May 22, 2009

Pelajaran sebelum 'terbang'...

Bismillah hirrahman nirrahim...

Beberapa kali saya terfikir, perlukah saya menulis tentang perjalanan dan pengalaman umrah saya di sini? Mampukah saya memberikan gambaran sebenar perasaan saya hanya melalui tulisan, sedangkan keindahan ketika berada di sana adakalanya tak terucapkan oleh kata-kata?

Memangnya saya tak mahu lupa perasaan tika pertama kali menjejakkan kaki ke sana. Saya tak mahu lupa segala cerita indah yang saya dengari dari para mutawif. Dan paling penting saya tak mahu lupa segala ilmu dan ajaran yang saya kutip sepanjang laluan umrah saya. Sungguh, saya harap segalanya akan kekal di minda, di hati, di jiwa dan di fikiran saya sehingga saat terakhir saya berada di dunia ini.

Pengalaman di sana terlalu berharga. Segala yang saya lalui membuatkan saya berfikir, melihat betapa Allah mampu mengabulkan apa yang kita minta, sekalipun adakalanya ia hanya satu lintasan hati yang ringkas dan bersahaja. Andai ia baik utk kita, andai ia diminta dengan bersungguh dan ikhlas, Dia pasti kabulkan saat dan ketika itu juga.

Saya insan serba kekurangan, masih banyak yang perlu dibetulkan. Ibadat umrah ini antaranya saya jadikan sebagai kembara ilmu. Saya mahu melengkapkan diri sesempurna mungkin sebelum mengerjakan haji nanti, di samping saya mahu mengadu, merayu dan berdoa pada Allah untuk satu senarai permintaan yang terlalu panjang.

Penceritaan saya mungkin bercampur aduk corak dan gaya pengolahan, bergantung kepada mood dan apa yang saya mahu sampaikan. Malah, mungkin jugak tidak tersusun mengikut aturan masa. Jadi harapnya anda yang singgah membaca tak akan kepeningan! :D

Semoga catatan ini akan menjadi nota ilmu dan ingatan buat diri saya dan juga mereka yang sudi membaca.

**************************************************************************

Sesungguhnya hati saya cukup gundah. Sedih. Menyesal. Namun senyuman dan keceriaan tetap saya pamerkan buat ayah dan ma yang datang dari jauh untuk menghantar saya ke Tanah Suci.
Sehari sebelum keberangkatan, saya 'kebocoran'. Walaupun tarikh yang dipilih adalah dalam jangkaan diri berada dalam keadaan bersih, tapi mungkin kesan pengambilan ubatan hormon semasa menjalani rawatan IVF membuatkan jadual bulanan saya tidak menentu. Dan memangnya saya tak mahu lagi mengambil ubat-ubatan dari doktor, terutamanya untuk menahan kunjugan bulanan 'bendera merah'.

Sedih di hati hanya Allah saja yang tahu. Menyesal sungguh kerana melengah-lengahkan doa menahan / melambatkan haid yang diajar oleh Ustaz Daud Che Ngah. Mana mungkin hati saya tak gundah, bila memikirkan betapa ruginya saya jika tidak berpeluang beribadat ditempat penuh barakah itu. Satu solat di Masjid Nabawi bersamaan dengan 1000 kali solat di masjid biasa! Dan solat di masjid biasa adalah 27 kali ganda pahalanya berbanding solat di rumah! Dan solat saya selama hidup ini kebanyakannya hanya di rumah dan di pejabat...

"Sampai di sana jangan lupa berdoa agar darah cepat kering. Walaupun tak boleh solat, tapi duduklah di luar masjid dan berdoa. Mintak Nas berdoa kat Raudhah. Buat solat hajat kat sana. Ma dan ayah akan berdoa dari sini." Bisik ma ke telinga saya saat pelukannya erat memaut badan. Mata saya bertakung. Aduhai...

"InsyaAllah ma. Su akan buat apa yang ma suruh." Janji saya sambil mencium tangannya, memohon restu dan doa.

Penerbangan Gulf Air singgah di Bahrain dulu sebelum ke Madinah. Kami tidur semalaman di sana. Di Bahrain, semua jemaah ditempatkan di satu hotel yang jaraknya lebih kurang 15-20 minit perjalanan menaiki van yang telah di sediakan. Saya dan suami berkongsi satu apartment 3 bilik dengan Makcik Hamizun, Pakcik Mokhtar, Makcik Hajar dan Kak Siti.

Ilmu dan pengalaman mereka mengerjakan haji dan umrah cukup banyak. Tak lokek berkongsi segala kisah lalu, membuatkan kami mudah mesra. Dari mereka, kami perolehi tips-tips mendapatkan tempat mustajab. Malah diberikan doa menahan panas yang dibaca oleh Nabi Ibrahim semasa beliau dibakar.

"Masa kat Masjid Nabawi nanti, Nas ambik air zamzam dan bagi Su minum. Solat hajat jangan lupa. Cari kayu sugi, rendam dalam air dan minum. Bila minum tu, jangan lupa berdoa pada Allah. InsyaAllah, harapnya cepatlah abih." Pesan Makcik Hamizun berulangkali bila tahu situasi saya.

"Ada hikmah kita singgah di Bahrain dulu. Mungkin Allah nak bagi Su masa untuk keluarkan segala darah kotor sebelum mengerjakan umrah." Pujuk Makcik Hajar menenangkan saya yang bersedih. Ya Allah... begitukah perancanganMu? Maha Suci Allah... Hati saya berbisik. Semalaman di Bahrain, memberi saya peluang mengenali insan-insan yang begitu bermurah hati memberikan saya ilmu dan nasihat yang begitu berguna buat saya dan suami. Syukur Ya Allah...

Selepas makan malam, saya dan suami mengambil peluang untuk meninjau kawasan sekitar. Cuaca malamnya sederhana saja, seperti Malaysia. Tenang tanpa bunyi bising. Mungkin kerana tak banyak kenderaan yang lalu lalang. Tak lama merayau, kami kembali ke bilik untuk berehat.

Jam baru menunjukkan pukul 9.30 malam, tapi kami dah kehabisan aktiviti untuk dilakukan, selain dari bersembang dan berkenalan dengan jemaah lain. TV terpasang tanpa perhatian. Tak berminat untuk menonton siaran yang tak kami fahami butir percakapannya.

"Pegi lah tidur Su. Tidur awal, boleh bangun awal, boleh solat sunat tengah malam pulak. Makcik pun nak tidur awal jugak ni. Pakcik ni bukan sihat sangat." Kata Makcik Hamizun sambil mengangkat punggung dari sofa yang cukup empuk, di ikuti oleh Pakcik Mokhtar, suaminya.

"Ye lah makcik. Assalamualaikum." Kata saya akur.

Pukul 3 pagi, saya tersedar bila mendengar suami membuka pintu bilik untuk ke bilik air. Mata saya terasa segar, mungkin kerana tidur yang lena dan rehat yang mencukupi. Sementara menunggu suami menunaikan solat, saya mencapai buku panduan umrah, membaca dan cuba menghafal doa-doa ringkas yang elok dibaca sepanjang berada di Madinah dan Mekah nanti.

Selesai menunaikan solat-solat sunat, dia kembali merebahkan diri menyambung tidur. Saya pula ikut terlena bersama buku yang entah ke mana sudahnya.

Perbezaan waktu yang agak ketara membuatkan kami hampir kesiangan. Suami saya bersolat Subuh bilamana fajar sudah hampir menyuakan wajahnya sedangkan waktu tempatan baru menunjukkan pukul 5.10 pagi. Keliru sebenarnya. Tidak menyangka yang Subuh di Bahrain sebegitu awal!

6 pagi.
"Su! Kami turun breakfast dulu ya!" Terdengar suara dari luar pintu bilik. Awalnya!

Kami menyambung sembang semalam di meja makan. Dan baru saya tahu, rupanya bukan hanya kami yang hampir terbabas waktu Subuh, orang lain pun begitu juga!

***bersambung***

Nota : Sila klik di sini untuk mendapatkan doa menahan/menangguhkan haid buat sementara waktu.

Doa menahan panas Nabi Ibrahim akan saya cuba muatkan kemudian, insyaAllah. Saya cuma ada salinan doa bertulisan tangan sendiri yang amat buruk. Mungkin hanya saya yang mampu membacanya! :D

Ada sesiapa yang sudi membantu?

23 comments:

SRISUFI said...

Salam kerinduan buat kakak.

Apa khabar kak Su? sri menanti sambungan entry ini...sarat dengan moral kak.


=)

Mak Su said...

sudi-sudikanlah berkongsi cerita dngn kami di sini :)

suara said...

Salam rindu buat Sri juga...

Kak su masih melayan vevirus (perkataan baru nih. hehe) batuk dan selsema. degil betul... tak nak tinggalkan kak su tuh. :D

InsyaAllah... moga Allah izinkan kak su berkongsi apa saya yg boleh dijadikan pengajaran.

===================

Maksu...
:) InsyaAllah... saya sudi. Moga Allah sudi memberikan ilham yg baik utk saya menulis. :)

Nooreena said...

Maaf akak, Reen tak dapat membantu. =( Tetapi cuba juga meninggalkan sesuatu di sini demi menzahirkan rasa kasih pada kakak tersayang. Senyum selalu tau. Reen sayang akak!

PS: Sekarang ni mesti akak dalam perjalanan balik rumah. Hihi. :)

Nooreena said...
This comment has been removed by the author.
Rumah Kuning said...

SU, cepat2 sambung cerita ya... best

Kujie said...

seronok membaca perkongsian kisah ini...cara su mudah difahami

Myza Pesona said...

Salam Su. Satu catatan yang sangat menarik! banyak yang boleh dijadikan panduan. Tak sabar untuk membaca sambungannya!

alQasam said...

Teruskan bercerita ya Kak Su. Keluarga mertua saya juga baru juga pulang dalam tiga minggu yang lepas.

Farid Rashidi said...

Salam,

Selamat kembali ke tanahair ya kak su..tentu seronokkan dapat menjejakkan kaki ke tanah suci?

Di sini sekarang musim panas, biasanya Arab Saudi lebih panas dari Mesir.

Teruskan sambung kisahnya..

P/S: Kurma ajwah sedap :)

Maryam said...

doa nabi ibrahim ketika dicampak dalam api kah? boleh cari dalam quran online.. kalau doa lain, saya tak tahu. another way, cuba guna symbols arabic di microsoft word.

epal said...

salam, kak sue..
patut le lama x menghapdet blog..
jadi rindu rasanya..

rupa2 nya membawa diri ke tanah suci ya..
x taw pun..
kalo tau, epal listkan banyak2 doa yg epal nak mintak kak sue tolong doakan di sana..
hehe..gurau sahaja..-)

baby doctor said...

salam kak su..
kak su tak sihat ye?
cuba amal minum air suam campur madu & perah limau kasturi.. insyaAllah baik untuk batuk ngn selsema.. syafakillah kak su!
hope to hear from u more~ :)

suara said...

@Nooreena,
Thks dik sayang. Kerana meninggalkan jejak di sini supaya kak su tahu reen sentiasa hadir menemani. :D

===================
@CikguPanji,
InsyaAllah, sambungan akan ada, cuma tak dpt su janjikan secepat mana. Dlm proses 'menserviskan' diri ni. Masih ada sisa2 virus yg nak kena singkir la... huhu

===================
@Kujie,
Thks kak jie... Rasanya ada part tertentu nanti, format penceritaan akan berubah. Ikut mood jugak su ni... adeh...

===================
@Myza,
Moga ada manfaatnya. Kali pertama su pegi, mmg banyak sekali kekurangan diri. Yang sblm ni tak tahu tu lah yang nak di kongsi. Jgn sampai org lain pun alami keadaan yg sama dgn su jugak.

===================
@alQasam,
Wahh... mrk pun baru balik dari sana ye! Pasti banyak cerita yang menarik yang dah didgr dari mereka.

Segannya... cerita kak su ni mmg penuh dgn kekurangan. Kalau ada maklumat yg salah tolong betulkan ya!

==================
@Salam Farid,
Terima kasih... Memang seronok sgt.

Kat sana memang panaspun. Bermandi peluh tu perkara biasa masa kak su kat sana.

P/S : Kurma ajwah mmg sedap dik oi, sesuai dgn harganya. :D

===================
@maryam,
Thks dik sayang. Kak su dah try tapi tak dapat. Nak kena confirm betul-betul ayat yang mana satu. Tak pe... nanti kak su try lagi.

===================
@epal,
Hehe... diam tak terupdate mmg bersebab dik oi. Segan nak heboh sangat-sangat...

Anyway, Kak su mmg doakan untuk kekawan semua, walaupun tak di kirim. Cuma tak delah doa yang khusus i.e kot epal nak kak su doakan spy cepat naik pangkat ke... :)

===================
@kaamyl,
Kak su dah ok sikit skrg ni. Mencuba petua kawan, minum air asam gelugur yg dicampur dgn sedikit garam. Bila rasa gatal tekak, minum seteguk. Berkesan le jugak. Alhamdulillah....

pondok buku said...

salam ziarah.

smoga sis slalu dalam perlindungan n rohmat ALLAH. ;=)

smoga slalu dalam kebaikan2 dr cc-NYA.

ryann said...

mesti banyak cerita dari sana

suara said...

@pondok buku,
Salam ziarah kembali. Terima kasih atas kunjungan.
Semoga kamu juga dianugerahi segala kebaikan... dunia dan akhirat. :)

===================
@ryann,
Memang banyak... dan menarik sangat untuk di renung. :)

Balqis said...

Wah...

Assalamualaikum kak su...

Seronok baca.

kesiannya Kak Su kebocoran plak. Takpe, lepas ni nak tgu kak su sambung nak tgk apa plak kisah seterusnya... =)

Waktu subuh memg awal kalau nak masuk musim2 panas gini. Kat ukraine sekarang Subuhnya 2.40 pagi... bayangakanlah...sure tido lepas solat subuh punya.. siangnya kul 4 pagi dah cerah dah....

Ooo... ada doa tuk menahan/melambatkan kebocoran rupanya...

Kak su, nanti kalau ada masa - kongsilah banyak lagi ek! bestlah!

suara said...

@Balqis,
Waalaikumussalam...

Subuh 2.40 pagi!!!??? Ish.. tak boleh kak su bayangkan. Isyak kat sana pukul berapa?

Kalau puasa musim panas, pastinya sahur sebelum tidur, kan?

Kak su pun baru tahu yg ada doa sebegitu bila nak pegi umrah ni. Sebelum ni, cuma dengar org selalu ambik ubat kat klinik je. Tapi mmg ustaz tak galakkan ambik ubat, sbb itu akan mengganggu sistem badan. Lagipun, bukan ubat yg berkuasa, tapi Allah...

Balqis said...

ya, awalkan? memang kena mujahadah...

isya' pukul 10.30 kak Su... jadi, alang2 tak mahu terlepas subuh... tgu sekejaplah samapi masuk waktunya... Boleh jer nk tido lepas Isya' tapi takut kesianagn plak subuhnya..

Alhamdulillah belum pernah bersahur musim panas lagi, kak su... syukur sgt bulan puasa musim luruh nak masuk musim sejuk, buka puasanya pukul 4 ptg, ehehehe...

Ya, berdoakan kita meminta kepada Allah. pergantungan yang tiada keraguan, InsyaAllah...

suara said...

Adui... Isyak lambatnya... memang boleh kesiangan kalau dah terlena. Waktu subuh dan isyak mmg singkat sangat waktunya, kan.

Syukurlah bulan puasa nanti musim luruh. kalau tak jenuh juga nak menunggu waktu berbuka.

arieon said...

Syukur kerana dapat menjejak kaki ke sana. Moga sentiasa mendapat berkat.

EiHa said...

Assalamualaikum. Alhamdulillah. .seronok dgr cite kak su. Insya'Allah sy juga akan ke sana bulan 3 ni.. doakan sy dpermudahkan urusannya... sy juga ada masalah yg sama..kedatangan haid pd tarikh pergi ke sana tersebut. Asalnya dah dirancang tarikh tu tp maha kuasa Allah..dia yg lbih mengetahui.. bln lps tarikh haid sy ting tong..menjadikan ianya berubah..doakan sy dpt beribadah di sana ye..