Muhasabah diri. Itu penting... paling penting buat diri yang mahu berubah.
Musibah dan dugaan Allah turunkan bertujuan menarik kembali hambaNya dari jalan yang salah, laluan yang tersasar. Tak mudah melakukannya dan tak semua orang mampu berpatah arah.
"Bila anak buat maksiat, orang pertama yang harus muhasabah diri ialah mak ayah. Pasti ada kurang dimana-mana. Samada dalam didikan, dalam kehidupan yang lalu ataupun dalam diri mereka sendiri." Telinga menangkap bicara dari meja sebelah. Menarik! Mataku mengerling ke arah suara itu. Ianya milik seorang wanita berperawakan sederhana dengan wajah yang tenang.
"Mana boleh macam tu. Tak semua anak yang bermasalah itu disebabkan oleh ibubapanya. Aku pernah jumpa seorang teman yang liar masa remajanya, tapi mak ayah dia memang orang yang baik, solat tak tinggal, selalu ke masjid. Mereka didik dan tegur kawan aku sebaiknya, tapi jalan yang dipilih masih terpesong." Bantah temannya, seketika berhenti menyuap nasi goreng yang dah dilesapkan separuh.
"Macam mana kawan kau tu sekarang?" Si merah jambu (pakaiannya) yang duduk berhadapan menyoal dengan rasa ingin tahu.
"Nasib baik dia dah sedar dan berubah. Malah jauh lebih baik sesetengah orang yang kononnya tak pernah buat silap."
"Tak ada istilah nasib baik dalam kehidupan kita cik kak oi. Semua yang berlaku ada sebab dan hikmahnya, dan itu semua dibantu oleh Allah." Balas seorang lagi wanita yang paling kecil antara mereka berempat.
"Aku yakin, sebagai muslim yang kuat pegangan agamanya, doa mereka untuk melihat anaknya berubah digandakan siang dan malam. Dan akhirnya Allah makbulkan. Bukankah itu bukti yang doa orang tua adalah doa yang paling mustajab?" Ayat soal yang berbentuk jawapan. Aku semakin tertarik pada buah bicaranya.
"Erm... Betul jugak tu. Tapi bila aku lihat diri aku di kedudukan sebagai seorang ibu dan aku rasa dah bagi didikan agama anak-anak aku sebaik mungkin, tapi kalau mereka buat maksiat jugak, rasanya tak patut aku disalahkan." Ahh... setuju tapi mahu membina perisai menyelamatkan diri dari dipersalahkan. Aku tersenyum sendiri. Air horlick yang beransur suam dihirup perlahan.
"Ini bukan soal salah siapa. Aku cuma percaya bila sesuatu berlaku dalam kehidupan, baik atau buruk, adalah kerana Allah sayangkan kita. Sebagai anak, memang tak seharusnya menyalahkan ibu bapa. Sebagai ibu bapa pulak, jika anak berkelakuan buruk, tak eloklah dibiarkan saja. Sayang anak bukan bermakna perlu sentiasa berfikiran terbuka dan merelakan." Sesekali dia mengacau air yang tinggal separuh dengan straw.
"Memanglah... Tapi apa yang boleh kita buat lagi kalau teguran langsung tak diendahkan. Marah pun tak berbekas di hati. Tak kan nak dipukul. Silap haribulan, jadi kes mahkamah. Ishh... sekarang ni bukan kira siapa kalau nak saman." Benar. Anak saman mak dan pernah berlaku. Ayah saman anak pun dah pernah terjadi. Nyata benar tanda akhir zaman semakin menghampiri.
"Menyalahkan dan menuding jari tak akan menyelesaikan kekusutan. Mahkamah bagi aku bukan tempat menyelesaikan masalah. Mungkin ya bagi sesetengah pihak dan dalam keadaan tertentu. Tapi kesan negatifnya memang ada." Tak ramai yang ambil peduli tentang kesan buruk yang berlaku. Kepuasan diri saja yang dipentingkan ketika itu.
"Habis tu, kau rasa apa yang boleh mengatasi keadaan ni?" Temannya kembali bertanya.
"Seelok tindakan ialah berfikir tentang hikmah disebalik peristiwa yang berlaku, muhasabah diri dan menyesali kesilapan, perbaiki situasi jika boleh. Paling penting ialah berusaha, berdoa dan bertawakkal. Musibah seharusnya mendekatkan kita pada Allah, bukan menjauhkan."
Saya teringat kisah salah seorang sahabat Baginda, (Saidina Umar kalau tak salah)yang bersedih kerana dirinya tak diduga Allah dengan kesakitan dan keperitan hidup. Sesungguhnya sakit dan pedih dugaan itu adalah penghapus dosa.
Kata orang, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.
Saya pula... dengar cakap orang disiang hari. Mencuri dengar perbualan empat sekawan yang cukup mengesankan hati.
:D
Nota: Drama kehidupan yang diolah kembali sesedap rasa mengikut apa yang bermain diminda.
Nov 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
saya teringat kata-kata seorang ustaz nie... bila anak bermasalah je... masing-masing nak tuding jari...si ibu tuding jari kpd si bapa dan begitu lah sebaliknya. Anak pulak menyalahkan ibu bapa.
Tertib semasa berhubungan kelamin tu penting, supaya semasa bersama dapat dijauhi daripada jin tumpang sekaki.
Pokok pangkalnya sebelum menjadi janin lagi kita dah kena jaga. Bila tak jaga, ambil mudah dan melupakan bab nie akhirnya melahirkan anak yang tidak mendengar kata.
Setuju..
Menyalahkan dan menuding jari tak akan menyelesaikan kekusutan.
setiap musibah dan petaka terkandung di dalamnya ujian dan rahmat..
setiap bahagia dan berjaya juga tersimpul di sampingnya dugaan yg hebat..
setiap apa jua situasi yg berlaku adalah utk kita kembali mencari jati diri dalam mengingati Allah dan dambakan redha-Nya..
- seorang anak yg bermasalah.. bukan sekadar ujian utk dirinya, tetapi juga utk ibu bapanya, utk keluarganya, utk guru-gurunya, utk ahli masyarakatnya.. malah sehingga mencapai tahap utk Negaranya sendiri...
sejauhmana semua pihak menjalankan tanggungjawab "Amal Maaruf, Nahi Mungkar" dan kembali kepada Islam sebagai pegangan dan jalan hidup, dengan sabar dan dengan ikhlas!!..
teringat satu petikan daripada pembacaan, ditulis:
"seseorang yg berbuat maksiat tak tentu sudahnya di neraka jika dengan maksiat itu dia berasa gentar dan takut kepada Allah.. begitu juga seseorang yang sentiasa berbuat amal itu tidak semestinya akan langsung ke syurga, jika di sebalik amalan baiknya tercalit sedikit riak dan megah dgn pujian dan menanti balasan".
KEIKHLASAN adalah rahsia Allah yang amat sukar dirungkai oleh mana-mana manusia maupun para malaikat. Kekal ia sebagai rahsia Allah yang Maha Berkuasa..
pandang diri
@eeeda
Kalaulah jin yg tumpang sekaki masa pasangan bersama tu boleh dilihat, pasti kesannya lainkan? Sure doa memulakan hubungan kelamin tak tinggal. Hehe...
Tetiba Su teringat proses penanaman padi zaman dulu dan sekarang. Dulu benih padi disemai satu-satu, tersusun dan teratur. Sekarang ni, main tabur je. Tapi ye lah... benih padi dan benih orang mana nak sama kan... Semua org nak anak yg baik, tapi proses ke arah itu tak diambil kira.
===================
@tiny
Anak-anak yg bermasalah... sebagai ahli masyarakat, sejauhmana kesanggupan untuk mendidik mereka. Tersilap menegur, akan ditetak, dipukul dan dibelasah. Walaupun kes yg berlaku maybe satu dalam sejuta, tapi kesannya amat ketara. Su sendiri pun gerun jugak. Tu tak campur lagi dengan kes marah guru atau jiran yg ambil kisah.
Moga Allah berikan kita semua kekuatan hati untuk bersama menjalankan tanggungjawab amal makruf nahi mungkar.
Keikhlasan... Kalaulah ada satu formula kental untuk memilikinya secara kekal, alangkah baiknya... Su selalu bertanya pd diri sendiri... adakah ia ada didalam hati ini? Ampun Ya Allah...
=================
@ryann
:)
Nice posting. Terima kasih
salam su...
sabarla ya, ini semua dugaan dari NYA....
ingat akak lg tak?
Post a Comment