Jan 18, 2009

Alhamdulillah...




Hari ini...
hari yg biasa...
hari ulangan bermulanya kembara ku di alam fana

Syukur Alhamdulillah atas segala kurniaanNya







Alhamdulillah...
Aku masih bernafas, masih terjaga dari lena, bangkit segar menyedut udara
Alhamdulillah...
Kesihatanku Kau pelihara sentiasa, nikmatnya tak terungkap dengan kata-kata
Alhamdulillah...
Kurniaan rezeki sentiasa ada, cukup untuk kami berdua, malah boleh dikongsi keluarga
Alhamdulillah...
Laluan ilmu sentiasa Kau buka, Kau permudahkan, seiring berpimpin kami mengejarnya
Alhamdulillah...
Kau kurniakan dia yg setia, aku bahagia, senyum dan tawa pengisi masa
Alhamdulillah...
Kau pelihara aku dari duka, kala terluka Kau sembuhkan segera
Alhamdulillah...
Tenang dijiwa sentiasa ada, syukur dihati melimpah sentiasa

'Lalu nikmat Allah yang mana hendak didustakan?'

Terlalu banyak senarai disedia
Aku malu untuk meminta
Tapi kugagahi juga
Kerana Engkau Maha Pengurnia

Ya Allah Ya Wahhab, Ya Fattah, Ya Azim...
Moga kurniaanMu, pemberianMu kekal hingga ke hujung usia,
bertambah dan melimpah setakat yang terdaya aku memikulnya

Ya Allah Ya Ghaffur, Ya Waliyy, Ya 'Affuww
Ampunilah dosa-dosaku yang lalu
Jauhilah aku dari keburukan dalam diriku dan sekitarku
Agar kesilapan tak berulang lagi seperti dulu

Ya Allah Ya Sami', Ya Syakurr, Ya Shabur...
Jadikanlah aku hambaMu yg sentiasa bersyukur...

23 comments:

Tawel Sensei said...

Banyaknya Alhamdulillah!
Alhamdulillah :)

P.S. Ada apa-apa ke ni? Hehe.

Ibnurashidi said...

Alhamdulillah wa syukurillah..atas nikmat Iman dan Islam. Semoga kekal ke akhir hayat..

Biarpun diri terasa luka pada anggota namun ucapan syukur ke hadrat ilahi tidak boleh terlekang dari diri.

AzmaMurni Aziz said...

syukurilah segalanya biarpun pahit kerana yang pahit itu jua akhirnya akan menjadi penawar...

Anonymous said...

Allhamdulillah...tanamkan syukur itu pada iktiqad hati, pada percakapan dan pada perbuatan kerana syukur sahabat r.a walaupun pada seteguk air.

suara said...

Tawel...
Alhamdulillah, muncul juga tawel sesekali kat sini ye! :)

p/s: Ada apa-apa? Apa..??? Sebenarnya sesaja je... kak su nak ingatkan diri supaya jgn tahu meminta je, sehingga terlupa bersyukur. Hidup lagi kak su hari ni ye. Diri terasa semakin tua semenjak semalam. huhu...

===================
Ibnurashidi...
Amin.
Luka dan sakit pun kena syukur jugak, kan? Sbb itu tandanya Allah nak hapuskan dosa-dosa kita yg lalu. Alhamdulillah...

===================
Qasih...
Ya, betul tu. Macam ubat jugak, kan? Yang pahit itulah yg menyembuhkan.

===================
Parkchick...
InsyaAllah, saya akan cuba. Dan mmg itu keazaman hati.
Terima kasih sbb singgah ke sini. Alhamdulillah...

Ibnurashidi said...

Luka dan sakit itu sebenarnya menggugurkan dosa-dosa kita..muhasabahlah pasti kita akan tersenyum dalam duka..

Irfan Jani said...

DAH TAHU!! DAH TAHU!!!
Hari ulangtahun Kak Su!!
Selamat hari ulangtahun ya, Kak Su. Semoga dipanjangkan umur sambil Allah timpakan berganda kurnia atas peningkatan amalmu. Semoga bahagia disamping keluarga tercinta, kekal hingga ke tanah syurga.

p/s: Dapat tahu dari blog Wan Nur Adila. Kehkeh.

suara said...

Ibnurashidi...
Yup, betul tu.
Teringat kata seorang penceramah (tak ingat siapa). Katanya, jangan sbb kita banyak dosa, kita minta Allah berikan kita sakit dan luka untuk menggugurkan dosa kita. Sebaiknya mintalah kesihatan, agar dgnnya kita boleh beribadat dan memohon keampunan Tuhan.

=================
SangPelangi...
Tu lah... Kak su dah semakin tua. Huhu...
Tapi tak leh sedih sbb umur dah meningkat, kan. Kena gembira sbb umur masih ada. Sbb tulah kak su buat entry ni.

Terima kasih Irfan. Untuk doa ucapan dan doa Irfan tu, amin.

Nur said...

Salam Kak Su?
Ulang tahun Akak kah?

Happy Birthday! Moga akak bahagia, diberkati, diberkahi, dilindungi-Nya selama-lamanya. Moga akak dan sekeluarga bahagia didunia dan diakhirat, dan dijauhkan dari api Nar. Semoga akak dan keluarga adalah calon syurga, dan dimudahkan di Padang Mahsyar, dan dijauhkan azab kubur.

Dan ya, moga iman didada sentiasa ada, terang bercahaya selama-lamanya.

suara said...

Salam Fakhzan...
Amin. Terima kasih atas ucapan dan doa. Kak su benar-benar hargainya... :)

SRISUFI said...

SALAM SAYANG BUAT AKAK

terima kasih kerana menitip suntikan motivasi utk sri...semoga jua akak dikurniakan kesihatan yang berpanjangan serta beroleh rezeki yg melimpah ruah sempena bertambahnya usia akak...

HEPI BELATED BDAY akak...


sri dah linkkan akak


sangat kagum dgn suara di minda...sri sgt sukakannya

suara said...

Salam sayang Sri...
Terima kasih atas ucapan dan doa. Terima kasih untuk link yg dibuat.
Tak ada apa yg nak dikagumkan Sri... kak su ni, insan yg penuh dgn kelemahan dan keburukan. Mungkin kalau sri dah kenal kak su, kagum itu akan hilang.

Anonymous said...

Awal Kak Su menulis entri ini, sudah mengagak ulangtahun Kak Su, cuma belum berkesempatan menurunkan komentar.

Sanah Helwah Ya Ukht

Kullu 'Am Waenti Bi Alfu Khair wal Barakah.

suara said...

Alqasam...
Kak su tak pandai bahasa Arab. Yang kak su tahu hanyalah sedikit yg amat.

Namun boleh agak apa yg ditulis. Kak su nak try translate berdasarkan ilmu yg terhad, boleh?

'Selamat berjaya Ya Ukht.'
'Semoga kehidupan lebih baik dan penuh berkat'


Sesiapa yg faham bahasa Arab, tolong betulkan translation kak su ye! :D

Err... Syukran jazilan ya ukht :)

ns said...

Alhamdulillah..ats segala nikmat yg diberikan..

Mak Su said...

tiada apa yang nak didustakan

kamar hati said...

Amin....

syukur atas kuniaanNYA... (",)

Anonymous said...

Alhamdullilahdengn ke atas Tuhan menjadikan kita makhluk yang sempurna. Bersyukur denagn apa yang kita ada. Sesunguhnya sebagai makhluk Tuhan kita mesti redha dengan ketentuannya.

Sufi Idany said...

Salam kak su...
Alhamdulillah kak...kesyukuran dalam ujian yang akan memperhebatkan kita.... amin....

ryann said...

turut syukur

Kak Long said...

alhamdulillah...semoga su sihat2 dan ceria

aKmA said...

salam ya ukhti..suka kata-kata "cerita dan kenangan" itu..mohon di kongsi di blog ya, izinkan..=)

suara said...

Teman-teman blogger semua... Terimakasih atas singgahan anda.

=================
Kak Long
Alhamdulillah, su sihat-sihat saja. :)

=================
Salam Akma
Silakan... :)