Segalanya mudah kini. Anda boleh melayari laman sesawang MSSAAS untuk dapatkan maklumat tentang apa yang disediakan oleh masjid negeri (termasuk ceramah dan pengajian), dan anda juga boleh dapatkan program sepanjang bulan yang diadakan oleh masjid.
"Ya Allah... Sesungguhnya kehidupan di dunia ini ibarat kerdipan mata, terlalu singkat jika dibandingkan dengan akhirat yang kekal. Mohon padaMu Tuhan, jangan Kau lekakan aku dengan keindahan dunia yang sementara ini.
Ya Allah Ya Rahman... Letakkanlah dunia di tanganku, jangan Kau letakkan ia di hatiku. Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah..."
'Yang pahit akan menjadi manis bila di sentuh masa...' Benarkah begitu? Mungkin benar dan mungkin juga tidak. Manis atau pahit hanya diri sendiri yang merasa, lalu menilai kesannya pada hati dan jiwa. Kemudian akan wujudlah pilihan samada untuk mengingati atau melupakan. Yang pasti, setiap dari kita akan mengingati setiap kenangan itu dengan cara yg tersendiri. Aku insan biasa yang cuba menyelongkar dan melakar kisah insan yg mampu dijadikan pengajaran kerana itulah caraku... itulah suara ku...
No comments:
Post a Comment