Anak. 99.9% pasangan yang berkahwin bermatlamat untuk mendapatkan anak. Itu statistik hentam keromo tanpa kajian dan penyelidikan dari saya yang tak boleh diambil kira sangat.
"Dapat sorang pun jadilah. Boleh buat teman masa sunyi."
"Ada anak tu perlu. Melihat keletah mereka terhiburlah sikit bila hati sedih."
"Percayalah, anak mampu memberi kekuatan untuk meneruskan hidup."
"Ada anak, bolehlah buat main. Tak de lah hidup ni boring sangat."
"Doa anak yang soleh tu lah yang diharapkan dapat membantu kita bila dah meninggal nanti."
"Dah tua nanti, kalau ada anak, bolehlah dia orang jaga kita."
"Bila dah tak kerja, dah pencen... harapnya anak-anaklah pulak yang bagi duit belanja kat mak ayah."
"Ikat suami dengan anak. Bila dah ada anak, suami tak boleh cari alasan nak kawin lain untuk dapatkan anak."
Itulah yang seringkali saya dengar. Keinginan tersirat, matlamat terselindung, serampang bukan setakat dua mata tapi bermata-mata.
Akan terjagakah diri saat tua nanti jika ada zuriat yang boleh dipaut lengan? Akan hilangkah kesunyian hati jika ada anak penyambung keturunan? Akan kekalkah suami disisi, jika kasih anak menjadi tambatan?
Tak pernah ada jaminan yang pasti untuk semua soalan itu. Lalu kenapa hati ini begitu meronta mahu memiliki sikecil yang dibenihkan dan lahir dari rahim sendiri?
Ya Allah... jangan biarkan keinginan ini menghanyutkan fikiran dan perasaanku dari mengingatiMu. Jangan biarkan kemahuan diri ini menjebakkan aku dikalangan hamba yang tak tahu bersyukur dan lupa pada nikmatMu.
Dec 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Su,
ketetapan Allah adalah yg terbaik untuk hambaNya. Tidak semestinya ada anak, seseorang itu bahagia. Sebab kebahagiaan adalah dgn izin Allah. Contohnya, ramai suami yg tidak senang duduk di rumah kerana bising dan haru biru akibat anak yg ramai dan ada pasangan yg tlh mempunyai anak segerabak, tapi berlaku juga perceraian. Sering juga kita dengar anak yg ramai tapi masing2 tidak mahu menjaga ibubapa. Jadi, usah bersedih dgn kekurangan yg satu itu. Su, Berusahalah selagi termampu dan sekiranya rezeki anak tidak diizinkan Allah, byk2 lah bersabar. Mungkin ini yg terbaik utk kita.
Saya pun takde anak, sedangkan umur menuju ke separuh abad..kadang2 takut juga utk menempuh hari tua (jika pjg umur)..hanya pada Allah SWT tempat bergantung harap..
salam kak su.
lamanya epal tak singgah sini. sibuk sikit kebelakangan ni. rindu kak su :)
epal percaya dengan statistik hentam kromo kak su tu :) sebab epal pun percaya epal juga menginginkan benda yang sama nanti.
kak su. ALLAH says WAIT. epal doakan kak su akan dikurniakan kebahagian tak kisahla apa pun ia. dan jika anak itulah yang insya ALLAH mampu membahagiakan kak su, epal doakan anak yang solehah buat kak su dan suami. aminnnn..
Salam Kak Su..
Itu adalah impian setiap pasangan. InshaAllah akak. Dengan usaha dan doa tanpa henti, pasti ada sinar di penghujungnya. Doa sentiasa mengiringi perjuangan akak. Moga tabah..
PS: Rindu sangat3 pada akak..
salam su...
hmm... mcm akak setelah kembali sorang, hanya anak2 pengubat luka dan menyerikan hati akak... sabarlah su yer, DIA maha mengetahui lg maha mengasihani... akak doakan su gembira selalu....
Salam,
Kak Su,
Pada hemat Aliff, ada anak atau tidak situasi itu adalah ujian Allah SWT semata-mata.
Anak mungkin jadi penyeri dan mungkin jua fitnah kepada ibu bapanya.
Bersabarlah dan berserahlah sepenuhnya kepada Allah SWT Yang Maha Mengatur.
pasti ada
Allah sedang menguji....sabar dan redha k...miss u :)
Salam Su - usaha dan doa itu ikhtiar kita dan selebihnya adalah ketetapan dariNya.
Kak Jie berharap segala yang baik² saja untuk Su dan suami....
makin lama..makin mendayu2 ulahan dan ritma nukilan su,huhu
Post a Comment