Sep 27, 2008
Syawal oh Syawal...
Salam Ramadhan penuh keberkatan...
Dan selamat bersedia untuk menyambut Syawal yang bakal menjelang.
Ucapan ini saya tujukan buat semua pengunjung blog ini, yang saya kenal dan tak kenal, yang kenal saya dan yang tak kenal saya juga....
Seboleh mungkin saya cuba untuk tidak menyakitkan hati sesiapa, namun saya perlu akur bahawa tanpa saya sedari dan sengajakan, mungkin ada hati-hati yang tercalar akibat kata-kata saya. (Ada ke?)
Lalu sedaya upaya saya cuba untuk melayangkan dan menayangkan permohonan maaf saya di tempat-tempat yg saya selalu singgah. Namun masa dan kesempatan yang ada begitu terbalas. Mungkin saya tak dapat nak berkelana dari satu blog ke satu blog untuk menyusun kata dan memberikan ucapan.
Jadi disini saya ingin melontarkan (macamlah kata-kata tu berketul-ketul, boleh dilempar. hehe...) ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin (standard ucapan dlm kad raya. Biasa lah tu...) kepada semua.
Ini pantun raya yg saya jaja kat rumah kekawan blogger (mana yg sempat je lah... huhu)
Salam Ramadhan penuh keberkatan
Salam Syawal yg bakal menjelang
Andai salah kemaafan dipohonkan
Moga rahmat Allah terus berkekalan.
Ucapan tambahan;
Sebulan Ramadhan dah puasa sakan,
tiba masa nak beraya dan makan,
tapi jangan sampai semua benda nak ditelan,
hanya pesanan, ingat-ingatlah jugaklah kat Tuhan.
(Ingatan untuk saya sebenarnya nih...) ;)
Nota : Tika n3 ini di terbitkan, mungkin saya sedang sibuk mengejar dan memintas ayan dan itek di kampung untuk di jadikan hidangan berbuka puasa. Mungkin juga saya sedang memanggang ikan terubuk bersambal sambil memasak sup kaki lembu (sup gear box).
Ini adalah n3 yang dischedulekan lebih awal. Bukan apa, kadang kesibukan kerja datang tanpa di duga dan saya tak mahu terlepas menghantar n3 terakhir dalam bulan Ramadhan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
21 comments:
Selamat Hari Raya, Maaf zahir batin. kullu 'amin wa antum bil khair
assalamualaikum
Baki ramadhan ni sama2 kita manfaat ya kak.
Takabbalallah huminna waminkum. Eid Mubarak!.
mohon maaf atas setiap salah silap kasar bahasa yang bisa mengguris hati akak, samada atas sedar atau dlm sedar sy
Kullu am wa antum bilkhair
raya nnt sy mai umah akak boleh? nak collect duit raya..hehehehe..gurau ja
selamat meraikan kunjungan syawal, cik suara.
su..
selamat menyambut hari lebaran.. Qasih juga mohon maaf kiranya ada terkasar bahasa dan tersilap bicara sepanjang ukhuwah ini terjalin... semoga aidilfitri kali ini menitipkan keindahan yang penuh bermakna...
Di saat Kak Suara menulis perkataan "ikan terubuk bersambal" dan "sup kaki lembu", tahukah Kak Suara bahawa itu semua telah mencalarkan hati saya?
Tahukah Kak Suara?
Tak apalah, ku maafkan... Ku mohon juga kemaafan darimu..
Selamat Hari Raya Aidilfitri :)
Akak, inshaAllah saya jadi balik kampung raya ke-2. Jadinya, dapat lah saya menjerit kecil 'yeye!'
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk akak tersayang. Minta maaf jika saya ada tersilap kata. Nanti jemput lah datang ke rumah ya. :)
PS: Umur macam saya ni boleh tak dapat duit raya? ;)
Salam Kak Su~
Sungguh saya kelu. Ramadhan tahun ni sangat, sangat mengajar saya. Terlalu banyak 'kehilangan'. Tetapi sedar, itu semua ujian dari-Nya. Doakan saya, ya kak.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maafkan segala salah silap sepanjang perkenalan singkat kita. Semoga sentiasa dilimpahi kasih sayang dari-Nya. =)
Minal A'idin Wal Faizin..
Makan juadah raya ingat kamel kat sini gak ye.. Wuuu~
p/s: gelakkan tawel kat atas. hahaha
assalamualaikum wbt, akak.
selamat menunaikan ibadat di akhir bulan ini.
Maaf zahir dan batin jua andaikan neem ada wat apa2 salah ya!
salam ukhwah
assalamualaikum wbt, akak.
selamat menunaikan ibadat di akhir bulan ini.
Maaf zahir dan batin jua andaikan neem ada wat apa2 salah ya!
salam ukhwah
Salam,
Kak Su,
Aliff mohon ampun maaf sempena ketibaan syawal yang mulia ini.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
Salam Kak Su..
Selamat Hari raya diucapkan..
Semoga Aidilfitri kali ini mmberikan seribu makna buat kak su sekeluarga..Maaf juga andai ada salah silah berbicara. Nanti datanglah jemput ambik kad raya kat blog saya ya..
terjatuh si katak dalam perigi,
terbang si nuri hinggap di timba,
Ramadhan telahpun berlalu pergi,
aidilfitri pula menjelang tiba.
p/s : sowi, lame x berpantun smpi kuar istilah katak hehe
selamat hari raya (^_^)
selamat arie raya
maaf kak su tak sempat sangat nak update blog baru ... saya akan update yang baru bila dah free.. sejak2 sibuk takde masa nak update .. =)
selamat hari raya buat kak su juga yer..
kak su boley masuk blog ni juga
maduwarnabiru.blogspot.com
penunggucahaya masih aktif juga...
rindu sangat dengan kak su .. walau tak pernah bertemu =)
Zamry...
Slmt hari raya dan maaf juga dari pihak saya.
Kullu am wa antum bilkhair...
Nahwannur...
Salam Eid Mubarak. Kak su pun mohon maaf kalau ada gurauan yg melampauan batasan.
Datang le rumah... sampul raya masih banyak. Kalau tak de duit dlm tu nanti, isi sendirilah ye... kekeke
Ryann...
Jon kita sama-sama raikan kemenangan ini... Kemenangan melawan nafsu di bulan Ramadhan.
Qasih...
Su pun sama. Kalau ada salah, mohon kemaafanmu. Kalau tak de salah, alhamdulillah... Semoga aidilfitri ini lebih bermakna buat kita semua...
Tawel...
Tercalar dek tulang terubuk bersambal ye?
Terpelanting jugakah hatimu dek sepakan sup kaki lembu?
Kekeke...
Kamu ni Tawel, buat kak su tergelak je baca komen yg di tinggalkan.
Apapun, syukurlah sbb di maafkan. Sesungguhnya memang kak su gembira bila mampu mencetus kerinduan kamu untuk pulang ke kampung. Cepat-cepat abih belajar, pastu balik ke Malaysia. Nanti ubati sendiri luka dan hati yg tercalar. ;)
Reen...
Raya ke-2 baru balik? Tak pe lah, sekurang-kurangnya boleh balik, kan? Syukurlah...
Slm Syawal penuh kemeriahan buat reen juga. Sayaaannng reen.
Err... duit raya ye? Boleh... bank kan banyak. Pegi dapatkan dari mrk. Duit baru pun ada... keke..
Salam Dla...
Setaip masa adalah pengajaran. Ramadhan adalah masa yg terbaik untuk belajar ttg banyak perkara.
Dan kehilangan... Kak su faham sangat apa rasanya. :( Namun kita harus terima yg ia pasti akan terjadi dlm hidup setiap kita, tak kira bagaimana cara ia terjadi.
Kak su pasti doakan Dla... smg Allah sentiasa bekalkan kekuatan dan kekentalan semangat Dla. Jadikan Syawal untuk meraikan kemenangan mengatasi dugaan yg Allah turunkan.
Kaamyl...
Ish... masa makan, kak su mmg tak ingat sesiapa pun... sedaaappp sgt. sori lah ye... keke
p/s: kak su dah puas gelak pun. hahaha. Err... jgn marah ye tawel.
Humairah...
Salam Syawal untuk neem juga.
Neem tak de buat salah pun... tapi kalau ada pun, pasti kak su maafkan. Err... kak su ada buat salah ke? Kalau ada, harap neem maafkan jugak ye.
Salam ukhuwah...
Aliff...
Salam Syawal. Dan maaf zahir, batin, fizikal, mental dan spiritual dari kak su juga... ;)
Ibnurashidi...
Slmt hari raya us. farid. Bagaimana beraya kat sana agaknya? Kak su pun mohon maaf kalau ada salah dan silap sepanjang kak su menulis.
Ada kad raya erk... nanti kak su p ambik ye!
e-leeyana...
pantun erk... bagus tu. katak pun kataklah... raya ni kan dlm musim hujan. ;)
thafieqx...
Slmt arie raya juga... baju raya sedondon utk satu keluarga ye? :)
lely...
Lamanya tak nampak lely bagi komen kat sini. Ingatkan dah lupa kak su. tak pun bersara dr memblog ni. :(
Apapun kak su sentiasa harapkan lely dalam keadaan baik-baik saja. Sibuk-sibuk juga, tapi kesihatan kena jaga tau.
Wokeh, nanti kak su singgah kat blog tu nanti ye.
p/s: kalau rindu, jengoklah selalu... :)
Post a Comment