya ialah projek waqaf buku BDC.

Tak pernah memaksa. Yang penting, ikhlas.

https://orderbukubdc.wasap.my

#BDC2019
#jombelidanbaca
#jomwaqafdankutippahala
#muhasabahdiri
#akukankembalipadaDia

Kisah Kita

Kami mendapat arahan dari mentor. Hanya 1200 patah perkataan untuk setiap kisah yang ditulis. Kata Cikgu Muhammad Syafik, ini antara syarat utama bonda Nor yang perlu dipatuhi.

Ianya haruslah pengalaman sendiri yang menukar persepsi. Kisah yang menjentik hati. Mengubah sikap yang dulu menjadi diri hari ini.

Termenung saya dibuatnya. Gelap fikiran. Sarat dengan pelbagai kenangan. Pedih dan sedih. Resah dan gelisah. Rindu dan sendu. Seram dan kelam. Segalanya bergaul dan mengelirukan.

Mana satu nak dipilih? Saya tak mahu kisah duka menjadi cerita. Selama ini esak tangis disimpan saja.

Bila rasa dosa menghimpit dada, hanya dengan Allah saya kongsi rasa. Allahu... Malu nak mengaku sebagai pendosa walaupun saya tahu, semua manusia sama. Tak ada insan yang sempurna kecuali Rasulullah.

Kalau tak mahu kisah yang menjerut rasa dan memerah airmata, habis tu, nak tulis kisah gembira? Ada pengajaran ke?

"Abang ingat tak semua kenangan kita? Apa yang paling berkesan?"

"Ingat!" Jawabnya yakin.

"Betul?" Agah saya. Kerana setahu saya lelaki ini bukan seorang yang terlalu sentimental. Fikirannya lebih banyak diguna untuk menyimpan fakta yang penting saja.

Kenangan yang biasa-biasa, mudah saja disapu masa. Lagipun yang terkesan ialah saya, bukan dia. 😄

Kisah yang saya pilih ialah kisah antara saya dan dia. Kisah perjalanan rumahtangga semasa proses memahami dan menerima.

Saya agak, banyak kisah yang hebat dan berat telah dikongsi oleh sahabat penulis.

Lalu, saya catatkan kisah saya yang ringan. Dalam jerut rasa sakit dan perit, ada indah yang terpahat, ada pengajaran yang tersemat.

Kisah saya ada dalam buku Sakitnya Tu Di Sini. Nak tahu? Jom beli dan baca.

Tapi jangan ketawakan saya ya! Ai shai la.... Ahakss... 🤗

Sila klik
Https://orderbukubdc.wasap.my

#jombelidanbaca
#jomwaqafdankutippahala
#BDC2019
#bondanor

May 18, 2019

RnR

Kata bonda Nor, buku siri Muhasabah Diri, Bercakap Dengan Cermin tak dirancang awal. Segalanya berlaku secara spontan.

Saya tak ingat dari mana saya dapat info tentang Seminar Penulisan Mega Bonda Nor tahun lepas. Saya juga tak mengenali dia sebelum menyertai seminar itu. Tapi entah bagaimana hati tergerak untuk mendaftarkan diri. Bukan dekat, dibuat di KL sinun... Saya pula di Kelantan sinin...

.....

RnR. Redah dan Redha.

Tanpa ada matlamat nak terbitkan buku, sekadar mahu belajar, saya redah je. Naik bas pagi, masuk seminar. Abih seminar, naik bas semula, balik kampung.

RnR. Rehat dan Rawat.

Tadah telinga, tadah ilmu. Dengar untuk tahu. Dalam masa yang sama, mahu rehatkan minda dan rawat jiwa. Itu matlamat saya.

.....

Saya kagum dengan mereka yang korbankan masa untuk berdakwah. Amal makruf nahi mungkar. Beruntunglah mereka di akhirat kelak.

Saya?

Ilmu yang kurang, semangat yang kusam dan jalan yang berbalam-balam. Tak nampak jelas arah mana yang mahu dikejar. Sedangkan usia semakin hampir ke penghujungnya.

Dakwah santai melalui penulisan. Itu yang menarik hati saya saat bonda Nor berbicara.

Ketika dia mengedarkan surat tawaran untuk menyumbangkan karya bersama dalam antalogi BDC, saya menangis kesyukuran.

Saya tak tahu saya mampu atau tidak, tapi saya ingin cuba. Demi matlamat yang satu itu, saya mahu menyahutnya. Perjuangkan Syurgamu!

.....

Bila Bonda Nor memberitahu tentang royalti yang akan diserahkan sepenuhnya, 💯% pada Rumah Anak Yatim Baitul Jannah Kedah, hati riang berbunga.

Saya tak punya wang berkepuk-kepuk untuk membina dan menguruskan badan sebegitu. Tak ada semangat yang kental untuk bergerak ke arah itu. Tapi BDC membuka jalan, melebarkan ruang tanpa perlu mengeluarkan 💰 dari akaun sendiri. Allahu...

Bonda Nor tak merancang untuk menerbitkan antalogi BDC. Saya tak merancang untuk menjadi penulis. Tapi sungguh Allah yang Maha Perancang. Dia menyilangkan takdir kami. Menyimpulkan pertemuan 215 penulis dalam satu antalogi.

.....

"Sehebat manapun buku, tak ada gunanya kalau tak ada orang baca. Tugas kita ialah bagitahu kewujudannya. Sampaikan pada kawan, pada sahabat. Allah yang akan gerakkan hati orang untuk beli dan baca." Kata Bonda Nor yang buat saya mengerakkan jari di sini.

.....

Team kami sekarang sedang melancarkan Projek Wakaf buku-buku Siri Muhasabah Diri, *BERCAKAP DENGAN CERMIN.*

*1 Lot wakaf ada 9 buah buku bernilai RM180.*
Tuan puan boleh juga wakaf sekurangnya sebuah buku, *HANYA RM20* sahaja.

Tajuk-tajuk buku BDC ialah :

1) Berani Berhijrah
2) Tamparan Takdir
3) Jalan Pulangku
4) Meludah Ke Langit
5) Bumerang Kasih
6) U-Turn Ke Syurga
7) Perjuangkan Syurgamu
8) Seadanya Kuterima
9) Sakitnya Tu Di Sini

Cerita tulisan saya ada di dalam buku *Sakitnya Tu Di Sini*

Sesiapa yang berminat untuk membeli mana-mana buku pilihan atau mahu terus menyertai projek waqaf buku kami, sila klik
https://orderbukubdc.wasap.my

Semoga Allah membalas niat baik kalian.

#jombelidanbaca
#jomwaqafdankutippahala
#BDC2019
#bondanor
#sakitnyatudisini
#perjuangkansyurgamu

May 17, 2019

Kisah Kita

Ada kisah boleh dicerita, ada cerita perlu dirahsia. Jangan kerana mahu meluah perasaan, dibiarkan maruah masuk longkang.

Popiah Rebung Madu

"Su, Kak Na nak order lagi 10 pack popiah rebung. Siap goreng satu pack."  Amboi... Hahaha.

Alhamdulillah. Segala pujian bagi Allah yang membuka pintu rezeki dan mengerakkan hati mereka untuk mencuba.

Anak ikan dalam perahu
Nak masak goreng berladerrr
Belum cuba, belum tahu.
Dah cuba, terus repeat orderrr

Ehh... boleh diterima ke pantun tu? 🤔😆

"Makan yang Su goreng hari tu, rangup elok je. Bila Kak Na goreng, tak serangup tu. Tu yang mintak goreng terus tu." Pandai Kak Na meroket saya ya!  Haha... 

"Kenapa ya?" Sambungnya lagi.

Okey... Meh, saya kongsikan petua. Semudah ABC je.

Pertama, jangan guna minyak recycle.
Kedua, pentingnya kawalan api. Api sederhana besar saja.
Ketiga, pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan popiah.

Sebelum tu, pastikan kalau popiah tu letak ditempat sejuk beku, keluarkan awal untuk pastikan ia hilang status kebekuannya tu sebelum memandikan ia dengan minyak panas.

Kalau tak menjadi jugak, cuba dan cuba lagi. Sementara tu, makan je lah yang dah digoreng tu...

Selamat menjamu selera. Ehh... Tunggu buka puasa duluuu!!!

.....

Sesiapa yang berminat untuk mencuba popiah rebung madu, boleh hubungi:

Puan Norani
0129672638

#popiahrebungmadu
#sedapselalu

May 16, 2019

Pinjaman

Hadirnya insan tertentu dalam hidup kita adalah pinjaman Allah semata. Tak ada satupun milik kita, hatta anak yang lahir dari rahim sendiri.

Adakala dia diambil seusai hayat. Ada ketika dia 'dihilangkan' apabila tiada lagi kebaikan bersama.

Biar apapun susunan takdirNya, semoga ketentuan itu adalah yang terbaik untuk dunia dan akhirat kita.

#BDC2019
#muhasabahdiri

May 15, 2019

Kerana Dia Cinta Aku

Siapa tak nak berbesan dengan orang senang. Kalau tak dapat tumpang menantu pun, paling tidak hati senang bila fikirkan masa depan anak cucu lebih terjamin.

Itu fikirnya saat menjodohkan anak lelakinya dengan si polan. Mudahnya dia meramalkan.

Akur. Jodoh pilihan ibu pastinya lebih baik. Restu bonda lebih utama dari hati sendiri.

"Buat apa nak rendah diri. Kau bukannya kurang apa-apapun. Ustaz lulusan luar negara. Agama ada. Kerja pun dah ada. Rupa tak kurang kat mana-mana. Bukan senang nak dapat suami macam anak umi ni." Pujuk bonda saat disuarakan kebimbangan hati.

Akad dilafaz dengan mudah. Perjanjian hidup yang dimeterai dengan lafaz Bismillah. Mengharapkan bahagia sehingga ke jannah.

~Seadanya Kuterima~

.....

"Awak lambat sangat beli TV, abah dah belikan. Nak tunggu sampai bila kalau harapkan gaji awak tu." Suara si isteri sambil tangannya mengelap TV baru.

Apa yang boleh dikata. Pemberian dah pun diterima. Menolaknya bimbang menjadi isu lain pula. Egonya terjentik. Hatinya terusik dek kata-kata isteri, tapi didiamkan saja.

Dia kesal. Terasa benar diri gagal mendidik.

~Meludah Ke Langit~

.....

Saat melangkah masuk ke dalam rumah, matanya terpaku. Ruang tamu yang kosong, kini terisi dengan sofa kulit yang mewah.

"Mana datangnya sofa nih?" Tanyanya ringkas.

"Mama belikan. Dia tu sakit lutut. Datang sini nak kena bersila atas lantai sebab tak ada sofa. Mana dia nak. Sebab tu la dia tak mahu datang rumah kita." Jelas si isteri.

"Mama cakap gitu?"

"Tak. Saya yang cakap. Sekali je dia datang rumah kita lepas rumah ni siap. Sebab tu la agaknya. Rumah baru pun tak guna kalau kosong. Payah nak harapkan awak yang penuhkan rumah ni. Dalam mimpi je la..." Terhiris lagi hatinya sekian kali.

~Sakitnya Tu Di Sini~

.....

Entah di mana silapnya sehingga ini yang tersedia dalam satu episod kehidupannya.

"Awak menyesal berkahwin dengan saya?" Tanya dia ingin tahu.

"Kalau saya kata ya, apa awak nak buat?" Soalan yang dijawab dengan soalan adalah jawapan yang menyakitkan, kerana ia tiada keikhlasan.

Mungkinkah ada dosa yang dilakukan sehingga ini yang dia harus terima.

Astaghfirullahal'azhim...

~Tamparan Takdir~

.....

Bukan sekali dua, tapi berulang kali ia terjadi. Menerima pemberian mertua bukan isunya, tapi cara ia dikhabarkan membuatkan hati pedih.

Bukan tak pernah ditegur, tapi anak manja itu tak mahu akur. Sudahnya dibiarkan saja luka itu sehingga lama kelamaan ia bernanah.

Ibarat pesakit kencing manis, saat luka semakin parah, jangkitan dah merebak, cara terbaik untuk menyelamatkan nyawa ialah dengan memotongnya.

~U-turn Ke Syurga~

.....

"Maaf, saya tak mampu menjadi suami yang sempurna pada awak. Daripada membiarkan hati saya terluka dan saya jadi tak redha dengan awak, baiklah kita pilih jalan nih." Ucapnya sayu.

Isterinya tunduk. Diam. Tak ada reaksi. Sukar sekali menduga apa kata hati wanita itu.

Mungkin itulah sebaiknya. Kembalikan dia pada orang tuanya. Dan dia juga kembali pada status diri yang dulu. Single. Tapi dengan title baru; duda.

~Jalan Pulangku~

.....

Berakhirlah satu ikatan. Mudahnya terlerai akad itu semudah ia diikat dulu. Hanya satu lafaz dengan ucapan berbeza.

Dia keluar sehelai sepinggang dengan rela hati. Meninggalkan apa yang pernah dibina.

"Saya tak mampu nak beri apa yang awak minta sepanjang perkahwinan kita. Hanya rumah ini sebagai tanda kita pernah hidup bersama. Awak ambillah, saya ikhlas menyerahkannya..."

Anak-anak dibiarkan bersama isteri kerana ada yang masih kecil. Namun tanggungjawab sebagai bapa akan terus dipikul sehingga mereka mampu berdikari.

~Berani Berhijrah~

.....

Dalam diam kesabarannya dikagumi seseorang. Setelah diuji, dia ditawarkan dengan rezeki lain. Walaupun dibentangkan segala kekurangan yang ada, dirinya masih diterima.

"Saya tak mahu meminta apa-apa, cukup dengan apa yang mampu diberi untuk meneruskan kehidupan sementara di bumi Allah. Yang penting, jadilah imam kami yang mampu membimbing keluarga untuk kebaikan dunia dan akhirat..." Ikhlas sekali luahannya. Entah dari mana datangnya bidadari ini.

Tenang sekali. Usai hujan dan ribut membadai, angin damai mengambil alih. Sungguh Allah itu Maha Pengasih. Pantas dia sujud syukur dengan linangan air mata.

~Bumerang Kasih~

.....

Perit.
Sakit.
Dengan tenaga yang tersisa, yg mampu dilakukan hanyalah redah dan redha....

Tapi hidup tak terhenti dengan begitu saja. Biarpun lelah, teruskan jua demi satu janji yang pasti. Janji Jannah, janji Allah pada hambaNya yang sabar.

Allah itu Maha Pemurah. Walaupun anak-anak tidak dibesarkan di depan mata, tapi mereka lebih rapat dengan dia dan ibu tiri berbanding dengan ibu kandung sendiri.

~Perjuangkan Syurgamu~

.....

Kisah ini adalah secebis dari kisah benar yang diceritakan. Setiap laluan hidup insan, akan melalui fasa-fasa yang mendugakan. Bagaimana kita menghadapinya, akan menentukan hasil seterusnya.

Adakala kita lemah, tidak kuat untuk melangkah. Tidak punya semangat untuk melakar mimpi indah. Fikiran kaku untuk bermuhasabah. Rebah terduduk dan tertunduk.

Bunga api indah dilihat dimalam hari. Tapi percikannya mampu memusnahkan hutan apatah lagi saat menghadapi kemarau yang panjang.

Andai mampu, mahu saya tawarkan satu sokongan dari hati. Sokongan dari kumpulan kami yang seramai 214 orang dibawah Akademi Bonda Nor.

Tulisan yang kami hasilkan menceritakan bagaimana diri diuji, sedang ia sebenarnya adalah sapaan cinta dari Allah.

Buku Siri Muhasabah Diri, Bercakap Dengan Cermin. Di dalamnya terkandung kisah-kisah penuh warna yang membuktikan bahawa anda tidak bersendirian.

Https://orderbukubdc.wasap.my

Setiap orang punya dugaan terdiri. Ada yang boleh diceritakan, ada yang hanya mampu dipendam saja. Paling mujarab, mengadulah pada Dia Ar-Rahman, insya-Allah hati akan lebih tenang.

Selamat membaca!

#jombelidanbaca
#jomwaqafdankutippahala
#BDC2019
#muhasabahdiri
#bercakapdengancermin

May 14, 2019

Sihir

Pang!
Tamparan tepat dipipi. Terpinga-pinga lelaki itu dengan tindakan tidak di duga dari isterinya sendiri. Tanpa sebab, tanpa alasan. Kebencian meluap-luap.

.....

"Lepaskan aku! Binatang!" Jeritan histeria wanita itu benar-benar menakutkan. Matanya yang merah dan penuh dengan jelingan kebencian. Kekuatannya luar biasa sungguh.

.....

Tangisan anak kecil itu telah berterusan selama 3 malam berturut-turut. Dibawa kehospital, tak ada sakit yang dikesan.

Hairan, tangisnya terhenti bila berada di sana. Bila balik, dia kembali menangis.

.....

Sungguh dugaan itu menguji keimanan. Apatah lagi jika ianya begitu menyakitkan. Roh dan jasad menjadi taruhan. Hati menjadi tak keruan. Makan minum tak dihiraukan.

#sakitnyatudisini

"Kenapa aku diuji sebegini? Apa salahku?" Soalan yg sering ditanya. Jawapannya, kerana Allah sayang kita! Dia mahu kita mengadu padaNya, merayu meminta pertolonganNya. Dia memberi jalan untuk menghapuskan dosa-dosa kita!

Astaghfirullah... Ampunkan kami Ya Allah!

…...

Mata saya cerah hari ni. Alhamdulillah. 😄
Tafsir Surah Al-Baqarah, ayat 102 diteruskan.

Maulana Wan Kamaruzzaman meneruskan penjelasannya tentang sihir.

"Sihir dah lama wujud sebenarnya, semenjak zaman Nabi Sulaiman lagi. Dalam kisah Nabi Musa pun, ada sihir diceritakan. Sebenarnya, semasa zaman Nabi Sulaiman, sihir dah cuba dihapuskan." Tiada suara kedengaran. Tiada juga bunyi gangguan lain. Semua jemaah khusyuk sekali. 

"Nabi Sulaiman tanam segala yg berkaitan dengan sihir tapi apabila beliau meninggal, syaitan telah memunculkan dirinya berupa manusia dan memberitahu umat manusia masa tu bahawa Nabi Sulaiman dulunya menggunakan sihir. Fitnah untuk mempengaruhi fikiran pengikut Nabi Sulaiman."
Jelasnya lagi.

"Syaitan bagitahu di mana barang-barang dan buku sihir ditanam. Akhirnya, sihir tu kembali dalam masyarakat." Begitulah dikisahkan.

"Masalah besar berkaitan sihir ni, ianya digunakan untuk menyakitkan dan memusnahkan orang lain. Dengki, busuk hati, tak boleh tengok orang senang...."

"Lalu Allah turunkan malaikat Harut dan Marut..." Bla... Bla... Bla....

Uishh... Letih kalau saya nak tulis semua.

Jadi, andainya kalian nak tahu, sebaiknya hadirilah majlis ilmu. Sertailah mana-mana kuliah agama, Tafsir Al-Quran. Menghadiri majlis ilmu, ibarat berada di taman-taman syurga. Walaupun adakalanya terlena, tapi keberkatannya tetap ada. 😅

.....

Salah satu cara nak kejar pahala berterusan ialah dengan sertai #projekwaqafbukubdc kami. Rebutlah peluang keberkatan Ramadan ini. Entah kita akan ada atau tidak diRamadan tahun depan. 😥

Yang berminat, klik
https://orderbukubdc.wasap.my/

#jombelidanbaca
#jomwaqafdankutippahala
#BDC2019
#bondanor

May 13, 2019

Sesekali Kejutan

Pagi ini.

Tiba-tiba bahu dicuit. Saya menghentikan bacaan sedikit lambat kerana menghabiskan ayat dan kemudian berpaling.

"Gapo?" Tanya saya ringkas. Wajahnya seperti biasa, tanpa senyum. Tangannya menghulurkan sesuatu. Rantaian 4 kuntum bunga putih yang dicucuk bunga rumput.

Semerbak haruman melor menerpa deria hidu.

"Ya Allah... Sedapnya bau..." Mata saya bercahaya. Bunga kesukaan didepan mata. Bunga yang ditanam dibelakang rumah hasil pemberian keluarga dari Terengganu.

.....

"Mudah je nok tanang bunge nih. Cucuk atas tanah, sirang dan Insya-Allah, hiduplah nanti." Pesan Che saat saya melawatnya satu ketika dulu.

"Macam tu je ke Che? Nanti Su mintak Yom tanam lah, tangan dia sejuk, pokok mudah hidup." Balas saya sambil membelek-belek ranting bunga yang dah dipotong.

Memang mudah. Dalam kepanasan kemarau tika ini, ia tetap galak berbunga.

.....

"Terima kasih abang..." Ucapan rutin yang diamalkan. Senyum saya melebar. Berkali-kali saya menghidunya.

Kejutan yang biasa, tapi saya tak pernah jemu dengannya. Allah anugerahkan saya dengan suami yang begitu baik. Romantis dengan cara yang tersendiri. Walaupun kecil dan simple, tapi kesan bahagia yang dirasa itu lebih bernilai.

Alhamdulillah...

Tiba-tiba kenangan zaman kecil menerpa. Teringat arwah nenek.

Nafas ditarik dalam. Saya kembali meneruskan bacaan Al-Quran. Saya mahu menghadiahkan bacaan ini buat nenek di alam sana...

#BDC2019
#akudandia
#bondanor
#sakitnyatudisini

May 12, 2019

Hujan Dan Wahyu.

Suara lantang Maulana Fadhilul Hakimi jelas kedengaran. Sesekali tersentap bila terkena batang hiding sendiri.

Aduhai.... banyak sekali ilmu yang diperolehi dari Daurah ini.

"Bumi yang subur, kena ada air. Tanah yang kering kontang akan tumbuh macam-macam tumbuhan dan buah bila hujan turun. Dari mana datangnya hujan? Dari langit kan?" Nafasnya ditarik dalam.

"Kalau nak iman kuat, kena ikut Quran. Hati yang kering dan sakit, akan terubat bila baca Quran, lebih baik lagi kesannya bila faham Quran. Quran tu apa? Wahyu Allah kan? Dari mana datangnya wahyu? Dari langit kan?" Tegas suaranya.

Tafsir surah Al-Hijr dikupas dengan begitu mendalam. Tak mampu saya kisahkan di sini semuanya.

"Nampak tak persamaan antara air hujan dan wahyu? Ia sama-sama turun dari langit, sama-sama berfungsi menyuburkan...." Perumpamaan yang diberi cukup jelas.

Memangnya untuk insan yang kurang ilmu seperti saya, banyak yang tak mampu dilihat walaupun terjemahan dibaca berkali-kali. Kerana itulah saya harus menghadiri majlis-majlis seperti ini. Curahan ilmu lebih mudah lekat dihati.

Insya-Allah.

#tadabburquran
#darulhadithannabawi
#BDC2019
#bondanor

May 11, 2019

Pahala Musibah

"Kadang tu pahala lebih banyak diperolehi dari musibah berbanding dengan ibadah." Kata Ustaz Zulfadhli dalam Daurah Terjemah Dan Tafsir Al-Quran di Darul Hadith An-Nabawi.

"Dengan syarat, kita kena sabar dengan musibah tersebut." Sambungnya lagi.

Mata yang hampir tertutup kembali cerah. Aduhai mata. Tak sudah-sudah diduga. Syaitan dah diikat, kenapa masih berat kelopak mata. Memang kelemahan diri.

Astaghfirullah...

"Nak masuk syurga, perlukan sabar. Memang banyak disebut dalam Al-Quran. Nanti kita kupas lagi dalam kelas lain...."

Sabar. Itu kuncinya.

Teringat kisah-kisah dalam BDC. Kisah yang membuatkan yang membacanya mencari tisu dan sapu tangan. Walaupun kemarau di bumi, tapi hujan lebat di pipi.

Di dalam buku ini, ada perkongsian penulis, diduga dengan kehilangan yang tersayang, suami, anak dan harta. Ada yang diuji dengan cemburu dan hasad dengki. Ada yang mencari dan menunggu, masih belum ditemui.

Setiap dari kita punya seribu satu macam cerita. Ada yang sama dan ada yang berbeza. Tapi bagaimana cara kita menghadapi dan menanganinya, akan menentukan di mana kita di alam sana.

Adakala, kita rasa sunyi walaupun gegak gempita suara kanan dan kiri. Ada masa kita rasa diperhati walaupun bersendirian menyulam sepi. Terasa lemas walaupun udara yang kita hirup tak pernah berkurang oksigennya.

Mungkin inilah masa untuk Kita Muhasabah Diri. Bercakap Dengan Cermin, mencari rahsia yang mengunci kita dalam kegelapan, sedangkan realiti, cahaya di depan menanti.

Yang mencari kekuatan dalam diam, saya mencadangkan untuk menyertai kami dalam kempen #jombelidanbaca, #jomwaqafdankutippahala BDC.

Sila klik
https://orderbukubdc.wasap.my/

#BDC2019
#jombelidanbaca
#jomwaqafdankutippahala
#bondanor
#muhasabahdiri

May 10, 2019

Kenangan...

"Hari ni nak masak udang tak? Buat gulai kuning yang macam ma selalu buat...." Mesej abang ipar dalam group wasap keluarga.

Ramadan, bulan yang kerap menggamit kerinduan pada arwah mak mertua. Rindu yang sentiasa ada dan amat ketara bila bulan puasa. 

"Ok abg Arie, nanti Ja buat." Balas adik ipar, satu-satunya anak perempuan Ma. Kemana tumpahnya kuah kalau bukan kepinggan nasi.

Tapi hakikatnya, masakan Ma tak ada bandingan. Samada Ja, saya atau ipar-ipar yang lain, masakan kami tak mencapai tahap piawaian yang asal. Rasanya tak sama. Tak seenak air tangan Ma.

"Ma belajar kat mana masak-masak ni? Semuanya sedap. Main campak-campak pun, memang sedap. Tak cukup bahan pun, Ma boleh buat." Soalan yang pernah saya ajukan pada Ma satu ketika dulu. Ma tersenyum manis mendengar kata-kata saya.

Setahu saya, ibu Ma meninggal semasa usia ma 7 tahun dan beberapa tahun kemudian, nenek yang menjaga Ma pulak menyusul.

"Ma suka perhati tukang gulai masak. Masa Ma kecik lagi, bila ada kenduri, Ma ikut menolong. Tuan rumah selalunya akan bagi bekal bawak balik lauk. Makan seluruh keluarga hari tu lepas la." Jelas Ma.

Dulu, bila ada kenduri, memang saudara mara dan jiran-jiran akan bergotong royong. Meriah!

Sekarang, kalau kenduri saja, mesti ambil catering. Mudah. Nilai kerjasama semakin pupus.

Kenangan. Indah bila dikenang. Perit bila sedar kita telah kehilangan. #SakitnyaTuDiSini.

Mata basah jadinya.

Semoga Allah menempatkan arwah bonda mertua saya bersama-sama hambaNya yang dikasihi. 

#kisahmertuamenantu
#BDC2019
#bondanor
#rinduselalu
#muhasabahdiri

#jombelidanbaca

Buku Siri Muhasabah Diri : Bercakap Dengan Cermin

Buku yang sarat dengan pengajaran tentang kehidupan. Kisah benar yang menyentuh hati dan meruntun rasa.

Dalam tangis ada syukur, dalam sakit ada akur, dalam perit ada hibur.

Paling penting, disebalik pengalaman yang dikhabarkan ini, ada ilmu dan amal yang dikongsi, yang diharap akan membawa pembaca ke laluan yang diberkati Illahi.

Dari Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, "Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya, selagi kalian berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnah Nabi" (Muuwatta' Malik No: 1661 Dar Ihya Ulum Arabiyyah). Status: Hadis Sahih.

Garapan bahasa yang mudah difahami, diselitkan ilmu Al-Quran dan Hadis, menjadikan ianya makanan minda yang santai tapi berkhasiat.

Untuk jiwa yang ketandusan, ia bagai siraman air yang menyegarkan.

Untuk hati yang kehausan, ianya adalah penghilang dahaga yang didambakan.

Untuk iman yang hampir kekeringan ia adalah baja yang berfungsi untuk menyuburkan.

Itulah harapan kami. Sedikit perkongsian dalam buku Siri Muhasabah Diri, Bercakap Dengan Cermin, yang mana ianya dihidangkan dalam 9 buku berlainan. Semuanya enak untuk disantap mata dan minda bila2 masa. Ia tidak membatalkan puasa, malah menambah pahala, apatah lagi dibulan Ramadan ini.

Percayalah, rugi kalau anda tidak memilikinya.

Kami bercerita dengan satu niat, untuk memberi semangat dan menyatakan bahawa anda tidak bersendirian, dugaan didatangkan tanda Allah Maha Sayang....

#jombelidanbaca
#jomwaqafdankutippahala

May 9, 2019

Bermula

Assalamualaikum...

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah...

Siri antologi Muhasabah Diri, Bercakap Dengan Cermin yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu dibawah Akedemi Bonda Nor. 9 buah buku dihasilkan oleh penulis seramai 214 orang termasuk saya. Gabungan penulis yang cukup ramai dan meriah dengan silaturrahim!

Setiap buku padat dengan kisah2 menarik dengan lebih kurang 210 - 230 mukasurat setiap satu.

Hasil tulisan saya dalam Siri Antologi ke 9,  Sakitnya Tu Di Sini. 😁

Sepanjang Ramadan ini, selain dari Al-Quran, buku ini sangat sesuai jika ia dijadikan bahan bacaan. Banyak perkongsian dan pelajaran tentang kehidupan. Selagi ia membantu mendekatkan diri dengan Allah dan mendatangkan keinsafan, insya-Allah, ada ganjaran pahala yang sediakan.

Buku2 ini berkonsepkan dakwah santai kerana ianya adalah Siri Muhasabah Diri yang menyelitkan ayat2 Al-Quran & hadis dalam bentuk perkongsian pengalaman (cerita) oleh para penulis.

Bagi yang berminat untuk membeli, boleh hubungi saya atau terus klik
https://orderbukubdc.wasap.my/

Harga setiap buku adalah RM20 + RM5 (kos penghantaran) dan jika berminat untuk membeli kesemua Siri Muhasabah Diri ini (9 buah), harganya RM180 sahaja dengan kos penghantaran ditanggung oleh saya sepenuhnya.

Jika ada yang mahu sponsor (waqaf) buku2 ini, tapi tidak tahu dimana mahu disalurkan, saya @ pihak Galeri Ilmu akan membantu. Selalunya kami akan menyalurkan buku2 ini ke masjid2 atau sekolah2 (sudut bacaan / perpustakaan).

Hasil dari jualan buku2 ini, 100% royalti akan disumbangkan terus kepada Rumah Anak Yatim Baitul Saadah di Kedah, yang dikelolakan oleh Prof Muhd Kamil dan Cikgu Abu Hasan Morad (org kuat GI).

Ini bermakna, dengan membeli, selain dari mendapatkan faedah untuk diri sendiri dengan membaca buku2 ini, anda juga menyumbang untuk rumah anak yatim. Bukan  sebarangan buku nih, buku yang berfaedah, ganjaran 2 dalam 1, ganjaran dunia dan akhirat!

Allahuakbar... nikmat apa lagi yang mahu kau dustakan?

Mohon sokongan anda dalam kembara kerjaya penulisan saya yang baru bermula.

Jom beli dan baca!
Jom wakaf dan kutip pahala!

Salam sayang dari;
Su Aznah
Fb: Nora Aznah

May 3, 2019

Sakit!!!

 Sakit!

Dah dipesan Allah, ini adalah jalan syurgamu. Jalan lurus.

Tapi kerana ada bunga-bunga indah ditepi jalan, langkah jadi perlahan. Kerana ada buah-buah enak yang ranum merendang, hanyunan kaki tertahan.

Merengek, merayu dan merajuk minta dipenuhi keinginan hati, tak dipeduli. Sedang dawai berduri dipasang, larangan jelas halangan melintasi, tapi degil.

"Aahh... Cabaran dan dugaan itu kan warna2 kehidupan yang mencorakkan perjalanan menuju kedewasaan..." Ayat penyedap hati.

Merah itu berani, biru itu berahi.
Merah itu marah, biru itu berserah.
Tafsir warna, rujukan kamus merapu. Bisikan dari yg tak nampak.

Sudahnya kawat duri dilanggar. Tangan dan kaki tercalar. Pedih. Hadiah hasil pilihan terlarang.

"Kan dah cakap! Dah pesan banyak kali... Jangan... Jangan... Jangan... tapi nak jugak. Sekarang rasakan!" Bebel yang ringkas, tapi menyakitkan.

"Allah dah bagi panduan, jalan senang nak ke syurga kan ada, kenapa pilih laluan duka? Simpang ke tempat merah menggelegak tu jugak yang dipandang mata!" Sel-sel otak berselirat. Serabut. Pedih telinga.

Sakitnya Tu Di Sini.

Insaf.

Ikutlah Al-Quran dan Hadis. GPS autodownload yang telah lama tersedia dari Yang Maha Kuasa.

Biru + Merah = Ungu
Warna kulit buku. Terharu.

*****

"Jangan pegang cawan tu, panas." Larang Umi.

Masih lagi si kecil mencari jalan nak menyentuhnya.

"Abi kata air tu panas. Tak boleh minum. Nanti lidah melecur." Kakak mengingatkan.

Tak peduli. Kalau lambat nanti abang habiskan sorang. Mana aci!

Ligat dia mencari peluang mendekati untuk merasai. Menunggu masa terlepas pandang.

Abi diam, tak berganjak. Tapi kelakuan adik masih dipantau. Menjeling dengan ekor mata.

Peluang!

Huaa!!!! Sakit!!!

Anak itu harus tahu bagaimana rasa bila panas disentuh untuk dia hindari kesakitan berulang.

"Haa... Dah tahu panasnya tu macamana? Nak rasa lagi?"

"Adik tobat tak akan buat lagi...." Sendu. Ada pengajaran disitu.

#BDC2019
#sakitnyatudisini
#bondanor