Mar 25, 2011

Cinta Dan Airmata... Part 1

~ Kisah ini buat saya sedar, dugaan yang Allah berikan pada saya tak sehebat mana...~

Kami sekelas dalam pengajian di MSSASS. Namanya disebut oleh ustaz sebagai orang yang dikagumi dalam diam. Ia cukup mencetuskan perasaan ingin tahu.

Memangnya dia (Pakcik M, nama sebenarnya dirahsiakan) contoh yang cukup baik. Insan tabah yang diduga dan diuji. Namun Allah itu Maha Penyayang. Dia dipayungi iman yang melindungi dirinya dari kemurungan dan kekecewaan.

Kasih sayang bagai titisan air dibumi. Walaupun basahnya bukan dari langit yang merintikkan hujan, tapi tetap ada air yg membekalkan kehidupan. Mungkin, disebalik kekontangan tanah, ada mata air yang senyapnya teralir di bawah. Bumi ini belum pernah kering. Sepertimana cinta Allah pada hambaNya.

Perkahwinan pakcik M yang kusam tanpa hilai tawa anak-anak, punya warna yang tersendiri. Indah atau tidak, mata sendiri yang menatap dan menghayati. Lama dia berkongsi kasih sayang hanya pada anak-anak saudara yang ditatang bagai anak sendiri. Kasihnya melimpah. Sabarnya berhasil.

Bila Allah kasih, Dia akan bagi apa yang di minta. Bila Allah cinta, Dia akan uji dan duga hambaNya. Itu pasti.

Kelas bahasa Arab kami bersambung dengan kisahnya. Sebahagian teman sekelas telah beransur pulang. Sebahagian lagi terpahat disitu untuk mendengar kesinambungan kisah airmata Pakcik M.

"Pakcik menanti kehadiran cahaya mata selama 9 tahun. Akhirnya Allah tunaikan doa kami. Satu-satunya permata hati. Segala tentang dia cukup membanggakan. Semester terakhir dia di universiti, dia dianugerahi pelajar terbaik untuk course yang dia ambik." Luahnya sambil merenung ke depan. Matanya bercahaya dan senyuman terukir. Bapa mana yang tidak bangga apabila anak menggarap kejayaan.

"2 tahun lepas kami anak beranak mengerjakan umrah. Seronok! Siapa tak seronok kalau dapat jemputan ke rumah Allah. Di sana, pakcik berdoa agar kami semua dianugerahi ketabahan apabila diduga." Dia tersenyum.

"Semasa di sana, pakcik dapat panggilan dari Malaysia, berita yang buat kami resah. Rumah kami hangus terbakar. Tak ada apa yang boleh di selamatkan. Jiran yang sedar, tak sempat menolong. Yang ada pada kami ketika pulang hanyalah sehelai sepinggang. Pakaian semasa umrah." MasyaAllah.... Hebatnya dugaanMu buat dia. Saya mendengar penuh tekun.

"Nasib baik pakcik ada insurankan rumah tu, jadi bebannya tak membahang sangat. Boleh claim tapi lambat la dapatnya. Jadi buat sementara kami menumpang di rumah saudara mara. Sekejap rumah orang tu, sekejap rumah orang ni. Segan jugak, tapi nak buat macam mana... Terpaksa..." Keluhan dilepaskan perlahan. Menumpang rumah orang bukan perkara yang mudah baginya. Apatah lagi datang bertiga dengan sehelai sepinggang.

Namun dugaannya tak terhenti di situ... Ujian datang bertimpa-timpa. Meruntuhkan hati dan jiwa.

=== bersambung===

Note : Saja nak buat sambungan, nak banyakkan entry, nak lepasi target March tahun lepas.... hahaha :D

10 comments:

Cikgu Nurin said...

Suspen ni....jangan lama nak nyambungnyer...

rumah kuning said...

tak nak le iklan panjang2.... sambung cepat ya. please...

Anonymous said...

Err... cepatlah Su.

Kak tie tak sabar ni.. aderk!

eeeda said...

tak sabar nak tahu kesudahannya...

suara said...

esok boleh ya!?
:)

Adliff said...

Salam,


Cepat sambung Kak Su.

Kaktiny said...

As Salam Su..

Ujian Allah itu dalam pelbagai cabangkan.. ada yang satu alir.. malah ada jugak yang beranting berantai...

Allah sungguh2 sayangkan hamba-Nya kan.. tak pernah Dia inginkan kita lupa, alpa dan lalai dari mengingati-Nya..

Syukur di atas segala nikmat.. dan syukur di atas segala ujian.. dan sangat bersyukur di atas setiap anugerah-Nya.. Alhamdulillah..


note: Adikku Aliff, jgn di sebut "SALAM" sahaja... sebutkan As Salam atau Salam Sejahtera jika tidak mahu menyebut penuh Assalamualaikum.. kerana "SALAM" yg berdiri sendiri bisa membawa kepada makna "CELAKA".

Seperti yang difirmankan Allah dalam Surah Az-Zukhruuf 43 : Ayat 89, maksudnya ~ " Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah, "Salam (selamat tinggal)." Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk).


~ aliff, kaktiny pon baru dpt maklumat itu.. maafkan kekhilafan kaktiny kerana sebelum ini turut melafaz ayat yg sama..

..Su, maaf.. menyelit mencelah di ruangan komen su..

sekadar berkongsi maklumat.. semoga kita dapat cernakannya sebagai ilmu.. mohon maaf ye jika melampaui garis sempadan..


Assalamualaikum.. salam sejahtera kepada kalian semua wahai saudara-saudaraku.. moga redha Allah bersama kita.. ameen.


psst.. cepat sambung ceritanya Su..

:)


.

suara said...

@tiny,

Waalaikumussalam...
Huhu... elok bona la tiny kongsi apa yg tiny dapat kat ruangan su ni. Kami dapat ilmu baru. Thks ya!

Su pun sblm ni sebut yg singkat tu je. Moga Allah mengampunkan kita semua atas kecetekan ilmu yg membuatkan kita mengamalkan sesuatu yg salah...

Adliff said...

Assalamualaikum,

Kak Su dan Kak Tiny dan lain-lain pembaca,

Aliff tidak belajar bahasa arab. Tidak faham struktur linguistiknya.


Tapi Aliff faham satu perkara seperti yang dipetik dari komen di blog Kereta Mayat. Entri bulan Febuari.

"Anonymous said...
Ustaz Abdul Basit (pengetua pondok Sungai Durian, x cukup kredibility lagi ni x tau la nak kata apa) ada jawab dalam TV9...jawapan bihkurang sama macam en. Hamka...

Penggunaan a'kum, salam, akum, etc dalam penulisan adalah sama penggunaannya dengan SAW, SWT, RA, etc. Lebih aula (afdhal) ditulih penuh, tapi diuzurkan dan harus untuk tujuan penerbitan dan penulisan, untuk memudahkan penerbit dan penulis...

lain la kalau kita gi ketuk pintu rumah orang, kita sebut "Akum Pak Mail, ooo Pak Mail..akum.."

Yang menyusahkan diri gi refer bahasa Yahudi tu pejadah..."

suara said...

@ Aliff,

Waalaikumussalam...

Teringat sms bebudak sekarang yg bagi salam hanya di tulis 'semekom!', esp bila sms. Fuhhh... itu lagi dahsyat. Tak ada makna langsung. Silap haribulan maksudnya mungkin buruk dalam bahasa lain. Adeh...