Teringat Ramadhan di Shah Alam.
Sibuk tapi penuh pengisian. Balik kerja dalam pukul 6 - 6.30 petang, kami persiapkan sedikit jus buahan untuk kami bekalan. Selalunya suami yang mengambil tugasan itu sebab dia balik lebih awal berbanding saya. Jus epal, karot, pegaga, susu campuran kurma, oren dan mangga mengambil giliran mengikut stok yang ada dalam peti ais.
Selesai membersihkan badan dan tukar pakaian, kami terus ke MSSAAS untuk berbuka puasa. Semangat bazaar Ramadhan terus kami lupakan. Tak rindu langsung pada keriuhan dan kemeriahan yang tak menjamin kepuasan semasa makan. Bukannya tak bersyukur atas rezeki berbuka, tapi ia berdasarkan pengalaman lama yg mana makanan yang dijual bukan saja mahal tapi tak sedap!
Sementara menunggu azan berkumandang, kami sempat menghabiskan beberapa mukasurat membaca surat cinta dari Allah. Matlamat mengkhatamkan Quran memang membara.
Masa berbuka cukup singkat kerana mengejar solat Maghrib berjemaah. Tapi cukup mengenyangkan dengan hidangan yang menyelerakan. Selesai solat bacaan diteruskan sehingga Isyak.
Selepas Isyak, solat terawih megambil tempat. Kami dipimpin oleh imam yang bersuara merdu menyentap jiwa. Sesekali dihidangkan imam jemputan yang istimewa. 20 rakaat tak terasa pun.
Selesai solat witir, bertadarus sehingga 12 malam. Bacaan saya dibetulkan oleh makcik-makcik yang cukup berpengalaman. Terima kasih. Semoga Allah membalas budi baik kalian. 3 tahun bertadarus bersama mereka setiap Ramadhan, ikatan kami seolah satu keluarga.
Balik kerumah, barulah saya siapkan sedikit lauk untuk bersahur. Satu lauk dan satu sayur, sudah cukup buat kami.
Esoknya walaupun tanpa jam loceng, kami tetap boleh tersedar untuk bangun bersahur. Makan ala kadar untuk mengalas perut, kami terus bersiap untuk ke tempat kerja. Mencari rezeki dan menjalankan amanah yang diberikan.
Penuh dan padat. Tapi langsung tak memenatkan.
Aduhai... Rindunya saya pada Shah Alam!
Aug 12, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Rindu tak kat Reen? :D
Salam,
Kak Su,
Blog Aliff masih ada. Masih dapat diakses. Cuma tajuk blog ditukar kepada Kawan Rapat (selari dengan maksud nama saya sendiri -alif).
Saya dulu amat-amat nantikan kedatangan ramadan di USM. Balik sahaja kuliah, terus ke masjid. Berbuka dan solat jemaah maghrib bawa ke witir. Lepas itu kembali ke kolej untuk belajar.
Namun masa tidak dapat dipatah balik Kak Su. Raya tahun ini ayah saya tidak mahu balik ke Kelantan katanya malas susahkan anak-anak..
Saya sendiri sudah 3-4 tidak sampai ke bumi tanah serendah sekebun bunga...
Post a Comment