Feb 14, 2019

Makan

Antara kegembiraan yang sentiasa dinanti saat kembara di bumi asing, ialah merasa makanan tempatan. Tentunya yang HALAL.

Thailand dikatakan syurga makanan. Kombinasi 4 rasa masam, manis, masin dan pedas. Yang paling disukai ialah ulam-ulaman dengan sambal belacan yang diberikan secara percuma dan dalam kuantiti yang banyak.

Masakan keng somnya memang memenuhi selera. Manisannya yang pelbagai dengan kombinasi pelbagai rasa. Selalunya mereka menggunakan manisan kelapa/nira, santan segar yang diletakkan sedikit garam haruman asli dari daun pandan.

Saya berharap until menikmati Tub Tim Krob atau Thai Red Rubies... Manisan yang menyejukkan tekak dan perut. Kerinduan lama yang mahu dilepaskan. Ini memang menu kegemaran semasa bermastautin di Selangor. Ianya boleh di nikmati di Restoran Jaring, Bandar Sunway.

"Nikmat apa lagi yang mahu kau dustakan?" Surah Al-Rahman.
Alhamdulillah. Syukur ya Allah.

"Tolong kawal saya dari terlalu mengikut selera ya. Saya dah tak boleh makan banyak. Nanti saya sakit." Pesan sepupu yang mengikuti kembara saya kali ini.

Allah sedang memberi amaran tentang sesuatu yang tak kena dengan cara hidup yang diamalkan. Mungkin juga 'hint' tentang jemputan yang akan sampai bila-bila masa sahaja. Bukan hanya pada dia, tapi juga kepada saya!

Allahu! Astaghfirullah...

Rasulullah berpesan, bahagikan perut kita dengan 3 bahagian; sepertiga untuk makanan, sepertiga until minuman dan sepertiga untuk bernafas.

Tapi adakalanya kita makan sehingga sukar bernafas!

Imam Asy-Syafi’i rahimahullah menjelaskan;
“Kekenyangan membuat badan menjadi berat, hati menjadi keras, menghilangkan kecerdasan, membuat sering tidur dan lemah untuk beribadah”.

Malah, Ibnu Hajar rahimahullah juga berkata kekenyangan boleh berubah menjadi haram. Larangan kekenyangan dimaksudkan ialah kekenyangan yang berlebihan dan membuat diri berat untuk melaksanakan ibadah , menjadi angkuh, bernafsu, banyak tidur dan malas. Hukumnya berubah dari makruh menjadi haram sesuai dengan kesan buruk yang ditimbulkan sehingga membahayakan kesihatan.

Saya menilai diri!
Cara hidup, kebiasaan dan amalan sebelum ini...

Ampun Ya Allah....

#kembaradibumiAllah
#trip2thailand
#DUID2BITEC

No comments: