Raya korban terakhir.... untuk tahun ini. (errkkk.... ada ke raya korban berkali-kali?)
Saya dilanda badai kesibukan akhir tahun. Siri Penyakit Misteri tergendala buat seketika. Masih ada beberapa kisah yang mahu saya kongsi. Kepada yang berminat membacanya, sabar ye!
Mungkin buat sementara, saya boleh kongsikan kemeriahan perayaan Aidiladha di kampung saya. Sedikit kisah bergambar tentang acara tahunan keluarga. Err.... acara makan-makan tentunya. :)
Cuti raya adalah cuti yang paling saya tunggu. Tika ini, semua akan berkumpul. Anak-anak buah yang masih belajar diasrama dan di IPTA, akan pulang.
2 hari sebelum Aidiladha.
Makan steamboat di rumah kak ngah bersama keluarga kak long dan adik-adik.
Hidangan yang mudah dan ringkas, tapi cukup menyelerakan. Berselera bukan hanya disebabkan hidangan, tapi lebih kepada kemeriahan berkumpul, bergurau senda, mengusik dan bercerita.
Alhamdulillah. Syukur padaMu ya Allah, kerana masih berikan masa untuk kami menikmati ini semua.
Sehari sebelum Hari Raya Korban.
Ayah mertua saya anak yang sulung, dan rumahnya memang menjadi tempat berkumpul. Satu keluarga yang cukup besar, hampir 40 orang dari 4 keluarga dan 3 generasi.
Hidangan yang simple juga, nasi goreng berlaukkan ayam BBQ. Memang enak bila dimakan dalam keriuhan gurauan.
Menjelang Hari Raya Aidiladha (hari pertama)
Tumbangnya lembu pertama. Ayah mertua saya menyembelih sendiri lembu yang terpilih untuk dikorbankan. Penuh gaya, kalah orang main bowling. Hehe...
Langit yang mendung, tanpa titisan air hujan menyediakan suasana yang cukup damai untuk dinikmati. Suasana desa memang begitu.
Tahun ini, dua ekor lembu, hanya untuk kami anak beranak. Lembu pertama dilapah oleh bapa saudara, abang-abang dan adik-adik ipar (mereka semua terdiri dari cikgu-cikgu, ustaz, doktor pakar dan bakal fisiotherapist.)
Bagi kami orang kampung, walau setinggi mana pelajaranpun, harus tahu cara nak melapah lembu, kerana itu juga acara tahunan keluarga.
Selepas siap 'mengerjakan' seekor lembu, kami dihidangkan dengan masakan ma. Nasi minyak berlaukkan gulai daging, daging goreng, acar dan sambal cili. Enak sekali. Licin. Memang berbeza sekali rasa manis daging lembu yang segar.
Syukur Ya Allah...
Hari Raya Korban (Hari Kedua)
Kembali beraya di rumah kak ngah.
Permintaan anak buah yang teringin nak makan black pepper steak, lalu inilah yang menjadi menu utama selain dari bihun sup dan soto.
Nampak tak menarik, kan?
Tapi inilah rupa hidangan yang siap dihias untuk dihidangkan. Segar sekali warnanya. Seenak rasanya. :)
Alhamdulillah. Nikmat percutian yang membuatkan saya semakin rindu untuk pulang lagi.
Sebelum raya, makan.
Semasa hari raya, makan.
Selepas raya, makan lagi.
Tiba-tiba terdengar ada yang berbisik, 'Si Suara ni, makan untuk hidup atau hidup untuk makan?' Hehe...
Belum pernah saya masukkan gambar aktiviti keluarga. Ini entry ringkas yang mampu saya sediakan, mencuri masa di celah kesibukan. Sekadar sedikit gambar kemeriahan yang ingin dikongsi. Semoga kalian juga telah menikmati meriahnya Aidiladha.
Kata Tawel, 'Meriah itu relatif sifatnya; berbeza penafsirannya oleh insan yang berbeza'. Falsafah yang muncul diminda orang yang beraya di luar negara. Kan Tawel kannn.... :D
Untuk adik-adik dan teman-teman yang menyambut Aidiladha di luar negara, anggaplah entry ini sebagai catatan hiburan buat kalian yang kerinduan pada suasana perayaan tradisi di kampung halaman. :)
Dec 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
23 comments:
Assalamualaikum...
alhamdulillah update juga ya akhirnya.
seronoknya tengok raya kak su. Buat masa ni, sudah 2 tahun kami tidak 'berkorban' di kampung, sejak arwah maklong meninggal, arwah paksu juga meninggal, pakcik pula sakit dan pelbagai sebab lain. Pulang ke kampung selepas korban di Ipoh.
Nampaknya, saya kena tunggu tumpang beraya dengan keluarga suami lah ye? :)
nampak sedap menu-menunya. Nanti datang rumah kak su boleh kak su masak untuk saya pulak ya, lagi-lagi steak tu.
Apapun, moga urusan kak su dimudahkan
assalamualaikum kak su..
alaa..kamel pun teringat kampung jugak la macam ni ;(
gulai daging, daging goreng, acar ngan sambal cili..pergh kecur air liur..
lauk wajib org klate kalau buat bekwoh..hehehe
tiap2 taun slalu tgk abah kamel potong lembu @ kambing kat kg..
taun ni takde pun sembelih2 kat sini
pagi raya tu kamel pegi smayang kat masjid, pastu terus gi skolah cam biasa
hehe apepun..terima kasih la for this post. memang terhibur dpt tgk blk suasana raya kat sana..tapi tak lupa jugak sangat lapar. haha
Salam..
lama jugak tunggu ek updated.. huhu.. bz..
pa pun, lapar nyer bila masuk blog nie..
mcm2 makanan.. sedap2..
nyummy..
NahwanNur...
Waalaikumussalam.
Hehehe. Sebab tak banyak masa yang ada untuk menulis, kali ni buat cerita bergambar le pulak.
Ahaa... macam tak lama je tu. InsyaAllah, kan? Kak su doakan. Nanti jangan pulak merungut tak boleh beraya kat rumah sendiri lak ye!
Datang rumah dulu, soal menu apa tu kita uruskan kemudian. Setakat steak tu no problem. kita pegi makan kat kedai nak? kakaka...
Haha, boleh pula terselit kata-kata saya di sini! Itu sebenarnya adalah falsafah yang muncul di kalangan mereka yang memahami erti korban yang sebenar. Eceh..
Eh macam sedap saja ayam BBQ tu! :P
Kaamyl...
Waalaikumussalam.
Teringat kampung ye? Teringat saja tak pe, jangan sampai nangis dah le.
Keluarga kaamyl pun macam keluarga kak su jugak. Acara korban memang menjadi kebiasaan. Kadang tu boleh dikatakan setiap keluarga akan ambil bahagian korban, sampai tak tahu nak sedekahkan daging korban tu kat sapa. Itu tandanya rezeki murah, kan? :)
=================
LotsOfLove...
Salam.
A'ah... lambat skit n3 kali ni. Biasanya kak su menulis siang hari, mencuri masa antara kerja yg sibuknya tak dapat dijangka.
Hidangan di blog, sekadar jamu mata je lah, kan? Sila... sila... :)
=================
Tawel...
Erti korban sebenar tu camne erk? Korbankan selera sbb tak boleh makan daging korban ye? Hahaha...
Ayam BBQ tu bukan MACAM sedap, tapi MEMANG sedap! :D
Salam kak Su!!!
Lama tak dgr cerita, balik bercuti di kampung, rupanya... hehe..
Wah, sedap-sedapnya masakan itu semua... isk2 sampai hati kak su...
Seronokkan akalu dapat berkumpul skali skala satu family, dpt jumpa semua dari yang ebsar sehinggalah yang kecil, huhu....
rindunya pada kampungku... oh!
Salam Balqis!!!..
Hehe... Biasalah. Kak su asal dari dari kampung, mestilah balik kg. Bak kata orang, dari lumpur balik ke lumpur. Tapi kak su ni, boleh jugak kata... dari lumpur balik ke kuala lumpur. Hehehe....
wahh...bestnya dapat berkumpul dan berjumpa keluarga. steamboat bestnya
Macam2 ada........
Best betul...keluarga besar tapi bersama2 sepakat...tentu Su rasa begitu bertuah!! Tie tumpang suka..hi hi..
Ya Allah! Himpunan gambar makanan 'terpaksa' menjadi tatapan dikala perut menyanyikan lagu kopratasa. :D
Reen kat penang lani. Maila akak. Jangan lupa bawak 'apa-apa' yang patut okay. Hehe.
Ryann...
Memang best. Steamboat yang kalau tambah air cilinya, berkuasa macam speedboat. :D
=================
Tie...
Memang su rasa syukur sangat.
Tetiba teringat maksud salah satu ayat Al-Quran kegemaran Prof Kamil (Pengarang buku Travelog Haji) "Maka nikmat Tuhan yang manakah yang mahu kamu dustakan?"
Alhamdulillah.
=================
Reen...
Hahaha. Terpaksa menatapnya ye? Tapi kerana gambar tu lah, perut Reen boleh berlagu. Oklah tu... kan?
Kat Penang? Amboi... bercuti ke? Patutnya Reen le yg bawak 'apa-apa' bila balik sini nanti. :D
salam..ohh ada BBQ juga..ermm terima kasih ya atas petua berguna..
steak tu dagingnya lembut atau keras?ke ada petua kasi lembut?
apa yang saya tau..nak lembutkan daging rebus dengan sudu..atau rebus daging letak baking powder sikit..ntah jadi ke tidak..
Saya bukan cuti-cuti Malaysia, cuma cuti daripada mengajar. Status pengajar kini bertukar menjadi pelajar. Mohon doa diperluaskan jalan kejayaan bagi saya ya. Sayang akak! :)
Ibnurashidi...
Salam.
Nak buat steak, sebaiknya ambil bahagian daging yg lembut. Daging tu dipanggil daging batang pinang atau musir, iaitu daging yg berada dibahagian atas dan bawah bahu lembu. Kalau tak silap kak su ia juga dipanggil daging sirloin (entah betul ke tidak ejaan ni)
Daging keras tak sesuai buat steak sbb nanti kalau silap haribulan, gigi boleh tanggal sbb tak daya nak kunyah.
Daging yang keras biasanya kak su buat gulai atau sup je. Memang ada petua melembutkan daging yg keras. Meletakkan sudu adalah salah satu darinya. Ada jugak yg cakap masukkan panadol boleh lembutkan daging. Dan ada yg kata rebud dgn batang pisang atau betik (tak ingat sgt). Yang pasti, kak su tak gunakan mana-mana petua. Petua kak su, cuma rebus lama sikit sehingga daging tu lembut. :)
=================
Reen,
Ooo... dah balik jadi pelajar lah ni ye? InsyaAllah, kak su doakan kejayaan reen dari jauh. Sayang reen juga... belajar bersungguh-sungguh tau. :)
tak terkata tgk semua hidangan yang terhidang :)
nyam nyam
Salam Kak Su.
Abqori membaca entri ini ketika menunggu makanan disiapkan. Tengok gambar-gambar berkenaan terasa betul yang lapar ini tak lagi dapat ditahankan.
Rasanya ayat yang terakhir itu memang kena sekali dengan Abqori. Udahlah tahun ini beraya selepas sembuh dari terkena winter bugs. Namun Alhamdulillah raya tetap dapat dirasakan walaupun di perantauan.
Lagipun Abqori dah banyak kali dah beraya begini. Tambahan lagi baru lepas pulang dari Malaysia. Jadi kesedihan itu dapatlah juga dilawan. Cuma bila time takbir, oh, sayunya memang memilukan.
Ha, entri ini jadi salah satu pembakar semangat untuk cita-cita Abqori yang baru seminggu ditanam. Tahun depan pasti ada kerbau@unta@lembu@kambing yang "syahid" ditangan. Haha. Sila doakan. Sila aminkan.
salam
Huh bestnyer ... Ramai sungguh keluarga kalu berkumpul semua mesti meriah.. yek
waaa meriahnya...best nengok makanan :D
Su, lamanyer cuti...balik kampung ker atau pi melancong luar negara. Su apa kabar sekarang!!!!!
salam..kena check kesihatan ni..to much meat n beef..ahaahaha
Maksu...
Tak terkata ye? Kalau cam tu, tak pe, jemput jamu mata je lah.
================
Salam Alqori...
Harapnya Abqori dah sihat sepenuhnya dari terkena penangan winter bugs. Syukurlah sbb kerinduan pd perayaan di kampung tak begitu ketara. Pasti kat sana pun tak kurang hebat sambutannya.
Tahun depan ye? Amin... :)
==================
Salam Hashim...
Alhamdulillah. Bila kawin dan join keluarga besar, mmg best.
==================
Riani...
Itu baru tengok gambar, kalau boleh buat youtube, lagi meriah sbb boleh dgr bunyi bisingnya.
==================
Tokma...
Sesekali bercuti tokma... biarlah bercuti sakan.
Tapi su selalunya bercuti kat kg je... Percutian yg cukup best!
==================
Arsaili...
Huhu... kena check lagi 6 bulan. Sempatlah diet sikit. Hahaha....
i think the archive you wirte is very good, but i think it will be better if you can say more..hehe,love your blog,,,
Post a Comment