Teringat deretan pesanan dan saranan yang diberikan tentang makanan dan minuman bila berada di Madinah dan Makkah.
"Sampai sana nanti beli air mineral water. Jangan buang botolnya. Nanti bila pegi masjid, isi air zamzam. Kat sana nanti banyakkan minum air zamzam. Minum sepuas-puasnya. Airnya memang sedap."
"Cubalah jus mangga dan jambu batu kat sana. Tak macam kat tempat kita ni. Cair je... Jusnya memang pekat dan sedap sangat. Memang pure juice."
"Aiskrim kat sana best sangat. Memang lain lah."
"Belilah apa yang abang rasa nak beli. Tapi tak payah beli banyak sangat. Ustaz kata kejap lagi kita akan berhenti makan pulak." Jawab saya bila di tanya suami.
Berpusu-pusu jemaah turun dari bas. Suami saya adalah antaranya. Sebentar kemudian dia naik dengan satu beg plastik di tangan. Segelas fruit cocktail dengan warna yang cukup menarik, sebungkus kebab dan dua botol air mineral.
"Jus mangga ada, tapi fruit cocktail ni nampak sedap sangat. Nak abang beli jus mangga jugak ke?" Tanyanya memastikan kemahuan saya. Saya menggeleng.
Memang enak. Rasa sejuk segar menjalar memenuhi segenap saraf bila saja fruit cocktail itu menelusuri kerongkong. Memang tak rugi membelinya.
"Kebab ni tak de pilihan sos macam yang kita makan kat Australia dulu. Tak tahulah sedap ke tak." Katanya sambil menyuakannya ke mulut saya. Sedap jugak!
Bas kembali bergerak. Saya cuba untuk memperbanyakkan zikir tapi gagal. Memangnya saya punya satu kebiasaan yang sukar nak di ubah. Alah dengan kenderaan yang bergerak diatas jalan raya. Mata saya memang mudah tertutup, kecuali kalau saya yang memandu. Cepat saja saya dihanyutkan. Bagai dibuai dan didodoi, saya 'belayar' sehinggalah tiba-tiba bas berhenti untuk jamak solat maghrib dan isyak serta makan malam.
Kesal singgah dan menapak di hati. Rasa rugi kerana terlena, sedangkan saya sedang menuju tempat ibadat, seharusnya diperbanyakkan zikir dan selawat. "Astaghfirullah hal azhiim...." Beristighfar... beristighfar dan beristighfar. Hanya itu yang meniti di bibir, cuba menyembuhkan kesal yang semakin menebal.
Hidangan yang simple tapi cukup menyelerakan. Nasi dengan lauk ikan goreng dan ayam panggang, berulamkan timun, tomato dan cili besar yang cukup pedas. Satu talam untuk 5 orang makan. Lebih dari mencukupi. Jemaah lelaki dan perempuan makan secara berasingan.
Selesai makan, suami saya keluar untuk basuh tangan. Saya masih leka menyuap hidangan enak ke mulut sendiri. (memanglah suap sendiri, kan?) Tak lama, dia kembali ke dalam restoran sambil menggaru pipi. Tersenyum. Kening saya berkerut. Ini mesti nak mengata lah tu. Hati saya berbisik, geram.
Selesai makan, suami saya keluar untuk basuh tangan. Saya masih leka menyuap hidangan enak ke mulut sendiri. (memanglah suap sendiri, kan?) Tak lama, dia kembali ke dalam restoran sambil menggaru pipi. Tersenyum. Kening saya berkerut. Ini mesti nak mengata lah tu. Hati saya berbisik, geram.
Teringat ayat yang selalu dia gunakan untuk mengusik saya; "Hujan pun dah berhenti, Yang bila nak berhenti makan?" Hakikatnya saya memang makan lambat. Menikmati kononnya. Dapat pulak makanan yang sedap, makan lebih sikit dari biasa, lagilah lambat jadinya.
Dia mundar mandir lagi. Dengan gaya yang sama. Kerutan di dahi saya bertambah. Tak lama. Ketawa saya berderai... Aduhai suami, dah kena perangkap penjual rupanya!
Di luar restoran, ada penjual cincin dan batu permata. Saya baru perasan, dia yang tak pernah memakai cincin, kini jarinya terhias dengan sebentuk cincin berbatu merah. Itu sebenarnya yang cuba nak ditunjukkan bila dia menggaru-garu pipi yang tak gatal tadi... :)
"Ngapa beli? Abang bukannya suka pakai cincinpun." Tanya saya bila kami kembali ke dalam bas.
"Saja beli, buat kenangan." Katanya sambil tersenyum lagi. Saya hanya tergelak bila teringatkan kelakuannya tadi.
Dia mundar mandir lagi. Dengan gaya yang sama. Kerutan di dahi saya bertambah. Tak lama. Ketawa saya berderai... Aduhai suami, dah kena perangkap penjual rupanya!
Di luar restoran, ada penjual cincin dan batu permata. Saya baru perasan, dia yang tak pernah memakai cincin, kini jarinya terhias dengan sebentuk cincin berbatu merah. Itu sebenarnya yang cuba nak ditunjukkan bila dia menggaru-garu pipi yang tak gatal tadi... :)
"Ngapa beli? Abang bukannya suka pakai cincinpun." Tanya saya bila kami kembali ke dalam bas.
"Saja beli, buat kenangan." Katanya sambil tersenyum lagi. Saya hanya tergelak bila teringatkan kelakuannya tadi.
Nota : Maaf, entry kali ini cukup ringan, malah rasanya tak ada ilmu yg boleh di kongsi. Sekadar catatan kenangan semasa dalam perjalanan menuju ke Madinah dan sekeping dua gambar yang sempat diambil, sekadar mahu membuatkan perut teman-teman blogger berkeroncong minta di isi. :D
14 comments:
salam kak su..
nasib baik baru lepas makan
kalo tak mau meraung tgk nasi ikan tu
lama tak makan woo.. ikan goreng garing cicah sambal cili tomato dia
marbeles!
btw, comel je akak n hubby nih :)
@kaamyl,
Salam dik sayang.
hehe... baru lepas makan erk. Nasib baik, kalau tak mesti gigit jari. Tak tahu ikan apa yg digoreng, tapi mmg sedap! Hehe... tahu makan saja kan... :D
Salam Kak Su.. Ehem, makan-makan ye. Meh la bawa sini sket. Lapo da ni. :D
Salam sayang kakak..
sambil menyelam sambil minum air...best nya akak
jauh perjalanan..luas pengetahuan..
k.su sihat?
@Reen,
Aih, demam pun ada selera nak makan ke? :D
===================
@Srisufi,
Salam dik sayang.
Luas berjalan, mmg banyak pengalaman, duit pun banyak yg melayang. :D
Tapi perjalanan ke Tanah Suci tak mampu di nilai dgn wang. Ilmu dikutip sepanjang perjalanan. Alhamdulillah.
Kak su dah sihat sekarang. Syukur sangat. :)
Salam,
Kak Su,
Wah, besar sungguh bahagian hidangannya. :)
Syukurlah Kak Su selamat mengerjakan umrah dan selamat pulang.Entah bila pula saya dapat mengerjakan umrah dan haji...
Tidak apa, sebarang catitan ada gunanya selagi tidak bersifat picisan. Mungkin ilmu kembara, siapa tahu?
Aliff baru baik dari batuk dan demam, kini sedang cuba untuk mencergaskan badan semula.
Insyallah, ada masa kita berjumpa:)
Ikan apa tu su ?
Kak tie tak pernah tengok pulak ??
Bestnya dapat makan2 di sana... tentu rasanya berlainan, kan...
@fusorium solani,
Salam dik Aliff.
InsyaAllah, satu hari nanti akan tiba giliran Aliff utk ke sana. Yang paling penting, Aliff ada keinginan. Kerana setiap realiti bermula dari keinginan dan disusuli dgn usaha. Kak su doakan.
Aliff pun batuk dan demam jugak? Alahai... Nak cergaskan diri dgn berbasikal ye? Terbayang kak su join Aliff kat belakang. Tertinggal jauuuhhhhh... Hehehe... dah lama tak naik basikal katakan.
InsyaAllah, jika ada takdir pertemuan, pasti kita akan berjumpa.
===================
@kayteeze
Itulah soalan yg su dok tanya kat sana. Tapi tanya sesama jemaah, tak terjawablah nampaknya. Hehehe...
Memang tak tahu ikan apa kak tie. Tapi memang tak pernah tengok kat M'sia nih.
Makan-makan kat sana, bagi su cepat kenyang. Sedap dan berselera, tapi tak boleh nak sumbat banyak sangat. Tempat barakah memang begitu. :D
Huhuhu
Assalamualaikum Kak Su...
Bestnya!
Orang Arab memang makan jemaah dalam talam. Kat sini pun sama. Kalau ada majlis2 org Arab, mmg bertalamlah kami. Tapi bestkan? Makan ramai2 cenggitu...
Air jus kat mesia mmg cair. Kat sini pun semua jus pure betul... sampai bleh kenyang plak, alhamdulillah...
saya pun sama cam kak su..
asal naik keta jer tido, asal jalan jer tido...
kadg2 ayah suka perli... yelah, org dpt tgk pemandangan sepanjang perjalanan semua, tapi kita apa yg dpt? isk, isk, isk...
sweetlah entry ni, huhu...
p/s: saya dah betulkan entri di blog. Kalau kak su nak baca n tgk gmbar air terjun bolehlah singgah-singgah lagi kalau ada masa lapang =) Entri hidayah cinta yang Kak su komen pun oanjang lagi ceritanya...
Terima kasih kak su, lama tak dgr celoteh kak su kat blog saya (^_^)
su, akak menanti tulisan2 su seterusnya.
tq dgn perkongsian pengalaman, sekurg2nya kita juice kat sana pekat dan sedap, dan hujan pun berenti :), ahaks
@Balqis,
makan bertalam mmg best. Zaman kecik dulu, arwah bapa saudara kak su ada amalkan makan begitu. Tapi lepas dia meninggal, kebiasaan itu tak di teruskan lagi. :(
Jus kat M'sia ada yg pekat gak la, tapi itu jus dari dapur kak su, sebelum blender rosak... :D
Yey!!... kak su jumpa geng alahan dgn kenderaan bergerak.
===================
@kak dee...
InsyaAllah, su tak biarkan penantian kak dee berterusan. Buktinya... ari ni su dah buat sediakan satu lg kisah. :)
===================
@maksu,
hujan berenti ye maksu. hehe... rasanya dah lama tak ujan la... :D
Bila tengok Nasi Arab tu teringat Nasi Hadralmaut...Adui, teringan pula. Tak apa, lepas exam boleh ke Restorannya :)
Koktail kat sini pun pekat. Sampai terlekat tengkuk jadinya.
Romantik ya :) boleh buat cerpen dah ni. Takpun travelog.
@Farid,
Pastinya Farid dah mahir ttg hidangan yg populer di negara Arab. Setakat ni kak su dah cuba dua jenis nasi Arab. Satu lagi 'nasi mandi'. Nanti kak su ceritakan dlm entry yg akan dtg.
Fruit cocktail kat sana mmg manis, kan? Tapi ramai tak penduduk Arab yg terkena kencing manis?
Romantik ke? Alhamdulillah... Perasaan itu mmg indah. Sekarang farid tahu kan, yg simple dan mudah untuk dilakukan itu juga mampu menghasilkan kemanisan dlm hubungan. Ermmm... ilmu yg boleh Farid praktikkan bila dah kawin nanti. Bila ye? :D
Post a Comment