Matanya layu berbekas sendu. Rajuk yg tak dipujuk, memang akan melarat jika dibiarkan.
3 hari, cukup untuk tempoh bertenang. Panas dan bahang dihati patutnya dah berkurang. Tapi melihatkan suami yang bersikap tak acuh, sedihnya kembali bertandang.
Ego lelaki yg amat difahami. Apatah lagi di depan anak menantu. Malu nak memujuk macam zaman muda2 dulu.
"Ma, ayah dah tak marah tu. Su nampak muka ayah tadi. Dah tak muram macam semalam. Su tahu ayah suka bila tengok ma dah balik."
"Huh... ye lah tu..." Balasnya tak percaya.
"Betul ma... masa ma takde, ayah diam je. Kami ajak bercakap pun tak dilayan. Makan pun beberapa suap je. Risau Su. Nampak sangat dia muram. Rindukan ma agaknya." Usik yang diharap dapat membuahkan senyum dibibir bonda tercinta.
Dia mencebik, menolak cerita yang dihidangkan.
"Ma tahu tak, bila Su bagitahu ayah yang Liza akan hantar ma balik malam ni, ayah dah banyak cakap. Dah nak borak dan bertanya itu ini. Dah mula turun rumah jengok ayam itek..." Ma memandang dengan hujung mata. Meninjau ruang dan sudut rumah yang ditinggalkan beberapa hari.
Di satu sudut, kelihatan tilam terhampar, dengan kipas meja yang setia terletak di situ, dilengkapi dengan rak buku yang penuh tersusun kitab2 lama yang menjadi rujukan ayah. Itulah sudut rehat yang ayah selalu habiskan masanya dengan membaca Quran, membelek kitab2, meneliti perkembangan semasa melalui akhbar harian, bermain dengan cucu2nya dan berehat melepaskan lelah.
Tilam usang itulah yang menjadi saksi kemanjaan cucu yang dipujuk. Terbayang jelas keletah atok dan cucu yang terakam di situ...
"Tak nak tidur ya? Takpe... tak payah tidur. Meh sini, berehat dgn tok ayah..." Pujuknya sambil tangannya terus membelek suratkhabar.
Sudahnya Nabeel terlena memeluk paha tok ayah, menumpang bantal dan tilam tok ayah. Aahhh... cucu kesayangan tok ayah dah lena dibuai mimpi tanpa perlu didodoi.
Begitulah selalunya...
Kata orang, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Ianya memang asam garam dalam kehidupan berumahtangga. Tak kira berapa pun usia perkahwinan, ia pasti dialami oleh setiap pasangan.
Sakitnya hanya seketika.
Marahnya berbunga cinta.
Rajuknya sementara.
Melihat hubungan mereka, jelas sungguh keindahan alam rumahtangga.
Manis pahitnya berbaur rindu...
~♡ bersambung ♡~
No comments:
Post a Comment