Masa saya semakin singkat atau masa berlalu terlalu cepat? Banyak yang nak dilakukan tapi terbengkalai tak berkesudahan. Keazaman dulu untuk menulis dan menambahkan catatan perkongsian juga jelas tak kesampaian.
Ada yang bertanya kenapa? Saya juga tertanya-tanya... pada diri sendiri. Kenapa begini ya? Tanggungjawab semakin berat mungkin. Ermm... Mungkin juga tidak. Cuma alokasi masa tak lagi seperti dulu.
Dulu tak ada mata yang mengawasi. Tak ada suara yang menegur membatasi. Seenaknya melakukan apa yang diingini. Yang mana didahulukan dan yang mana dikemudiankan, saya sendiri menetapkan.
Saya kini tinggal bersama keluarga... keluarga mertua pulak tu. Bila sebut saja tinggal bersama mertua, pasti ada yang berkata; “Ishh... memang tak rasa bebas, kan?” Aduhai... saya tak pandai bercerita agaknya. Apa yang saya ceritakan buat fikiran mereka menafsir sesuatu yang sebaliknya.
“Terkongkong? Tak lah... Saya tak rasa begitu. Saya tak rasa terkongkong pun bila mertua menegur. Bagi saya, dia tegur sebab dia sayangkan saya. Dia nak saya buat yang terbaik, jadi yang terbaik.” Saya cuba membetulkan tanggapan.
Saya melayan fikiran sendiri. ‘Apa makna kebebasan yang sebenarnya?’ Setiap orang ada tafsiran sendiri tentunya.
Adakan bebas itu adalah bila kita meletakkan pertimbangan pada hati dan bukan pada fikiran? Pernahkah kita teliti, siapa yang bakal menerima kesan akibat pilihan dan tindakan yang dilakukan? Serahkan saja pada takdir sambil mengharapkan yang terbaik. Huh... Itu alasan untuk menghalalkan kemahuan.
Memangnya, di hati setiap kita ada instinct (suara hati) dan nafsu yang mempengaruhi. Ermm... Iman letaknya dimana ya? Di dada yang terletaknya hati dan jiwa atau diminda yang menguruskan timbang tara?
Islam tak pernah memaksa. Islam memberikan pilihan dengan memberikan garisan dalam setiap tindakan. Ibarat melintas dijambatan gantung. Talinya ada untuk dipegang, tapi diabaikan atas dasar kebebasan bergerak dan beraksi. Bukan sekadar diabaikan, malah terus dibuang dan diputuskan. Selamatkah bila melakukan lintasan itu? Bayangkan saja keadaan itu... pasti kita temui jawapan yang sama.
Masihkah anda mahu bebas?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam Kak Su
Sebenarnya Reen terfikirkan perkara yg sama sejak kebelakangan ni. "Rasanya bila dah kahwin je dapat rasa bebas daripada keluarga." Sedangkan t/jawab makin bertambah dengan keluarga mertua.
Hati ini tidak pernah rasa selesa dgn apa yg ada. Bahagia bagaimana yg dicari? Mungkin itu persoalan yg harus dirungkai.
Komen di pagi hari. Sorang2 di office ni. Hehe :)
As Salam Su..
rindunya kat su..
.. bebas atau terikat, pandai2la memujuk hati utk menerima keadaan.. bila hati sudah biasa dan bersedia menerima, takkan ada makna terikat.. tetapi kalau diberi kebebasan yg sebagaimana pun, tapi kalau hati menderita, tetap akan terikat dan terseksa..
bahagiakan diri dlm apa jua keadaan..
skrg su dipilih utk bersama keluarga suami.. rezeki tu su.. jaga mereka sebaik mungkin..
didoakan semoga su berbahagia selalu..
sayang su..
salam...lame tak menulis jadinya lame tak menziarah :)....harap kak su sihat dalam jagaan Allah selalu :)
rindunya dengan kak su ):
Post a Comment