Segalanya begitu sempurna, begitu mudah.
"Kalaulah boleh kita mulakan rawatan IVF tu pada hari Maulidurrasul, bukankah lebih baik." Bisik suami saya.
"Erm... Memanglah, tapi Dr kata tak sedia lagi masa tu. Sebab tu lewat sikit." Balas saya menerangkan.
Tiba-tiba, sehari sebelum Maulidurrasul, Dr kata semuanya telah sedia, tak boleh dilewatkan lagi. Dan 9 Mac bersamaan dengan 12 RabiulAwal, permulaan di hari yang cukup baik memang membenihkan harapan subur dihati.
"Abang sebut je hari tu, Allah dah kabulkan. Allah berikan hari Maulidurrasul untuk benih kita dicantumkan di makmal." Kata saya sambil memegang tangan suami dalam kereta semasa perjalanan ke hospital.
"Alhamdulillah. Harapnya usaha kita ini akan berjaya." Senyumnya penuh harapan. Tangan saya dikucup lembut.
"InsyaAllah..." Hati sarat dengan getar dan debar. Harapan digalas penuh cemas.
Hampir 3 minggu saya berehat. MC dari hospital dan bersambung dengan cuti yang diambil, hanya untuk memastikan saya mendapat rehat dan penjagaan yang sempurna.
Terasa benar pertolongan Allah pada kami bila tiba-tiba syarikat tempat suami saya bekerja menutup operasi (shut down) selama seminggu. Cuti yang selalunya kami akan rebut untuk pulang bercuti di kampung, kali ini hanya dihabiskan dengan berehat di rumah.
Saya bagai orang berpantang, segalanya dilakukan oleh suami. Hanya tugasan memasak diserahkan pada saya. Itupun hanya menu yang mudah dan simple yang saya sediakan.
Doa tidak putus-putus diperdengarkan. Zikir dan bacaan Al-Quran menghiasi bibir hampir setiap ketika. Kami benar-benar berserah pada Allah, bertawakkal. Hanya Dia yang mampu membantu, yang dapat menjadikan impian kami satu realiti.
Tiga minggu yang mendebarkan, berakhir dengan airmata tatkala merah pekat mengunjungi saya seperti biasa. Sedikit lewat, tapi itulah jawapan yang pasti. Gagal. Air mata darah pun tak mungkin dapat mengembalikan apa yang hilang. Tak mungkin dapat mengubah kenyataan yang terbentang.
Saya bersyukur dengan permulaan yang mudah dan sempurna, walaupun pengakhirannya tak seperti yang saya harapkan.
Saya tak menangis. Lemah suara saya mengkhabarkan berita sedih itu pada suami, tak langsung diiringi dengan titisan airmata. Mungkin pelukan dialah yang membekalkan kekuatan pada saya.
"Jangan sedih. Nanti kita cuba lagi." Katanya ringkas, kemudian mengucup dahi saya. Saya mengangguk perlahan.
Saya kuat menahan dugaan ini. Sebenarnya itulah yang saya mahu percaya. Janji pada diri untuk tidak akan menangis walaupun tika membicarakannya dengan sesiapa saja, mengkhabarkan cerita duka.
"Su jangan sedih, jangan putus asa. Usaha lagi. Kalau itu keputusan Allah, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Ma akan terus berdoa..." Kata mertua saya dengan suara yang bergetar dihujung talian saat saya memberitahunya tentang harapan yang tak kesampaian. Saya tahu dia menangis di sana. Sungguh saya tak kuat saat itu. Air mata mengalir jua akhirnya. Laju.
"InsyaAllah ma. Su tak putus asa. Ma jangan risau, Su ok. Su akan cuba lagi jika bila Allah izinkan. Oklah ma... Su nak sambung kerja ni. Assalamualaikum." Suara saya serak tiba-tiba. Sebak. Cepat saya mencari alasan untuk memutuskan talian. Saya tak mahu mertua saya tahu yang mata saya sudah kebanjiran di sini.
Menerima keputusan itu awalnya bukan senang. Persoalan kenapa, mengapa, bagaimana bersilih ganti mengisi fikiran. Ahhh... mainan syaitan tentunya. Pasti iblis mahu saya mempersoalkan takdir Allah, dan dengan itu saya akan tergolong dalam orang-orang yang lemah dan tak tahu bersyukur.
Walaupun hati terasa seolah hilang saat menerima keputusan itu, tapi ia hanya seketika. Saya cepat sedar yang saya ini hanya hamba Allah yang layak merancang dan berusaha, namun keputusan adalah milik Dia.
************************************************
"Abang Ngah nak buat apa dengan duit ni?" Tanya suami saya pada anak buahnya semasa kami bercuti awal tahun ini. Leka memerhati tangan si kecil berusia dua setengah tahun itu memasukkan syiling ke dalam tabung lori.
"Nak gi Mekah." Jawabnya ringkas. Waduh... manisnya jawapan.
Minggu lepas suami saya bertanya lagi.
"Ayah cik nak pegi Mekah. Abang Ngah nak ikut?"
"Nak!" Terbayang matanya yang bulat dengan wajah bersih berkopiah.
"Duit dah cukup?"
"Dah cukup!" Suara kecil dihujung talian kedengaran begitu yakin dan bersemangat. Suami saya tergelak. Si kecil itu bersemangat sekali untuk menjejakkan kakinya ke sana. Di tanah suci yang saya pun tak pasti sejauh mana dia tahu tentang rumah Allah itu.
'Hanya Engkau yang kami sembah, dan padaMu jua kami pohon pertolongan....' - Al-Fatihah, 4.
"Abang... TV dah rosak lah pulak. Tetiba je." Saya bersungut. Niat nak menonton penyampaian anugerah AIM tidak kesampaian.
"Allah nak kita study betul-betul buku umrah tu. Sebab tu lah TV tu rosak." Kata suami selamba. Saya tersenyum kemudian tergelak kecil. Erm... mungkin benar begitu.
Sebelum memulakan kembali kembara zuriat (akan berikhtiar selagi terdaya) kami yang seterusnya, saya dan suami akan sujud dan menadah tangan di depan Kaabah. Memohon ampun dan meminta pertolongan, hanya pada Allah Al-Haq.
Bulan depan. InsyaAllah.
Doakan saya...
Apr 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
53 comments:
mudah-mudahan dipermudahkan...
tersentuh hati bai bila baca entri ni. bai memahaminya.. bersabarlah..(untuk diri bai jugak)
Hu hu...terharu rasanya. Su benar2 seorang yang tabah....kak tie yang membaca ni dah pun mengalirkan airmata.
Moga2 Su akan perolehi hajat tu...insyaAllah....
Lupa lak, cuba minum minyak habbatussauda, sesudu kecil setiap hari..., ikhtiarlah ya...
Terima kasih Bai...
Kak Tie...
Su ambik masa lama nak tulis n3 ni. Sayu sangat. Doakan su terus tabah ye!
InsyaAllah, nanti su cuba cari minyak pulak. Sblm ni, su telan pil je.
Insyirah, 5-6.
InsyaAllah, your 'yusra' will come soon.. kamel doakan.
Moga dipermudahkan segala urusan.. Selalu nak sembang2 dengan kak su.. tapi terhad dengan kekangan masa.. Hmm.. kak su, nak ikut pegi al-haram.. ;(
Terima kasih dik kaamyl sayang...
Ada peluang nanti kita borak ye!
Nak ikut!? Jommm.... :D
salam rindu buat akak ^^
"mintalah dengan jalan sabar dan solat..sesungguhnya Allah bersama dengan orang2 yang sabar"
semoga akak terus tabah...
semoga pergi dan pulang dengan selamat...
Salam....
Semoga doaku di hadapan rumah Allah agar kembara zuriatmu berakhir dengan kebahagiaan akan dimakbulkanNya jua....INSYAALAH.
Salam Sayang Teramat Sayang....
dari Sahabatmu....
Salam buat kakak yang dirindui
Kakak, insyaAllah kak. kami doakan selaalu.
Walaupun saya belum bergelar ibu, saya jua memahaminya.
Salam sayang damai...
Terima kasih atas doa kamu itu.
===================
Zuriani...
Salam kasih sayang penuh kerinduan buat sahabat yang jauh.
Kesudianmu mendoakanku tatkala berada di sana amat kuhargai. Kami kini dipanggil untuk ke sana, mungkin berkat doamu jua. Terima kasih....
Semoga dipermudahkan urusan, diberikan keberkatan yang berterusan dan dikurniakan kebahagiaan yang berkekalan... buatmu, buatku... buat semua. InsyaAllah.
Terima kasih jua atas kunjunganmu ke sini. :)
===================
Salam rindu buat Srisufi...
Terima kasih atas doa.
Kak su tahu, Sri mudah mengerti. Kita sama-sama perempuan, naluri keibuan itu telah tertanam.
.........
Salam Kak Su, saya... speechless.
Turut rasa terharu. Meletakkan diri saya di tempat Kak Su, apakah mungkin saya dapat hadapi dengan tabah dan sabar seperti Kak Su?
Allah ma'akuma InsyaALlah....
Saya akan salu doa, doa, doakan tuk Kak Su sekeluarga...
Ya Allah, kurniakanlah Kak Su sebaik-baik zuriat dari rahimnya Ya Allah. Engkau Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani...
Ameen...
Saya sedih, huhu...
Assalamualaikum...
Saya terasa bahang sedih dan keharuan menyusup jiwa. Halus.
Sabar, tabah, doa dan tawakkal ya Kak Su. Insya'Allah saya yakin pasti ada! sedangkan Nabi Zakaria dan isterinya yang dah berumur ketika itu mampu memperolehi cahayamata. Tak mustahil kuasa Allah.
Sebelum ke Mekkah, jemputlah ke blog baru saya.
Salam...
saya dengan rasminya ingin menjemput tuan rumah dan sesiapa saja ke blog saya yg baru..
http://www.faridrashidi.com
salam ziarah...
La tahzan ya kak su...
Kagum dengam ketabahan akak. InsyaAllah ada ganjaran dariNya di sebalik ketabahan dan kesabaran akak dan suami. =)
p/s: baru berkesempatan menjengah ke blog kak su. sebelum ni dengar dari mulut noreena jer :D
Salam Kak Su.
Dila doakan agar Kak Su sentiasa kuat dan tabah. Tak boleh nak cakap apa dah. Dila sayyyyaaang Kak Su. Be strong ok.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Akak.. walau apa jua yang terjadi, reen pasti ada sesuatu yang Allah janjikan untuk akak. Sesuatu yang kita tidak tahu, tetapi yakinlah dengan janji Allah. DIA nilai sekecil-kecil usaha kita apatah lagi usaha yang berterusan. Tabahkan hati tau.. Reen selalu pesan pada akak.. kena selalu senyum macam ni ^______^ okay? Mudah-mudahan dipermudahkan segala-galanya buat akak tersayang.
Hugs + Kisses + Doa from Penang! \(^^.)/
Salam dik Balqis...
Allah tak akan berikan dugaan jika hamba itu tak mampu menanggungnya. Kak su pegang itu.
Memahami kata itu, nampaknya kak su 'terpilih' untuk di duga sebegini. Lalu apa yg kak su boleh buat, hanyalah menerima dgn menyandarkan segalanya pada Allah. InsyaAllah, kak su kuat, berkat doa keluarga, adik-adik dan teman-teman blogger. Terima kasih dik sayang.
==================
Waalaikumussalam Ibnurashidi...
Nabi Zakaria... Mmg tak mustahil dgn kuasa dan keizinan Allah, kan.
Terima kasih Farid atas doa dan kata-kata semangat yang diberikan. Kak su bertuah kerana memiliki kenalan blog yg sudi mendoakan kak su walaupun tak pernah bersua. Kak su anggap, ini juga salah satu dari rezeki yg Allah berikan pd kak su. Alhamdulillah.
Kak su dah singgah blog baru Farid, tapi tak sempat nak tinggal komen. InsyaAllah, nanti kak su tinggalkan jejak bertapak ye!
Salam ziarah dan selamat datang buat adik Norhasnah...
Kesedihan tu kak su akan ketepikan, akan kak su timbuskan dgn rasa kesyukuran. InsyaAllah...
Kita ada Allah untuk digantungkan harapan, kenapa harus dibiarkan diri hilang kewarasan, kan? Kak su sentiasa doakan agar diri sentiasa waras dan tenang. :)
==================
Salam Dla sayang...
Dah abih exam belum?
Strong? InsyaAllah. Kak su kan minum milo setiap hari. Sebab tu kak su ni jadi sihat dan kuat. :D
Thks dla sayang, atas kata-kata dorongan. Sayang Dla juga...
===================
Reen...
^______^
Kak su akan ingat pesan Reen. Kata-kata Reen menambah kekuatan buat diri kak su. Alhamdulillah.
Su...jangan ragu terhadap janji Allah.
Kita dah berusaha dan berdoa...InsyaAllah..doa kami semua utk su dan suami.
Sedangkan Nabi Musa perlu 40 tahun baru doanya diterima utk kebinasaan Fir'aun.
Sabar....ye
InsyaAllah kak jie, su akan terus bersabar dan berusaha...
Terima kasih atas doa. Su benar-benar hargainya.
Askum kak Su yang dikasihi di hati...
Sebenarnya dah lama dah berkongsi dan menurunkan respon di sini..
I'm truly understand your pains and feelings. It's natural as a wife and woman.
Setelah bergelar isteri baru saya benar-benar memahami harapan dan perasaan seorang wanita dalam menunggu benih lahir dari rahim kita.
Sesungguh semuanya dalam Qadar Allah. Allah yang mencatur, menyusun menurut ilmuNYA yang dalam dan luas.
Sama-sama kita amalkan doa yang Nabi Zakaria alahissalam ketika mana setelah hampir 90 tahun namun belum mendapat anak. Dan alangkah dalam masa selepas kelahiran Nabi Isa a.s, Nabi Zakaria menangis teringat yang Baginda lupa meminta pada Allah dengan khusyu' dan bersungguh.
" Rabbi Habli Min Ladunka Zurriyatan Toyyibah. Innaka Sami'uddua"
Dan dengan ajaib dan Maha Hebat kuasa Allah, isteri Baginda a.s hamil selepas itu.
Kak nak tahu kisah yang dekat dengan saya yang sungguh luar biasa.
Seorang teman rapat sangat, sudah hampir tidak haid dua tahun, tiada telur kata Doktor hampir 100% tidak boleh mengandung lansung kata doktor. Pernikahan beliau hampir batal disebabkan hal itu. Beliau yang sangat cintakan kanak-kanak, sudah ada nama untuk anak-anaknya sejak belum ada calon lagi, sudah membayangkan bagaimana hendak didik anak, hendak dibacakan kisah apa etc tiba-tiba dikabarkan tidak dapat mengandung! Ibarat ditarik Allah harapan paling besar yang dia rasa pada masa itu. Cuba bayangkan Kak Su, dia belum kahwin tetapi rasa ibarat satu ujian maha hebat.
Tetapi sahabat saya tidak pernah putus asa dalam harapan dan tawakal pada Allah..
AZIM! Saya mendapat khabar lima bulan kahwin beliau mengandung! Dan hari ini beliau bersalin. Di hari Jumaat yang berkah dan mulia.
Yakin pada Allah. BEnih, rahim, segalanya asbab.
Kun Fa Ya Kun!
Saya yakin, ada untuk kita inshAllah!
Lasih, doa saya buat Kak Su dan doakan saya selalu juga ya.
Waalaikumussalam dik alQasam...
Mata kak su basah bila membaca komen yang ditinggalkan. Terharu... terkesan... Ish...
Perkongsian kisah sahabat itu membuatkan kak su bersemangat. Yakin, Allah pasti tak akan menghampakan hambanya yang meminta dgn bersungguh dan ikhlas. Sampaikan salah tahniah buat dia yang melahirkan... Alhamdulillah...
InsyaAllah, doa kak su pasti ada buat kamu juga dik.
Terima kasih atas kata-kata semangat, doa dan dorongan... Hanya Allah yang mempu membalas kemurnian hati kamu yg sudi mendoakan.
insyallah... kita mmg dituntut untk tak putus asa dan sentiasa berusaha
bicara hal dngn pasangn gini best jugak!!
salam..saya tumpang simpati la...semoga Allah tabahkan hati..sebenarnya,..cuba selesaikan perkara nie dengan amal2 agama plak...sebenarnya ulama suh kita utamakan amal dulu baru iktihar tp x pe...kita semua manusia biasa je...contoh amal solat hajat ke.. xpun baca yasin selepas subuh ke...<_>
Maksu...
Betul tu.
====================
joegrimjow...
:)
====================
Anak Pendang Sekeluarga...
Salam. Terima kasih.
InsyaAllah, saya berusaha, meminta dan berdoa pd Allah. Selebihnya, bertawakkal. Sesungguhnya Dia memiliki setiap kehidupan dan hanya Dia yang berhak membuat keputusan. :)
Salam Pertama untuk Si Suara,
Menarik tajuknya dan sedih kandungannya.
Semoga Suara boleh tabah dan diberi kekuatan untuk menghadapi cobaan Allah ini.
Allah yang Maha Bijaksana telah mengaturkan begitu, jangan putus asa dari rahmatNya, Dia tahu dan Dia dengar. Kita yang tak tau apa kah yang telah dirancang oleh Nya.
Wassalam.
.. izinkan si semut merayap keluar dengan selamat.
teruskan berusaha dan berdoa wokey? jangan sedih sedih nanti aku yang nangis.buruk rupa aku kalau aku nangis.hehe
nak ke MEKAH ye? doakan bebel sekali k? doakan isteri dan anak kembar kami dalam kandungan beliau sihat sejahtera. Muga suatu hari nanti aku ada peluang berkunjung ke sana. take care
Salam ukhuwah dan selamat merayap ye Si Semut... :)
Sedih? InsyaAllah, moga ia hanya buat seketika saja.
'Allah duga saya kerana Dia sayangkan saya.' Itu yg dibisikkan setiap hari. Tak mahu bersedih sangat, lagipun saya akan terus berusaha dan berdoa.
Allah berikan saya teman-teman yg sudi mendoakan dan memberikan kata-kata semangat. Syukur sangat...
Dan untuk kamu Si semut... Terima kasih atas komen yg ditinggalkan.
Walaupun blog saya tak semanis gula, harap kamu akan berkunjung lagi ye! :D
====================
Suka Bebel...
Saya jangkakan kamu akan menulis komen yg panjang, sesuai dgn nama kamu. Hehehe... *sekadar gurauan*
Tak mahu sedih lah... tak sanggup nak tengok muka sedih kamu yg buruk. ;) Kamu mesti ceria tau, untuk pastikan si kembar juga akan ceria bila mrk lahir nanti. InsyaAllah, saya akan doakan keselamatan isteri kamu dan kandungan berkembarnya tu (mcm bangunan la pulak bila guna perkataan berkembar. Heheh). Dan kamu bebel, jgn banyak membebel pd mrk, sbb sakit telinga dengar org bebel nih. Bebel sikit-sikit tak pe. :D
assalamulaikum..
Allah mahu menguji kita..
Allah mahu memberi kita sesuatu yang lebih baik..
Allah mahu mendidik jiwa Hebat pada hambaNya..
Allah mahu kita bersyukur dengan apa yang ada..
Allah mahu kita belajar berusaha tanpa putus asa..
Allah mahu meningkatkan iman kita...
Paling penting, Apa jua ketetapan pun...
Allah mahu beri kita pahala...
Waalaikumussalam...
Apa yang Allah tentukan dalam hidup, adalah yang terbaik buat kita. Semoga ingatan sebegini akan terus kekal dalam hati dan minda. InsyaAllah. Terima kasih ustazah, atas titipan kata diruangan ini.
Hidup ini hanya sementara, namun yg sementara ini penuh dgn ujian yg kadang buat diri tersungkur. Ya Allah... bimbinglah daku
Salam,
Kak Su,
Semoga usaha itu dipermudahkanNya. Dalam tiap tawakal pasti ada buah yang manis untuk dinikmati.
Semoga Kak Su tabah hati. Amin.
Salam Aliff...
Moga Allah membantu kak su. InsyaAllah.
Terima kasih atas ucapan/doa. Kak su benar-benar hargainya...
kak su, abg n kakak ipar sy dah bkahwin 12 tahun, tp masih belum dikurniakan zuriat. sy tahu di hati semua yg menunggu pasti ade rasa sedih, tp yg menanggungnya tentu berganda2 lg kesedihannya. skrg diorg dah amek anak angkat dan sy doakan moga anak yg diambil akan mmberi rezeki - manalah tau kot2 lepas ni dpt zuriat sendiri pula.
kak su teruskanlah usaha dan doa. insyaallah.. dipermudahkan. dan kalau masih x bjaya juga, mungkin ada hikmah. ntahlah kak.. sy pon x berani nk ckp panjang2 benda ni..
harap akak tabah slalu ye :)
Salam Kak Su~
Kak Su, ada satu perasaan dalam hati dla sekarang. Walaupun kita tak pernah bersua di alam realiti (cuma di alam fantasi saja, eh alam maya), tapi terasa ada satu ikatan yang menimbulkan perasaan dalam hati. Nak kata suka, perasaan tu sebenarnya menyeksakan. Dan bohong sungguh lah kalau dila kata tak suka dengan perasaan tu. Kak Su rasa, apa perasaan dalam hati dla sekarang? Hihi main teka-teki pula kat sini.
Kak Su, macam mana persiapan nak ke Tanah Suci? Nanti jaga diri baik-baik ya kat sana. Doakan dla sekali ya~
p/s: Ingat tak dla cakap nak poskan something pada Kak Su hari tu? Selalu bertangguh, sampai hari ni tak pos lagi! Teruk betul. Minta maaf banyak-banyak! Esok dla akan cuba sedaya upaya untuk mengeposnya! Keep smiling, Kak Su! Hihi~
Assalamualaikum....
Kadang kita selalu terpikir..kenapa ALLAH S.W.T. sengaja memberi kita hujan. Sebenarnya Dia nak bagi kita pelangi...InsyaALLAH kak..Allah akan sentiasa bersama umatNYA yang sabar.
Mudah2an dipermudahkan segalanya dan kentalkan hati yang mulus.
Salam manis dari kota pawana:)
Masy...
Nampaknya kakak Masy lebih lama menunggu kedatangan zuriat berbanding kak su. Syukurlah dia telah mengambil anak angkat. Pasti sepinya telah berkurangan. Kak su ada juga dgr cerita, ada pasangan yang berjaya memperolehi zuriat sendiri bila telah mengambil anak angkat. Rezeki masing-masing. Itulah tanda pemurahnya Allah, kan?
Moga dia juga akan beroleh zuriat sendiri satu hari nanti.
Tapi bagi kak su dan abg, belum lagi terbuka hati untuk mengambil anak angkat. Banyak faktor yang harus diambilkira. Apapun, kak su serahkan pada Allah untuk memberi laluan hidup yg terbaik buat kak su. Thks Masy :)
Salam dik Dla yang manis...
Ooo... nak main teka teki dgn kak su ye? Soalan tu dah buat kak su perasan la pulak. Dla rindukan kak su kan? Sebab kata ramai org (yg tak dapat dirujuk faktanya dari mana) satu perasaan yg org kata suka tapi seksa ialah rindu. Betul tak? :D
Persiapan dah boleh dikatakan hampir complete. Tak sabar nak ke sana. Rasa rindu pada Tanah Suci Mekah bertambah bila kak su dah abih baca beberapa buah buku mengenainya. Dla tahu tak, ramai betul yg pinjamkan buku kat kak su ttg umrah dan ziarah ke Mekah dan Mdinah, walaupun kak su tak minta! Lebih kurang hampir 20 buah buku tau!!!... Alhamdulillah. Entah kak su dapat habiskan atau tidak. huhuhu...
InsyaAllah, akan kak su sebutkan nama Dla di sana nanti. Pastinya hanya yg baik2 buat Dla yg kak su minta.
========================
Srikandi kasih suci,
Waalaikumussalam...
Kak su pula terfikir, kenapa Allah berikan kita hujan? Sebenarnya Dia nak suburkan tanah bagi menyegar dan membiakkan banyak tumbuhan untuk kita makan bagi meneruskan kehidupan. :) Jawapan lurus bendul tanpa seni la ni... haha
Tapi itulah hakikatnya... Allah berikan ujian untuk kita menyuburkan keimanan, ibarat hujan menyuburkan tumbuhan. Tanpa kekuatan iman, sukar kita nak lalui kehidupan dengan penuh ketenangan, sementara menanti hari kita akan dipanggil Tuhan. Moga hati kak su, hati kamu dan hati semua yg mengunjungi blog ini akan subur dgn iman.
Terima kasih dik, atas singgahan semangat buat kak su.
sebagai insan yang kerdil di muka bumi Allah nie, kiter sememangnyer di uji dengan pelbagai dugaan.. kdg kala ianya sungguh hebet sehinggakan kiter rase x sanggup menghadapinya.. tetapi ingatlah, Allah menguji hambaNya mengikut kemampuan hambaNya.. sesungghnya Allh itu MAha Pengasih n Penyayang. sebagai insan, berusaha adalh keperluan untuk kiter mendapatkan sesuatu yang dihajati, selebihnya kiter serahkan kepada Dia. kerana Dia lebih mengetahui segalanya, aper yg terbaik buat kiter. wlubagaimana pun, untuk memperolehi sesuatu yang begitu berharga, pengorbanan, kesedihan n rintangan yang perlu dilalui bukan lah sedikit... kdang2 menguji ketabahan n kesabaran kiter. tetapi ingatlah, setiap rintangan, setiap pengorbanan yang kite lalui n lakukan akan memberi kiter suatu nikmat ganjaran yang tidak dapat kiter ungkapan.. jd berpeganglah pada janji Allah n truskan usaha serta truskan bertawakal. kerana sudah pasti Allah akan mengkabulkan permintaan bg orang2 yang besabar n bertawakal kpdNya..
p/s jiran sayer menanti selama 13 taun untuk memperolehi zuriat.. penantian yg sungguh memeritkan.
p/s saudara kepada jiran sayer menanti selama 15 taun untuk merasai nikmat yang terbesar ini.
p/s saudara sayer, tidak lg dikurniakan zuriat sehingga kini setelah melayari bahtera rumah tangga selama hampir mencecah 20 taun.. hanya anak2 buah sahaje tempat dia suami isteri mencurahkan kasih sayang.. tidak dapat sayer selami perasaannyer...
semoga tabah melalui hari2 yang mendatang... sesungguhnya, anda tidak bersendirian, ramai yang menyayangi anda...
salam buat akak..pertama kali sy berkunjung ke sini...(^_^)sebak membaca entri ini...
'Ya Allah kau permudahkanlah segalanya untuk hamba mu ini.....kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah...amin.....'
p/s: moga mendapat anak kembar....insyaallah...saya doakan....(^_^)
salam buat kak su..
kesakitan itu pasti akan memberikan akak sebuah senyuman..jika akak tabah menerima dan pasrah akan ketentuan dari Nya kan..
doa epal dari seberang laut..semoga berakhir satu penantian buat kak su dan suami..insya Allah.
ctrahayu...
Nikmat yang Allah berikan sbnrnya lebih banyak berbanding dgn apa yg kurang dlm kehidupan. Namun kerana kita manusia biasa yg punya nafsu, maka keinginan itu wujud.
Sememangnya dugaan yang Allah berikan adalah untuk menarik kita padaNya. Dan nikmat yang diberi, adalah juga untuk menguji jika kita. Adakah kita ni hambanya yang bersyukur atau sebaliknya.
Saya tak pernah bersendirian. Saya ada Allah yang sentiasa memerhati, dan saya ada insan2 murah hati yang sentiasa menemani dan mendorong saya. Alhamdulillah.
Buat ctrahayu, terima kasih atas singgahan dan kata-kata yang ditinggalkan. Saya hargainya...
Permata Nusantara... Salam.
Aminnn....
Anak kembar? Aminnn.... :)
Singgahan pertama itu satu permulaan, kan? Nanti berkunjunglah lagi kesini. :)
=====================
Salam dik epalejau...
Sakit juga satu nikmat, kan? InsyaAllah, moga Allah sentiasa kurniakan kak su senyuman, walaupun dlm kesakitan.
Aminn... untuk doa kamu, terima kasih ye sayang...
hmm...doakan kesejahteraan dan su dikurniakan segala yg dihajati
assalamualaikum...
saya sekadar insan senasib yang mencari kekuatan menerusi teladan daripada alam siber. lalu bertemu blog ini. terusik sekali saya...kenapa la ye saya tak setabah penulis blog ini????
saya masih mencari jawapan kepada tanda soal yang banyak di hati saya. sampaikan saya merasa yang mungkin saya terpinggir dalam soal anak ini.
anyway, sementelah blog ini dilayari ketika tuan empunya badan berada di Mekah...saya hanya dapat doakan agar sihat tubuh badan dan segala hajat tercapai..insya-allah.
assalamualaikum...
saya sekadar insan senasib yang mencari kekuatan menerusi teladan daripada alam siber. lalu bertemu blog ini. terusik sekali saya...kenapa la ye saya tak setabah penulis blog ini????
saya masih mencari jawapan kepada tanda soal yang banyak di hati saya. sampaikan saya merasa yang mungkin saya terpinggir dalam soal anak ini.
anyway, sementelah blog ini dilayari ketika tuan empunya badan berada di Mekah...saya hanya dapat doakan agar sihat tubuh badan dan segala hajat tercapai..insya-allah.
ryann...
Terima kasih.
===================
Waalaikumussalam azlinj...
Terima kasih atas singgahan. :)
Ketabahan itu perlu di minta. Dan pemberinya adalah Allah, lalu mintalah kepadaNya. Itulah yg saya lakukan. Anda minta pada Dia dan insyaAllah, anda juga akan kuat.
Persoalan di minda adakalanya cetusan dari syaitan yg mahu membuatkan kita mempersoalkan segala keputusan Allah dan melupakan segala nikmat yg telah Dia berikan. Itu yg selalu saya sematkan. Lalu saya cuba alihkan perhatian pd sesuatu yg mampu memenuhi ruang hati saya. Seperti... banyakkan menghadiri ceramah agama. Adakalanya, jawapan yang di cari boleh di temui di situ. Cubalah... :)
Su,
Kakak pernah mengalami apa yang Su alami ini. Namun semuanya kuasa Allah. Mulanya sedih sebab buat IVF tak jadi. Nak ulang balik bukan senang dan Doktor dah masukkan semua benih yang dicantumkan sebab yang jadi hanya 3. Jadi kena buat semua drp A to Z kalau nak ulang. Rasa tak sanggup. Tapi Dia benar2 pengasih dan penyayang. Hampir dua tahun lepas tu, Kakak mengandung secara semulajadi. Rasa ajaib sdgkan sebelum tu berbelas tahun usaha.
Insya Allah, berdoalah...dan teruskan usaha.
@Kakak...
Alhamdulillah, penantian kakak berakhir dengan kegembiraan sudahnya. Tersenyum su membacanya, membuahkan harapan yang sama di hati.
Semasa diMakkah, Su juga berdoa pd Allah agar Su tak perlu lagi ulangi rawatan yang sama... Su tak mahu lagi... Sungguh tak mahu. Su mahu segalanya terjadi secara semulajadi. Su masih berusaha, tapi buat masa ini belum merancang untuk mengulangi IUI ataupun IVF. Semoga Allah permudahkan usaha yg su lakukan skrg... Kakak doakan su ya!
Link exchange is nothing else but it is just placing the other person's weblog link on your page at appropriate place and other person will also do same for you.
Take a look at my page - adding fractions games
Since the admin of this web page is working, no hesitation very rapidly it
will be well-known, due to its feature contents.
Feel free to surf to my web-site :: photography website
Hi there would you mind sharing which blog platform you're using? I'm going to start my own blog soon but I'm having a tough time selecting between BlogEngine/Wordpress/B2evolution and Drupal. The reason I ask is because your design seems different then most blogs and I'm looking for something completely unique.
P.S My apologies for getting off-topic but I had to ask!
My website - www.asheep.kr
Post a Comment