“Adoi!!! Sakitlah!”
“Kalau kau tak nak sakit, baik kau cakap jawab apa yang aku tanya.!” Jeritnya keras sambil menekan lenganku dengan jari dan lututnya. Kejam!
“Aku tak tahu apa-apa pun!” Nada suaraku keras.
“Mana mungkin kau tak tahu apa-apa. Kau dah lama ikut dia kan?” Ustaz Zamin terus menyoal. Tangannya masih memegang dan `mencekik’ lenganku. Tangan suami masih kuat memegang kaki. Tak mampu ku lepaskan walaupun aku menggunakan seluruh tenaga untuk meronta. Isteri ustaz Zamin memegang tangan yang lagi satu. Sakit!
“Tak tahu! Tak nak jawab!” Jeritku keras. Antara sedar dan tidak.
“Ooo... Tak nak jawab ye! Kau nak terus sakit ye? Aku tak akan lepaskan kau selagi kau tak jawab soalan aku.” Ugut Ustaz Zamin sambil menambahkan tekanan jarinya pada lenganku. Lututnya juga ditekan di lengan. Aku menjerit kuat.
“Sakit lah woi! Gila kau!” Entah dari mana datangnya kebiadapan itu. Tak pernah aku keluarkan kata-kata kasar ataupun caci maki pada sesiapapun apatah lagi pada orang tua yang bergelar ustaz. Ya Allah... ampun!
“Siapa yang hantar kau? Siapa yang dengki dengan Su? Kenapa? Dah berapa lama kau ikut dia?” Soalan ditanya bertalu-talu. Aku mendengus marah. Rontaan dari badan kecilku tak seberapa berbanding dengan tenaga dua lelaki gagah dan seorang wanita bertubuh sederhana yang memegang tangan dan kakiku.
“Kau yang rosakkan benih dalam rahim dia ye?“ soal Ustaz Zahim lagi bila melihatkan kedegilan aku. Aku ketawa mengilai.
“Cakap! Kalau kau yang rosakkan, baik kau mengaku. Kalau tak, aku tak akan lepaskan kau.“ Ugut ustaz Zahim lagi. Tekanan semakin kuat. Sakitnya tak mampu aku gambarkan. Sepanjang hidup aku, tak pernah aku disakiti dengan sengaja.
“Ya! Ya! Ya!... Aku yang makan benih dia! Puas hati?“ Aku menjawab kasar. Kemudian ketawa mengilai.
"Siapa yang hantar? Kenapa?" Soal Ustaz Zamin. Mulutnya terus menperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran. Ayatul Qursi dan ayat-ayat dari surah Al-Baqarah. Ayat yang memang biasa aku dengar.
Aku mendengus kuat. Memprotes dan menunjukkan rasa benci bila di soal bertalu-talu. Marah dan geram bercampur. Mungkin sakit akibat dari cengkaman tangannya yang bersarung membuatkan aku rasa begitu.
Melihatkan aku semakin kuat meronta dan enggan bekerjasama, Ustaz Zamin mula membaca ayat-ayat suci Al-Quran dengan lebih kuat lalu dihembuskan ke mukaku. Berkali-kali dilakukan begitu.
Rontaan semakin lemah. Sakitnya lengan yang ditindih dengan lutut dan ditekan kuat oleh jejari kasarnya tak mampu digambarkan. Melawan tak berguna. Sudahnya entah kisah dogengan apa yang keluar dari mulutku. Bercerita untuk menjawab segala soalan yang diajukan.
“Ini syarat aku. Lepas ni kau pergi dari sini, jangan ikut dia lagi. Jangan balik ke rumahnya. Jangan ganggu dia dan keluarganya......” Panjang lebar syarat yang diberi. Persetujuan dicapai. Aku keletihan. Tekak ku kering dan lenganku terasa kebas walaupun pegangan telah dilonggarkan.
Kononnya ada yang mencemburui keluarga kami, ayah dan mak mertua saya terutamanya, lalu dihantar makhluk halus berupa jin untuk `mengganggu’ kami, menjejaskan fizikal dan mengacau bilaukan emosi.
Setelah rawatan itu, aku pulang dengan perasaan lega. Badanku terasa ringan sekali. Dibekalkan dengan sebotol air putih yang telah dibaca ayat-ayat suci Al-Quran yang memang selalu ku baca dan ku dengar. Ayat-ayat Al-Quran dari surah Al-Baqarah, yang diberikan ustaz kutampal di dinding rumah, dengan harapan, ’benda itu’ tak kembali mengganggu diri.
Tapi entah kenapa walaupun telah kuminum air bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan kutampal tulisan ayat-ayat suci, ada ketika bulu romaku meremang, seolah ada sesuatu yang `mengusik’.
Kunjungan kali kedua disyorkan untuk memastikan aku `bersih’ dari gangguan. Sayangnya masih ada yang mengekori. Bukan seekor rupanya, tapi berekor-ekor. Segala cerita yang entah dari mana terhembur keluar bila lenganku yang masih biru akibat rawatan lepas kembali di tekan dengan tangannya dan ditindih dengan lutut.
“Kalau ada apa-apa yang nak ditanya, tanyalah masa ni.“ Kata ustaz. Suamiku memandang Bahari (bukan nama sebenar), temannya yang datang bersama isteri untuk menemani kami pada kunjungan kali ini.
“Nak tanya pasal opis saya boleh ustaz? Sebab kat opis tu selalu ada benda pelik jadi.“ Tanya Bahari cepat.
“Tanyalah. Mungkin dia tahu sesuatu. Yelah, jin ni benda ghaib yang boleh bergerak dengan cepat. Mereka boleh tanya dengan makhluk sesama mereka.“ Jawab ustaz.
Omongan diluar kawalanku diperdengarkan lagi. Entah nama siapa yang kusebut. Membuat tuduhan pada insan yang tak ku tahu wujud atau tidak.
Kali ketiga, masih sama. Aku jelak. Letih. Sakit. Kecewa. Curigaku bertambah dan bercambah, bukan hanya pada orang tertentu, tapi pada semua orang. Lemas, rimas dan cemas memikirkan apa sebenarnya yang berlaku pada diri.
Kejadian yang membuatkan bulu romaku meremang semakin kerap berlaku. Tak semena-mena. Aku benci. Hatiku mula berbisik, benarkan apa yang aku lakukan? Allah memang mahu hambaNya berusaha. Dan aku telah memilih kaedah yang tak ragu dihati untuk mencuba. Mungkinkah masih salah? Dari mana sebenarnya kisah dogengan yang begitu berkebetulan dengan apa yang terjadi itu diperolehi? Dari mana `benda tu’ tahu?
Aku membuat keputusan untuk membiarkan saja. Aku tak nampak dan aku tak dengar. Aku tak mahu diselubungi rasa takut yang tak berkesudahan. Tak selesa bila hati dibaluti curiga tika aku bersendirian.
“Kalau apa yang ada dihati tak kita suarakan, adakan `benda’ tu akan tahu juga?” Aku menyoal diri. Jahilnya aku. Ampun Ya Allah....
Persoalan di fikiranku semakin sarat. Semakin bercelaru hatiku jadinya bilamana Bahari mengesahkan bahawa tak wujud langsung orang yang bernama seperti yang kusebut sebelum (tika diri dalam kerasukan) ini didalam sejarah officenya. Lalu bagaimana nak kuyakini bahawa jin yang dikatakan mendiami diriku itu tahu segala kisah ghaib dan bercakap benar?
Dia adalah Tuhan yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorang pun tentang yang ghaib itu kecuali kepada Rasul yang diredai. (Al-Jin : 26-27)
Katakanlah tidak ada seorang pun yang mengetahui yang ghaib di langit dan di bumi kecuali Allah .... (An Naml:65)
Aku sedari sesuatu.
Aku yakin Allah yang ilhamkan untuk membantuku. Sesuatu yang buat corak fikiran ku mula berubah.
Aku memangnya insan yang kurang ilmu, lemah iman dan sedikit sekali amalan. Mungkin itulah puncanya. Aku dan diriku adalah punca segalanya!
Mungkin kerana kelemahan dan kekurangan diri, unsur asing itu (jin yang dihantar oleh mereka yang kononnya dengki pada kami, entah benar wujud dalam diriku, entah tidak. Allah lebih tahu.) seringkali kembali dan menguasai diri. Lalu kenapa aku harus salahkan orang lain?
Bukankah aku yang salah? Aku leka dan lalai untuk memperbaiki diri! Aku yang lemah iman! Aku yang tak punya ketahanan diri dari pengaruh syaitan!
Jika benar ada jin yang mendiami jasadku selain dari ruhku, yang turut mengalir disetiap titisan darah dan urat sarafku, ianya adalah kerana kelemahanku. Mungkin kerana fikiran dan hatiku yang kotor. Mungkin kerana diriku yang penuh dengan dosa.
Sungguh tak pantas untuk aku mencari jalan mudah menyalahkan dan menuduh orang lain atas nasib diriku. Aku bersalah Ya Allah. Aku berdosa Ya Allah.
DariNya aku datang... KepadaNya aku kembali..... PadaNya aku berserah dan berdoa.
‘Laluan dan jalan yang kutelusuri ini, harus kubetulkan kembali. Lemah diriku dan tipis imanku perlu ku perbaiki. Cinta dan kasih pada Allah perlu kupenuhkan di segenap ruang hati. Harapan dan impian untuk menjadi seorang ibu, hanya Allah yang mampu memenuhi. KepadaNya aku meminta pertolongan, kepadaNya kupohon perlindungan. Jin dan syaitan tak akan mampu merosakkan benih yang bercambah di rahimku, jika Allah tak mengizinkannya.’
Aku yakin itu! Hatiku berbisik, mencari kekuatan yang hilang terhakis oleh kejahilan diri.
Tadahan tanganku memohon doa semakin kerap. Sujudku juga semakin lama. Merasai kehinaan diri sebagai hamba yang lemah.
‘Ya Allah, bantulah kami Ya Allah. Andai kami layak menerima anugerahMu itu, kurniakan kami dengan zuriat yang baik. Zuriat yang mahu kulahirkan dari rahimku ini. Zuriat yang kuharapkan akan dapat kami didik untuk menjadi hambaMu yang taat pada perintahMu, akur pada suruhanMu dan menjauhi laranganMu.'
'Berikan aku peluang untuk meramaikan umatMu, melahirkan khalifah yang teguh pada agamaMu, yang mampu menyumbangkan kebaikan di dunia dan di akhirat nanti. Bantulah kami Ya Allah, permudahkan usaha kami untuk mendapatkan zuriat Ya Qadir, kabulkan doa kami Ya Mujiib’
Bukankah Allah cukup untuk melindungi hamba-hamba-Nya ? (Az- Zumar : 36)
Cukuplah Allah sebagai penolong kita, dan Dia adalah sebaik-sebaik penolong.
Ya Allah, ampuni daku, maafkan daku.
Ya Tawwab, terimalah taubatku.
Ya Mu’id, kembalikan daku pada jalanMu.
Ya Hadi, berikan aku petunjukMu.
Ya Ghaniyy, bantulah daku untuk perbaiki iman dan amalku.
Ya Waliyy, lindungilah daku dari kesesatan.
Dekatkan aku padaMu Ya Allah....
'Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampunkan dan memberi rahmat pd kami, nescaya jadilah kami dari kalangan orang yang rugi.'
Feb 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
Assalamualaikum Kak Su..
Benarkah cerita ni Kak su yg alaminya?kalau benar, saya mohon kepada Allah SWT supaya Kak Su sekeluarga kembali sembuh seperti sediakala..
Kesian ya nasib orang kena macam ni..
Mintak dijauhkan dari perkara2 mcm ni.
akak alaminya sendiri ke nih..semoga cepat sembuh kak.
Ouch... semoga anda sentiasa di jauhi benda benda sihir sebegini dan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. amin....
sebab saya pernah melihat kesengsaraan seseornag yg mengalami seperti ni..
salam Akak..
semoga sentiasa tabah mengharungi pahit maung kehidupan.
sungguh sri kusyuk baca entri ni.kerana tika ini adik jiran saya menjadi mangsa ilmu hitam utk memusnahkan kesemua keturunan mereka.selain kuasa Allah ...mungkin ada sesuatu ygDIA nak tunjukkan.
buat yg ditimpa musibah terkena ini...semoga tabah .Allah sayang anda
Waalaikumussalam. Ibnurashidi, Gdiz, Hashim dan Srisufi
Mmg ini kisah benar. Kisah yg kak su alami sendiri. Dah agak lama, 4-5 thn yg lepas. Sekarang ni, kak su perbanyakkan bacaan Quran sebagai usaha kami memperkuatkan ketahanan diri. Syukur sgt, kerana apa yang berlaku telah membuka hati dan jalan untuk kami mendekati Allah.
Bukankah setiap perkara yg berlaku itu ada sebabnya? Dan hanya Allah yang tahu rahsia kehidupan.
Sekarang ni, kak su berusaha dgn cara moden. Doakan kami ye!
Dan terima kasih atas doa kalian.
suara, moga semua baik2 belaka ya.
hari ni saya ada cerita misteri, di cerita kosong :)
Terima kasih maksu...
InsyaAllah...
Amin.
Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tokma faham keadaan yang su tanggung...sebab tokma sendiri dah pernah kena kan!!!.
Semangat dan hati kita saja yang perlu diperkuatkan...'benda2' macam nih kita kena lawan dari dalam diri kita sendiri. Semoga su dihindari dari segala musibah pada masa2 akan datang. I feel sorry for u su.
Terima kasih tokma.
Su yakin Allah lebih tahu apa yg sebenarnya berlaku dalam diri.
Su tak mahu percaya bahawa 'benda' tu penyebab untuk satu 'kekurangan' dalam hidup su.
Su mahu percaya bahawa Allah belum izinkan su miliki anugerah itu kerana masanya belum tiba. :)
Suara.... dia pergi ke sentul. bukan shah alam.
hanya mereka yang pernah melaluinya sahaja mengetahui betapa sakitnya yang kau rasa. Tidak sekali aku mahu lewati lagi keadaan itu, tetapi keadaan memaksa. LAwan hingga sembuh!
Katakanlah tidak ada seorangpun yang mengetahui yang ghaib di langit dan di bumi kecuali Allah... (An Naml:65)
InsyaAllah... Allah kan ada. Jasad dan roh saya milikNya. Tak akan berlaku sesuatu tanpa izinNya.
:)
Salam
Bukan semua perubatan yang dakwa guna al-Quran tu betul...
Kalau betul pun mungkin dia tidak mempraktikkan akhlak sebagai perawat
Moga cepat sembuh....Sembuh,InsyaALLAH
Salam zamry...
Hanya Allah yang tahu, kan? Kita cuma perlu minta pd Allah agar jgn sampai tersalah pilih, terutama sst yang agak kabur.
InsyaAllah... Terima kasih.
Post a Comment