Jul 31, 2013

Impian itu...

Saya cemburu. Ya Allah... jahatnya hati.
Saya cemburu membaca catatan mereka yang riang bercerita tentang anak-anak. Semakin cemburu saya bila membaca anak-anak itu mereka didik menjadi anak yang soleh dan solehah. Bergenang tasik mata bila memikirkan impian saya menjadi milik mereka. Dan saya masih begini, masih kekal berdua menjalani masa mengukir garis usia.
 
Bila tangan diangkat, memohon doa untuk arwah di alam hakiki, hati berbisik, siapakah nanti yang akan menadah tangan mendoakan kami?
Saat tangan menceduk nasi menyiapkan hidangan buat keluarga dan mertua, hati bersuara, siapakah nanti yang akan melayani kami dihujung usia?
 
Anak-anak kami.... permata hati impian kami... yang kami angankan untuk dididik menjadi hafiz dan hafizah, semakin berbalam, kelam dan menghilang... Walaupun ramai yang menyarankan untuk mencari kasih yang boleh di tumpang, tak mungkin sama dengan apa yang mahu dididik sedari mula. Saya tak yakin hati mampu menerima dan memberi dengan maksima.
 
Apa yang sehingga kini tak mampu dimiliki, seolah mencipta jarak komunikasi dengan mereka yang  saya pandang sempurna.  Saya cuak bila mereka bertanya. Bukan salah mereka... cuma saya sudah letih menjawab soalan yang sama.
 
Mereka sentiasa ada topik menarik untuk bercerita... Anak ini sudah pandai bertatih... Anak itu nakalnya lebih, tapi sungguh prihatin. Anak ini khatam Qurannya sudah kali ke-5. Anak itu, sasa badannya persis si bapa... bla.. bla.. bla... Saya hanya mampu mendengar sahaja... Pedih sekali bila cuba menyembunyikan tangisan hati dalam senyuman.
 
Ya Allah... adakah hati ini kian bebal kerana hanya melihat kelebihan orang dan kekurangan diri?
Adakah hati ini makin gelap bila merintih memikirkan impian yang kian tipis untuk diraih?
Ampuni hambaMu ini Ya Allah....
 
Mohon belas kasihanMu Ya Allah... Mohon agar impian itu mampu aku gapai...

7 comments:

Tie said...

Assalam Su, dah lama tak berhubung, tetiba terbaca post ini..

Dugaan Su ini sememang berat, Tie faham sangat.
Cubalah Su berhobi.. tak kiralah apa, asal dpt menyibukkan diri..
Mungkin boleh berkraft seperti Tie sekarang, sampai tak menang tangan sebab sibuk ambil tempahan..

Buat barangan baby ker.. jahit bantal yg comel2, atau apa2 pun. Jgn kata tak reti jahit atau tak minat, sebab Tie dulu pun tak minat dan tak reti..

Bila kita sibuk, kita akan lupa akan kekurangan atau keinginan kita. InsyaAllah, jika su berminat, Tie boleh tolong beri idea..

Boleh hubungi Tie di page fb Kaytieze Craft untuk mendapatkan idea atau pandangan.

Salam persahabatan dan ikhlas dari Tie.

Anonymous said...

Assalamualaikum..
Walau pun tak kenal secara fizikal tp situasi su sama dengan saya.. cume boleh kata "sabarlah wahai hati, sesungguhnya allah saje tau ape yang terbaik utk diri ini" kadang2 terpikir salah ke tiada zuriat.. bukan zuriat tu kurniaan allah ker.. sesungguhnya mulut2 manusia yang membuat diri lebih tertekan.. maka jauhkan diri dari pergantungan kepada manusia.. bergantung harapla kepada Allah.. insyallah..

Kaktiny said...

Assalamualaikum Su yang dirindui.

Allah.. Allah.. Allah.
Lamanya kita tidak berhubung tinta ya..

Su, dikatakan yang menjadi penyambung amalan di akhirat itu ada 3 perkara:
1- Doa anak yang soleh;
2- Sedekah jariah;
3- Ilmu yang bermanfaat yang ditinggalkan.

Jangan dilihat pada yang tidak kita miliki.. ayuh beralih ada yang mampu kita perolehi..

Su ada bakat menulis.. bakat mengambil gambar.. ayuh sebar ilmu dengan bakat yang Allah anugerahkan.. semoga setiap bait perkataan itu dan setiap ketikan gambar itu menjadi syafaat buat su di sana kelak.. ameen.

Salam ramadhan.. <3

Anonymous said...

Slm...moga suara tabah...saya juga merasakan perit yg sama...penantian zuriat benar2 menjarakkn saya dgn mereka2 yg dulu dekat dgn saya...terkadang sy merasakan penantian ini membuatkan saya semakin hilang arah....sukar utk d terjemah...5thn menanti sudah kering air mata...tak ada tmpt bercerita melain suami....blh sy tahu...berapa tahun usia perkahwinan suara.....suara moga kalian d kurnia zuriat secepat yg mgkn dgn izin Allah..amin

alQasam said...

Apa Khabar Kak Suara

Semoga sihat. Hampir 3 tahun tidak menziarahi blog ini dan terfikir untuk melihat khabar.

Kekanda, doa sentiasa dipohon inshaLLAH yakin dengan ALLAH.

Sekadar berkongsi agar mencuba mengambil anak angkat. Ramai sahabat suami telah berjaya dikurnia zuriat berkat mengambil anak angkat sejaj lahir. Ia juga merupakan sunnah. Yakin pd ALLAH dan moga dilembutkan hati berbagi kasih..

alQasam said...

Apa Khabar Kak Suara

Semoga sihat. Hampir 3 tahun tidak menziarahi blog ini dan terfikir untuk melihat khabar.

Kekanda, doa sentiasa dipohon inshaLLAH yakin dengan ALLAH.

Sekadar berkongsi agar mencuba mengambil anak angkat. Ramai sahabat suami telah berjaya dikurnia zuriat berkat mengambil anak angkat sejaj lahir. Ia juga merupakan sunnah. Yakin pd ALLAH dan moga dilembutkan hati berbagi kasih..

alQasam said...

Apa Khabar Kak Suara

Semoga sihat. Hampir 3 tahun tidak menziarahi blog ini dan terfikir untuk melihat khabar.

Kekanda, doa sentiasa dipohon inshaLLAH yakin dengan ALLAH.

Sekadar berkongsi agar mencuba mengambil anak angkat. Ramai sahabat suami telah berjaya dikurnia zuriat berkat mengambil anak angkat sejaj lahir. Ia juga merupakan sunnah. Yakin pd ALLAH dan moga dilembutkan hati berbagi kasih..