Selesai menunaikan solat dan makan malam, perjalanan ke Madinah diteruskan. Mutawif yang mengiringi kami ialah Ustaz Jaafar Ishaq yang berasal dari Indonesia dan telah tinggal di Makkah selama lebih dari 10 tahun. Memang berpengalaman.
Beliau memberitahu secara ringkas ibadat dan ziarah yang bakal dilakukan bersamanya. Hadirnya dalam kumpulan kami adalah sebagai penunjukcara, jurucakap dan pakar rujuk sekiranya kami ada sebarang kemusykilan. Dari raut wajahnya, saya mengagak yang beliau berusia dalam lingkungan 30-an. Khabarnya beliau masih seorang pelajar. Pelajar dalam ertikata masih menuntut ilmu dengan para ulamak yang ada di sana.
Sesekali, Ustaz Jaafar akan bercerita tentang kisah-kisah di Tanah Suci yang berlaku di situ. Cara yang cukup berkesan untuk menyuntik semangat kami yang datang dari jauh. Katanya, dugaan pertama kami ialah keletihan akibat perjalanan jauh. Malah ada jemaah yang mungkin menghadapi masalah kesihatan akibat perubahan cuaca. "Mohon saja pada Allah agar terpelihara kesihatan semasa berada di sini. Itu paling berkesan." Katanya bila di tanya apa boleh kami lakukan untuk memastikan kesihatan terjaga. Tak lupa dia berpesan pada kami agar sentiasa menjaga hati, kelakuan dan percakapan sepanjang berada di Madinah dan Makkah.
"Sekiranya di tempat kita, kalau sekadar berbisik di hati mahu berlaku jahat, Allah tak akan mencatatkannya sebagai dosa, apatah lagi menghukum niat jahat yang dilakukan, tapi di sini tidak begitu. Allah akan hukum biarpun hanya terlintas jahat di hati." Bayaran 'cash' dari Allah. Teringat istilah yang sering digunakan oleh Ustaz Daud untuk menjelaskan perkara yang sama.
"Itu sebenarnya teguran dari Allah. Ingatan dari Allah tentang hati kita yang tidak bersih tika kita menjadi tetamuNya. Satu latihan untuk kita, supaya sekali-kali jangan punya niat tak baik, apatah lagi melakukannya. Jadi hati-hatilah, bersihkan fikiran dan betulkan niat, jangan sampai kita 'ditegur' dengan satu teguran yang tidak enak..." Pesannya lagi. Slang dan loghat Indonesia yang cuba ditinggalkan, sesekali masih kedengaran.
"Masjid Nabawi dan Masjidil Haram adalah dua tempat yang amat mustajab sekali untuk berdoa. Adakalanya bukan doapun, sekadar satu lintasan fikiran, Allah akan kabulkan. Sebaiknya kita memohon pada Allah, agar dijaga diri kita dari sebarang keburukan yang kita tahu dan yang kita tak tahu. Yang baik di mata, tak semestinya baik buat diri kita. Yang buruk itu mungkin baik sekali buat kita...."
Kami sampai di hotel bilamana jarum panjang dan pendek jam sudah hampir mendekati angka 12. Ustaz Jaafar membacakan nama dan menyerahkan kunci kepada wakil bilik. Proses yang cukup cepat, memandangkan semuanya telah disediakan sedari awal.
Memandangkan saya mengambil pekej bilik yang paling asas (baca: murah), maka saya dianugerahi dengan roommate yang ramai. Menantu perempuan dengan mertuanya, dan anak perempuan dengan ibunya. Dan saya. 5 orang. Suami saya juga sama, 5 orang sebilik.
"Hantar beg ke bilik dulu dan kita jumpa balik kat lobi dalam masa 15 minit." Dia memberi arahan.
"Nak jumpa kenapa pulak? Dah lewat kan?" Saya kehairanan. Semua orang kelihatan begitu letih. Bayangan katil membuatkan saya rasa tak sabar untuk merebahkan diri.
"Kita pegi la ke masjid kejap. Abang nak pastikan esok abang tahu mana nak tuju untuk solat Subuh. Kalau boleh nak masuk kejap untuk solat sunat." Jelasnya. Mendengar katanya itu saya jadi bersemangat. Segala keletihan terasa hilang tika itu juga.
"Abang nak solat kat Raudhah? Nanti doakan untuk Su ye!" Mata saya bersinar. Penuh harapan.
"Memanglah. Itulah sebabnya nak pegi malam ni jugak."
Tepat pukul 12 malam, kami berjalan menuju ke Masjid Nabawi yang jaraknya hanya 100 meter dari hotel tempat kami menginap. Alhamdulillah. Cukup dekat.
Kali pertama melangkah masuk ke dalam kawasan masjid melalui pintu 25, mata saya seolah tak mahu berkelip. Menikmati cinta pandang pertama di tanah bertuah Madinah Al-Munawwarah. Binaan masjid yang cukup indah, memang memukau pandangan. Lampu-lampu yang banyak terpasang, membuatkan kami rasa seolah malam belum bertandang. Pintu masjid berwarna keemasan tertutup rapat, menandakan waktu ziarah telah di hadkan, terutama untuk kaum wanita. Saya kagum melihat payung besar yang unik sekali bentuknya. Begitu memukau. MasyaAllah... itu baru pandangan di luar masjid. Di dalamnya pasti lebih mengagumkan lagi.
Masih ramai yang berkeliaran di sekitar laman masjid. Malam tidak menghalang umat Islam untuk melepaskan rindu pada Masjid Nabawi. Lelaki dan perempuan, bersendirian atau berkumpulan. Ada yang sekadar duduk dan merenung masjid sambil berzikir, dan ada yang merebahkan diri merenung langit malam yang begitu lapang. Ada juga yang lena berbantal lengan, melelapkan mata barang seketika, berehat untuk mengumpul kekuatan. Anak-anak kecil masih ada yang berlari bergurau senda dan ibu bapa mereka hanya membiarkan. Saya leka menikmati malam yang cukup nyaman.
Hampir separuh bangunan masjid kami kelilingi, mata kami menangkap satu pintu yang masih terbuka. Orang ramai keluar masuk dan cahaya yang terbias dari dalam masjid benar-benar indah.
"Itu pintu utama agaknya. Masih ada orang keluar masuk. Kata ayah, hanya ada dua atau 3 pintu yang memang dibuka setiap masa. Pintu yang paling dekat kalau nak pegi ke Raudhah..." Katanya memecah sunyi. Tips-tips yang ma dan ayah berikan sebelum kami bertolak ke sini, nyata terpahat kemas di ingatannya.
"Yang tunggu kat luar kejap, boleh tak? Abang nak masuk dalam." Sambungnya lagi. Saya mengangguk. "Abang jangan lupa, doakan untuk Su!" Pesan saya lagi. Dia mengangguk sambil membuka selipar, berpesan agar saya menjaganya sementara dia masuk ke dalam masjid.
Melihat dia hilang di sebalik pintu masjid, mata saya melilau mencari tempat untuk berlabuh. Saya kemudiannya menghampiri satu tiang besar (yang merupakan tiang lampu yang banyak terdapat di kawasan masjid Nabawi). Seorang perempuan Arab berpakaian serba hitam sedang menatap buku di tangan. Mungkin Al-Quran. Tak lama kemudian ada lelaki Arab menghampiri dan mereka bercakap dengan bahasa yang langsung saya tak faham.
Melepasi waktu yang tersedia, saya hanya berzikir. Hati saya berdoa tanpa henti....
"Ya Allah... terima kasih Tuhan, kerana menjemput aku ke sini. Terima kasih kerana membukakan pintu hati suamiku untuk menerima jemputanMu. Ya Allah, aku datang dengan harapan, aku datang membawa pesanan saudara dan teman. Kau izinkanlah aku untuk solat di masjid kekasihMu ini, izinkan aku untuk melakukan ibadat disini. Aku mahu memberi salam pada Rasulullah... menyampaikan kiriman selawat dan salam pada Baginda dengan jarak sedekat mungkin dengan makam...." Terbayang wajah-wajah yang mengirimkan selawat dan salam buat Baginda Rasulullah. Teringat pesan teman-teman dan saudara mara yang minta diperdengarkan permintaan mereka di tanah barakah ini.
"Aku ingin menunaikan solat di Raudhah, aku mahu berdoa, memohon ampun dan meminta pertolonganMu... Ya Allah, diriku dalam kawalanMu, diriku adalah milikMu, singkatkanlah tempoh haidku kali ini. Sesungguhnya hanya Engkau yang dapat membantuku.... Tolonglah aku Ya Alllah... Bantulah aku ya Rabbi..." Berulang-ulang kali saya perdengarkan doa itu di dalam hati. Sesekali meluahkannya dengan suara berbisik, yang hanya mampu didengari oleh telinga sendiri. Saya merayu, merayu dan merayu... meminta belas kasihanNya, mengharapkan keajaibanNya. Pipi saya basah dek airmata.
10-15 minit kemudian, kelihatan suami saya berjalan menghampiri. Wajahnya ceria.
"Abang dah tengok mimbar Rasulullah. Nampak tiang-tiang yang ma dan ayah ceritakan tu. Abang dapat solat kat kawasan Raudhah!" Katanya dengan nada yang cukup gembira. Teruja.
"Ye ke? Alhamdulillah...." Syukur Ya Allah. Hati saya turut berbunga melihat kegembiraan yang terhias di wajahnya.
Dia seronok bercerita dan saya mendengar penuh leka. Tak lama, kami melangkah untuk pulang. Berjalan mengelilingi masjid dengan perasaan yang terlalu sukar untuk digambarkan. Melihat kubah hijau yang menjadi tanda makam Rasulullah, hati saya kembali membisikkan doa dan harapan. Meminta pada Allah agar diberikan peluang untuk menziarahi makam itu dengan sehampir mungkin.
Jam telah melepasi angka 1. Mata saya masih segar walaupun badan sedikit letih. Saat orang lain telah merebahkan diri di katil empuk, kami menikmati indahnya Masjid Nabawi. Esok, saya berazam untuk ke sana lagi. Melangkah bersama-sama mereka yang mahu menunaikan solat Subuh. Walaupun hanya sekadar pemerhati dari luar, saya mahu menyertai mereka. Merasai indahnya perasaan bila dibaluti sejuk pagi di Madinah...
Ya Allah... pulihkan tenagaku. Berikan kekuatan padaku....
Nota : Saya sebak... Mengingati kembali perasaan lemah tika itu. Benar-benar rasa tidak berdaya....

16 comments:
perjalanan kita berbagai...dan pengalaman su sendiri berbagai2..itulah rahsia-rahsia Allah yang gagal kita ungkap.
@kujie,
bertul kak jie. Perjalanan su mungkin tak sehebat Prof Kamil, tapi cukup untuk su merasai kehebatan berada di sana.
Moga Allah berikan kita sedikit kemampuan untuk merenung rahsia kehidupan, kan kak jie... Kerana su percaya dgn itu, kita akan lebih hargai kehidupan yg Dia anugerahkan. InsyaAllah...
salam kak su..
saya sangat berdoa dan berharap saya diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah suatu hari nanti. alangkah hanya sekadar menonton di kaca TV sekalipun saya sudah sebak.
Kak Sue,
Alangkah bertuahnya kak Sue dan suami kerana telah menjadi tetamu Allah dan moga segala doa dan harapan kak Sue dan suami dimakbulkan, insyaallah! Semoga saya juga akan bertamu ke sana satu hari nanti!
ini lah dia cinta pandang pertama yang bagusss... Dkama jadi teringin nak ke sana gak... doakan dkama sampai ke sana k...
Kak tie rasa teruja dan sebak tatkala membaca nukilan Su ini... agaknya ada ke peluang untuk kak tie sendiri merasainya...
@Iliana,
Salam dik. InsyaAllah, kak su doakan agar satu hari nanti harapan itu akan jadi kenyataan.
==================
@Myza Pesona,
Alhamdulillah. Terima kasih Myza. Kak su pun harapkan agar semua doa kak su... untuk diri, saudara dan teman akan di makbulkan Allah.
InsyaAllah... akan sampai giliran Myza nanti.
==================
@dkama,
InsyaAllah. Moga Allah akan makbulkan hasrat dkama untuk menjadi tamuNya satu hari nanti.
==================
@kayteeze,
Peluang itu insyaAllah ada kak tie. Cuma kita perlu berusaha merebutnya... disamping berdoa pada Allah agar di permudahkan hasrat untuk dijemput menjadi tamuNya. Su doakan utk kak tie juga...
Assalamualaikum Kak Su,
Semoga Taufik dan Hidayah menyelubungi kita semua.
Saat indah gambaran perjalanan yang terungkap serasa berada bersama mengikuti.
Payung itu di sini pun ada, kerajaan arab saudi berikan kepada Masjid Hussein. Payungnya automatik buka tutup.
Moga taubat Kak Tie dan suami di terima. Jua buat saya.
Aduhai...
Bestnya Kak Su...
Alhamdulillah, dapat juga suami Kak Su menghampiri Raudhah...
Sesungguhnya saya amat teringin juga mahu ke sana...Tapi mahu hantar ibu dan ayah dahulu.
Ya Tuhan, mudahkanlah...
Sekali lagi, entri ini sangat sweet juga.. ^_^
@Farid,
Waalaikumussalam.
Payung tu mmg disediakan oleh kerasaan Arab Saudi rupanya. Bagus tu... Kita kat Malaysia ni, rasanya boleh disamakan dgn canopy... tapi canopy ni, lebih meluas penggunaannya masa ada kenduri atau aktiviti di padang, tak hanya di masjid.
Apapun, bg kak su yg tak pernah melihat, ia mmg mengagumkan!
====================
@Balqis,
Tu lah... Hasrat dia nak solat di Raudhah telah tercapai. Alhamdulillah...
InsyaAllah, kak su doakan Balqis akan kesana secepat mungkin... Siapa tahu, nanti Balqis dpt kesana bersama dgn ayah dan ibu. :)
Sweet ye? Cepat le ikut jejak langkah kak su... kawin. Hehehe...
Salam Kak Su..
Alhamdulillah dapat dengar pengalaman akak. Terasa seolah-olah Reen yang berada di sana. :)
Tapi.. tetap ada perasaan cemburu. Nak pergi sana juga.. Nak pergi.. (merengek!) Hee..
Assalamualaikum Kak Su..
InsyaAllah, begitulah sebenarnya harapan dan impian pergi Tanah Suci bersama kedua ibu dan ayah.
Kahwin? Hehehe... InsyaAllah.
Sebenarnya Kak Su, nak beritahu Kak Su dapat award. Andai ada masa nanti datanglah ambil di blog saya, ya!
Itu sahaja. harap Kak Su dan keluarga sihat-sihat selalu hendaknya! InsyaAllah..
@Nooreena.
Salam Reen yang manja.
Hehe... merengek ye? Jap, nak bayangkan Reen dok merengek, menggelupur kat lantai macam anak kecil nak beli mainan. Err... macam tu ke rupanya? :D
===================
@Balqis,
Waalaikumussalam dik sayang.
Uih... jemputan utk ambil award ye? Ingatkan jemputan kawin. Maklumlah, sekarang ni cuti sekolah, musim org kawin. :D
Menggelupur? Takde la sampai camtu. Reen merengek comel sket. Hihi.
Akak, Reen baru pergi kenduri kahwin roommate sabtu lepas. Gembira, tapi kemudian sedih.. bila la agaknya giliran Reen. Huk. Gatai nak kahwin ni! :D
@Reen,
Kak su nak bayangkan Reen menggelupur gak... Haha...
Ish... pegi kenduri kawin patutnya gembira lebih, apatah lagi sbb perut kenyang. Bila Reen kawin nanti, mesti nak makan pun susah sbb nak kontrol ayu.
Dah lah... jgn sedih, nanti sampailah giliran Reen tu. Jangan terlebih gatai, belajar bg abih dulu! Kak su jauh, tak dpt nak tolong garu... :D
salam ziarah
semoga berbahagia
Post a Comment