Saya baca kisah tentang agenda Yahudi di laman ini. Hati saya berdegup kencang, penuh bimbang. Saya tahu mungkin ramai yg dah membacanya, melalui email yang di forward dan melalui laman sesawang (saluran maklumat yg semakin sebati dengan masyarakat kini) tapi ramai juga yang tak ambil peduli. Sesungguhnya hanya Allah yang mampu membuka hati.
Saya manusia mudah lupa. Kalian juga manusia. Dan menjadi tanggungjawab kita untuk saling mengingatkan. Paling penting dan utama, saya perlu ingatkan diri saya sendiri agar tak menjadi penyumbang kepada kejayaan Yahudi.
Apa yang saya baca di sini adalah sebahagian kecil dari keseluruhan artikel yang dikumpul berkenaan protokol Yahudi. Dan ya... entry ini adalah copy paste saja.
Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara:
1. Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan. Jika ada anak-anak yang tak tau mengucap tetapi boleh menghafal lagu Hindustan atau Inggeris yang panjang berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah, tapi boleh mengingati lagu Siti Nurhaliza yang panjangnya berdepa depa. Berjaya sudah Yahudi.... Hingga kita terfikir..... bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?
2. Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana, di kaca tv, dalam filem, dalam iklan... babak sex amat lumrah. Kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex. Filem 18SX amat laris berbanding filem U. VCD lucah mudah didapati dan harganya amat murah. Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah...... (Teringat entry ini, buat hati saya terbakar sungguh.)
3. Smoke....
Rokok. Menjadi kegilaan para remaja sehingga dikatakan tidak moden jika tidak merokok. Malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau digelar "up to date"..Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja ataupun penari kabaret (aku tengok dari filem P Ramlee). Ciss yahudi... berjaya lagi kamu.... (Jom ramai-ramai kita jayakan kempen anti rokok)
4. Sport...
Pelbagai jenis sukan ditonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan, hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga. Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss. Bukan yang bermain sahaja tak sembahyang, yang menonton pun tak sembahyang juga. Kalau menonton di rumah, akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL.... Yahudi gol lagi.... Sampai ada ulamak kata, kerana sukan, sembahyang boleh tangguh. Masya-Allah...
5. Fun..
Hiburan. Di mana-mana pun kita dapat hiburan yang melalaikan. Kalau kita lihat dalam 100 majalah, mungkin 99 adalah majalah hiburan. Kalau ada konsert, sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang. Dan bila ke konsert, pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....
6. Female...
Perempuan. Tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan, terutama dalam iklan. Iklan yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan, tapi tetap menggunakan perempuan sebagai penarik. Kalau kita ke kedai bateri kereta, di hadapan bateri terpampang gadis dengan pakaian tidak menutup aurat beraksi. Apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan? Yahudi bersorak lagi.....
7. Fashion....
Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam. Sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat. Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang sampai menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah. Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan. Bila warnakan rambut, mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung, bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu... Kalau dah rambut diwarnakan, sembahyang pun tak sah, malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air. Itu tak kira yang cukur bulu kening lagi... Yahudi ketawa lagi....Umat islam sudah jadi macam Yahudi....
8. Food...
Lagi satu kegilaan umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah McD , KFC , Pizza Hut dan seribu satu macam lagi. Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah seolah dipandang hina. Masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan je. Tapi makanan Barat menjadi kebanggaan. Bila makanan datang dari Barat, adakah kita yakin tentang halalnya? Contohnya Kentucky, rempahnya datang dari Amerika. Siapa nak pergi check...halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap. Maka lahirlah umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubillah.....Yahudi makan Islam lagi...
4S dan 4 F. Itu baru protokol yang ke 10 dari 24 protokol semuanya. (Protokol Yahudi adalah satu perancangan terperinci dan teliti, ianya adalah hasil satu kongres Yahudi antara bangsa yang telah berlangsung di bandar Bal di Swizland pada tahun 1897, yang dipengurusi oleh Teodur Hardzal). Protokol yang lain-lain entah macam-macam lagi.
Kalau kita sayangkan dan cintakan Islam, sayang dan cintakan Allah dan Rasul, kenapa kita mesti biarkan Yahudi berjaya dalam segala agenda mereka? Cinta bukan sekadar ungkapan, tapi juga perbuatan.
Persoalannya ialah kenapa kita biarkan hati kita buta oleh cinta pada yg tak sepatutnya? Ya Allah... Bantulah kami, selamatkan kami... Bukakan pintu hati kami akan cahayaMu menyinari ruang hati.
Apr 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Salam kakak,
wabak 4S4F sungguh berseni bunyinya akak.
Kak, saya setuju dengan apa yang akak tulis di sini. Saya ambil contoh 1F- FEMALE.
Ramai kegagalan dan kejatuhan berlaku sejak zaman dahulu disebabkan oleh 1F ni. Peranannya amat besar dlm pengaruh seorang M. Boleh jadi penyuntik semangat jua boleh memusnahkan semangat.
Terima kasih akak
Salam Kak Su...
Benar apa yang dikata, saya pernah baca buku mengenainya. Dan saya juga pernah terbaca artikel mengatakan Yahudi tak hisap rokok dan melakukan perkara-perkara kurang elok lain. Wallahua'alam.
Pokoknya, umat Islam sudah pun terjebak secara langsung atau tidak. Berapa puluh manusia yang menonton bola distadium tertinggal solat ketika waktu maghrib? Berapa banyak keuntungan penjual rokok walaupun harga tembakau naik mendadak? Berapa banyak anak luar nikah hasil seks bebas? Video lucah melayu dah semacam perkara biasa. Berapa ramai manusia melalak menari bercampur laki perempuan dikonsert melihat penyanyi kesayangan? Berapa banyak kredit habis mengundi AF? Berapa banyak pemimpin jatuh kerana skandal seks? Berapa banyak pakaian tak cukup kain tetapi mahal harganya? Berapa banyak kita menelan makanan yang tak tahu kehalalannya?
Maaf kak su, terlalu banyak soalan pula.
Salam Srisufi...
Itulah kita. Perempuan ni mmg istimewa sekali kejadiannya. Kita lah racun, kitalah penawar. Kitalah api kitalah air.
Kita punya pilihan apa kita nak jadi. Andai keliru, Allah ada untuk membantu kita.
Salam Farid...
Kak su juga pernah baca tentang cara Yahudi mendidik anak-anak mereka. Mereka bermula seawal dari dalam kandungan lagi.
Mereka (Yahudi) menggali lubang kemusnahan untuk kita sedangkan mereka sendiri berada di luar lubang itu. Sedia untuk menimbus kita yang berlumba-lumba memenuhi liang kemusnahan. Atau mungkinkah lebih tepat jika kita katakan mereka (Yahudi) yg sediakan alatan untuk kita menggali liang kubur kita sendiri.
Erm... soalan-soalan yang Farid sediakan itu seharusnya kita renung bersama. Mungkin kita tak mampu mencari jawapan tepat dalam bentuk angka, tapi kita tahu ia memang berleluasa.
Yang mampu kita lakukan sebagai permulaan, ialah menjaga diri kita, menjaga keluarga, saudara-saudara dan sahabat-sahabat kita. Kerana pimpinan paling awal ialah pimpinan dalam rumah kita sendiri.
Memang dah sedia maklum ghuzwatul fikr-perang pemikiran- mereka nih, dah berbuih dak org dok ceramah sayangnya masyarakat tak peduli..
Itu yang memang kafir, ada pula Orang Islam sendiri jadi musuh dalam daging.
Istighfar panjang baca blog Kassim Ahmad-yang tolak hadith tu- dan yang memberi komen dalam blog dia...Takut!
Zamry...
Tu lah kan... Tapi yg dok dgr ceramah tu ialah yg mmg dah sedia fahami apa yg Islam mahu dan bersedia utk memperjuangkannya (insyaAllah), sedangkan yg perlu kita tarik ialah mrk yg mungkin tak sedar ttg 'senjata rahsia' kaum kafir ni. Ataupun yg mungkin sedar, tapi tak punya kekuatan untuk melawannya.
Bagaimana dan apa yg boleh serta perlu kita buat? Apa yg harus kita lakukan sebagai masyarakat yg cintakan saudaranya?
Saya juga risau dengan org Islam yg menjadi duri dalam daging ini. Namum ilmu saya tak sebanyak mana untuk menyertai dan berdebat dgn mrk yg adakala berlagak 'terlebih pandai ni' :(
Kak,
kita yg dah terpanggil mainlah apa2 peranan yg mampu.
Cuma kita insaf; umat Nasrani terbahagi 71 golongan, umat Yahudi terbahadi 72 golongan dan umat Islam terbahagi 73 golongan (yg mana cuma satu di landasan yg benar)
teruskan usaha
AyKay...
InsyaAllah... kita akan sama-sama mainkan peranan sebagai saudara seagama.
Semoga Allah membantu kita semua memilih jalan yang satu itu.
salam... lama juga kak e tak bertenet... kegiatan dan kesihatan tidak mengizinkan...
semoga su terus ceria :)
* kak e suka baca semua n3 su ;)
Salam kak e...
Kak e jaga kesihatan tau. Bertenet sekadar mengisi masa lapang. Kesihatan paling penting. Ingat tu.
;) Macih kak e...
Terima kasih berkongsi Kak Su...
Memang pernah terbaca tentang benda ni, dari skolah lagi mereka dah beritahu, tapi itulah selalu jer terlupa..
Yahudi/Israel/Zionis memang takkan pernah mengalah. By hook or by crook mereka akan cuba juga, jadi kita yang mesti grab and alert dengan aktiviti mereka ini. Moga saya dan kita semua sentiasa beringat2..
Terima kasih kerana mengingatkan!!
Balqis...
Sama-sama. Kak su pun mengingatkan diri sendiri jugak ni. Ye lah... kita manusia mudah lupa. Tapi lupa itu tanda tak prihatin dgn ancaman musuh yg mahu meruntuh. Kita kah itu, yg tak prihatin? Huhuhu
Post a Comment