Satu hari di pagi raya.
Mak menarik tangan nenek. Memimpinnya masuk ke bilik. Hairan. Apa yang rahsia sangat sampaikan diajaknya nenek ke bilik. Aku memerhati dengan hujung mata, tanpa bersuara untuk bertanya walaupun fikiranku sarat dengan pertanyaan.
"Adik jangan masuk bilik mak dulu ya. Tunggu sampai mak keluar." Pesan kakak yang seolah tahu pertanyaan yang bermain di kepalaku. Dia menyarungkan baju ke tubuhku. Kemudian menyapu sedikit bedak ke muka.
Lamanya.
Itu yang aku rasa. Rasa ingin tahuku makin membuak-buak.
Selesai menyiapkan aku, kakak beredar ke bilik. Aku memandang langkah kakinya yang kemudiannya menghilang di sebalik daun pintu. Pandanganku beralih kembali ke pintu bilik mak. Tak langsung kedengaran apa-apa. Curiga sungguh.
Rasa ingin tahu tak mampu ku tahan lagi. Apa yang aku nak cakap kalau aku tiba-tiba masuk ke biliknya ye? Fikiranku ligat mencari alasan.
Mengintai kakak yang masih berada di bilik kami, aku mengatur langkah untuk masuk ke bilik mak tanpa mengetuk terlebih dulu. Sungguh kurang sopan, tapi rasanya itu akan memberikan aku peluang yang lebih untuk tahu apa sebenarnya yang mak sedang lakukan dengan nenek.
Aku terpaku di muka pintu.
Nenek duduk di birai katil dengan mata yang basah. Mak pula berada di atas lantai sambil jejarinya kemas memegang tangan nenek. Suara mak serak dan sayu... tangisannya beralun bersama bilah kata yang meluncur keluar dari bibirnya yang merah.
"... Halalkan makan minum Som yang mak berikan pada Som sejak lahir, halalkan titis susu yang pernah mak berikan pada Som dulu. Maafkan kekasaran Som kalau ada ketikanya suara Som agak tinggi dari biasa..." Sendunya bersilih ganti.
Aku menutup pintu perlahan.
Tak pernah aku melihat mak menangis seperti itu.
"Adik!!" Panggil kakak bernada amaran bila dia sempat melihat aku memegang tombol pintu.
"Err... Adik nak ambik gelang dengan mak." Aku memberi alasan. Rasa bersalah menyerang diri. Kakak tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
Melihatkan kakak yang tak langsung marah, aku memberanikan diri untuk bertanya bagi memuaskan hati; "Kak... Kenapa mak dan nenek nangis?"
"Hari ni kan hari raya. Pagi macam ni, selalunya mak memang akan ajak nenek masuk bilik untuk mintak maaf dengan nenek." Jelas kakak ringkas.
Aku diam.
Mataku kembali menatap majalah di depan mata.
"Mak.. maaf ye kalau saya ada buat salah. Kira kosong-kosonglah ye!?" - Petikan kata-kata dalam salah satu artikel dalam majalah Anis yang membicarakan tentang kemaafan di pagi raya.
Begitukan orang sekarang meminta maaf di pagi raya dengan ibubapa? Aduh... berbeza sekali dengan cara arwah mak. Lembut dan syahdu. Mungkin bukan semua, tapi pasti ada yang mengucapkan kalimah penuh erti itu dengan nada bersahaja dan selamba.
Aku terfikir, andai arwah masih ada, adakah aku mampu lakukan seperti dia? Penuh ikhlas dan begitu berbekas.
Lakukan begitu dengan mak mertua? Ahh... tak mungkin sama perasaannya.
Baru kini aku faham kenapa mak bawa nenek ke bilik. Mahu bersendirian dengan nenek. Untuk mengumpul kekuatan menguasai perasaan. Itu tanggapanku.
Rinduku pada arwah mak terkumpul semenjak 21 tahun yang lalu. Masih sama. Tak mungkin ada pengubatnya. Hanya ingatan pada Allah yang menjadi penawar hati yang lara.
Pandangan mataku kabur oleh air mata yang hampir melimpah. Selamat hari raya mak!
Sep 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Tie mohon maaf kiranya ada silap selama perkenalan kita..Selamat hari raya..
selamat hari raya...
maaf zahir batin...
semoga ceria sentiasa... (",)
su..
amik kad kat umah akak ya..
salam aidilfitri..
Salam Su...
Akak ingin mengambil kesempatan nie utk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri & ingin mohon maaf andai ada salah & silap samada yg akak sedari maupun tidak...
Kesyahduan dan kesedihan bersilih ganti pabila memori lama mengimbau kenangan...ahhh..syahdunya aku!
Selamat Hari Raya juga, kak su =)
Keluarga Kamel tak pernah ada tradisi salam di pagi raya ni.
Seingat kamel, memang dari kecik la tak pernah buat. Tapi bila dah besar, tengok keluarga orang lain salam2 ni, teringin jugak nak merasa.
Tapi bila fikir balik, apa gunanya 'mintak maaf di pagi raya' pastu petang buat mak sakit ati balik. kira maap time pagi tu cuma sekadar 'protokol' aje. isk isk
Kalau rasa terguriskan hati mak, seeloknya cepat2 la mintak maap. tak perlu rasa ego ke apa. jangan sampai tak sempat nak tunggu pagi raya utk mintak sori, mak dah pergi dulu.. huhu :(
*sekadar luahan atas pengalaman sendiri. apa yang baik kita share2 ye ;)
Salam akak. Kisah ini benar menyentuh hati saya. Saya teringat pada sifat saya masa kecil-kecil yang hampir setiap masa minta maaf. Saya rindu pada diri saya yang itu. Sekarang ni, perlu sentiasa diingatkan untuk minta maaf. :cry:
selamat hari raya, maaf zahir batin, saya pun dulu bersalam ngan arwah mak mesti kat dlm bilik, tak suka open, jadi tontonan.
Salam Syawal dan selamat hari raya...
Tie...
Samalah kita. Su pun mintak maaf kalau ada salah dan silap. Slmt ari rayee...
Kamar...
Kak su pun nak ucap slmt ari raya gak... dan maaf kalau ada buat salah.
Azza...
Wokeh, nanti su p ambik ye... macih bebanyak.
Akak...
Su pun kak, mohon maaf kalau ada gurauan yang melampaui batas.
Azlanlin....
Bagi saya... kenangan.. kadang tu ia buat kita tersenyum... kadang ia buat kita menangis... Pahit manisnya disitu, kekal di hati.
Kaamyl...
Slmt ari rayee...
Zaman remaja kak su dulupun agak sukar nak mintak maaf. huhu
Tradisi mintak maaf di pagi raya bagi kak su hanyalah satu permulaan untuk yang tak biasa meminta maaf. Paling tidak, ada satu hari yang sstgh org tak rasa segan nak bersalam dan mintak maaf dgn mak ayah, walaupun tinggal serumah.
Kalau boleh mintak maaf selalu... Kadang tu dgn kawan yg kita jumpa sekali sekala kita mudah mintak maaf, tapi dgn mak dan ayah yang jumpa hari-hari, cukup liat.
Moga sesiapa yg masih punya ibubapa tak akan bertangguh untuk meminta maaf.
Nooreena...
Kak su yakin reen masih punya kemampuan untuk kembali memiliki diri yang lama... Apapun, bersyukurlah kerana masih ada yg mahu mengingatkan.
Maksu...
Selamat hari raya maksu... erm.. maksu tak suka jadi tontonan erk. Tapi perkara yg baik apa salahnya dipertontonkan, terutama oleh anak-anak. Tul tak?
Post a Comment