Jan 7, 2011

Pembuka Selera

Assalamualaikum!..

Banyak yang ingin saya tulis, tapi sebanyak itu juga halangannya.
Banyak suara yang bergema di minda, tapi tarian jari serba tak kena.
Ahh... alasan.

Sungguh diri ini berharap ada sesuatu yang boleh dikongsi setiap hari. Menulis walaupun sebaris ayat, tapi biarlah ianya boleh menjana minda agar hidup lebih bererti.

Saya mahu menulis seperti Bluehikari, ringkas bersahaja tapi penuh erti.

Saya mahu berkongsi cerita seperti pasangan Prof Kamil dan Pn Roza, bicaranya simple tapi menarik sekali apa yang dilakar.

Saya mahu mengarang seperti Ustaz Pahrol, sesekali ulas tintanya cukup indah dan penuh makna.

Saya mahu sesekali berceloteh (bukan repekan meraban) seperti Tawel, biarpun isunya biasa, tapi mampu memecah deria pemikiran kita.

Saya mahu berkongsi ilmu seperti Kak Kujie, tapi banyak yang saya tak reti.

Ramai orang kata, jadilah diri sendiri, tak perlu mengikut cara sesiapa. Menulislah mengikut kata jiwa, berkongsi cerita bila mahu, meluah rasa bila perlu.

Saya mahu menulis lebih banyak dari tahun lalu. Itu azam tahun baru. (Azam macam ni, boleh diambil kira ke? Ahaks...)

Sekian, entry pembuka selera. Andai kerajinan berkekalan, keazaman berterusan dan kelapangan masa diizinkan Tuhan, saya berharap blog ini akan dilawati lagi oleh kalian.

Sebagai tatapan, terimalah pencuci mata (gambar je kan) hasil tangan saya.... ketupat sotong!!!!

8 comments:

Anonymous said...

Salam su,
Jadilah diri sendiri, kerana itulah yang terbaik ...

Kak tie dah lama tak buat ketupat sotong, favourite suami dan anak-anak...

Kaktiny said...

kekadang kita sendiri terkeliru.. siapa diri kita?.. bagaimana sebenarnya diri kita?..

kerana terlalu banyak sisi diri yang rupanya kita tak perasan wujud dlm diri dan masih belum berkesempatan utk diterokai.. takdir dan masa akan membawa kita mengenal setiap sudut itu.. bersama kisah dan waktu..

hari ini mungkin kita begini.. tetapi simpang siur hidup memungkinkan kita jadi sebegitu untuk lain waktu.. kita tidak mungkin akan tahu..

makanya.. jadilah apa yg kita rasa sesuai dgn keadaan dan tidak mendatangkan musibah kepada diri, kepada haluan agama serta kepada nawaitu hidup kerana Allah.. dalam mencari redhanya Illahi..

(itu pegangan tiny.. sekadar berkongsi rasa dan pandangan utk hari ini.. hihihihi).


... dan menu ketupat sotong itu sgt menyelerakan pada tatapan mata yg memandang di petang jumaat ini.. (tak keluar makan tengahari ni weih.. lapaaaaarrrrrr.... huhuhuhu)..

kehkehkeh..

selamat menulis dan beramal dengannya ya.. hihihihihi..

luv u..muahss..

suara said...

@keyteezee
Salam.
InsyaAllah kak tie...
Kak tie sure terrer buat ketupat sotong ni. Ramai yg tak biasa makan menu ni tau. Pernah nampak seorang Chinese yg ambik ketupat sotong buat lauk. Maybe sbb tak tahu yg ianya adalah dessert bukannya lauk. :)

===================
@tiny
Pengalaman adalah acuan diri, kan tiny? Apa yg pernah di lalui, membentuk diri menjadi insan hari ini. Ermm... sure akan ada yg akan menyalahkan pengalaman jika perangai diri buruk.

Biar apapun sejarah hidup, sebenarnya kita tetap ada pilihan untuk mencorak hari ini dan masa depan. Tak semestinya buruk kisah lalu, maka buruklah diri hari ini. Bukankah yg penting ialah diri kita hari esok? Esok yg kita kejar seharusnya adalah siapa kita di akhirat nanti.

Su percaya sepenuhnya, diri akan terjaga jika bergantung pada Allah. Biarpun ada laluan bercabang dan berliku, pasti gerak hati memilih akan di ilhamkan oleh Allah.

Macam pilih kerja jugak. Yang nampak adalah gaji yg ditawarkan lebih lumayan, tapi tahukah kita beban kerja yg bakal ditimbunkan? Mungkin limpahan gaji yg berganda, membuatkan masa untuk Tuhan, diri dan keluarga semakin sedikit. Lalu bilakah masa kita boleh mengecap bahagia dan menikmati ketenangan? Bukankan ada disebutkan bahawa dgn mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

Tak keluar makan? Tak kan nak diet kot. ;) Err.. tiny penah rasa ketupat sotong? Su antara peminat tegar makanan ini... Hehe

InsyaAllah... menulis dan beramal dgnnya... Moga Allah permudahkan. Amin.

luv u 2. muahh... *salam semut*

Tawel Sensei said...

Boleh je kira azam tahun baru tu :)

Bila Kak Su nak pindah Kelantan ni?

Aduh, nampak sotong tu, teringat nasi dagang Kak Su yang sangat sedap tu!

Nooreena said...

"Saya berazam untuk menulis seperti Kak Suara." - azam 2011 :D

Laparnya tengah-tengah malam ni!

suara said...

@tawel
Abang dah pindah, kak su belum. Lambat sikit la. Sayang nak tinggalkan Shah Alam. Huhu...

Agak-agaknya, kalau hari tu kak su hidangkan ketupat sotong ni dgn nasi dagang, tawel buat lauk tak? :D

==================
@Nooreena
Menulis macam kak su? Tang mana tu, tang satu entry sebulan ka? :D

Kalau lapar malam-malam cam ni, cuba bukak cabinet dapur tu, ada tak maggi sesat? :D

epalejau said...

kak su! sedapnyaaa sotong! :)
kak su jarang da update kan?
tapi insya ALLAH epal akan sentiasa datang menjenguk.

kak su jangan tiba2 tutup blog, atau private kan blog, atau pindah ke blog lain tanpa bagi tau epal ya? epal tanak lost contact dengan kak su.):

suara said...

@epalejau
Sibuk amat thn lepas... tu yang lemah je nak update. Buat sekerat, hilang idea. Mada dok drive, mencurah-curah pulak... Pas tu hilang...

InsyaAllah, kak su tak akan tutup blog dgn tiba-tiba. Tambah blog maybe ada...
:)