Err... Aci tak kalau tulis begini je;
Pengalaman manis memasak ialah buat air terlebih manis. Pengalaman pahit ialah terbuat kopi pahit. Pengalaman masin ialah masak lauk terlebih garam. Kenangan masam ialah masak asam pedas lupa nak letak asam. Hehe...
Huh.. siap satu tag.
Tapi rasa macam tak patut pulak menghampakan permintaan pertama Kaamyl ni. Jadi demimu Dr Kameelah, Kak Su akan cuba kongsikan sedikit kisah tentang makanan/masak-masak ni.
Sama macam Kaamyl, saya tak ingat bila kali pertama masuk dapur. Tapi yang pasti saya masuk dapur seawal usia tanpa ingatan lagi. Mungkin masa umur sebulan atau setahun. Di heret masuk ke dapur untuk makan dan minum tentunya. Kekeke...
Kisah 1
Masa kecik dulu, saya suka sangat makan ikan masak kicap. Bila sahur dan tak lalu nak makan, kakak akan masak lauk ni. Confirm saya makan habis sepinggan ++. Hampir setiap hari. Hidangan yang sama tanpa jemu. Nasib baik kulit tak bertukar warna seiras kicap. Huhu...Ada sekali tu, kakak tak masak lauk ni. Cuma goreng ikan je. Lauk lain ada tapi saya tak gemar. Saya frust sangat, sbb saya suka berkuahkan kicap tu sehingga nasi hitam legam. Di sebabkan dah angau dan fanatik sangat dengan ikan goreng kicap, saya mengambil inisiatif memasak sendiri.
Tanpa menggunakan kuali dan api, saya ambil kicap dan tuang atas ikan yg dah siap ada dalam pinggan. Letak cili dan bawang sikit. Siap. Main masak dalam pinggan je. Hehe... Masa tu pakai kicap cap budak pegang bola kot. Kicap lemak manis kipas udang tak wujud pun lagi.
Bila saya makan, ia tak sesedap yang kakak buat. Masin dan payau semacam je rasanya. Sudahnya saya tak termakan nasi tu. Tak sanggup nak telan. Huhu... Baru saya tahu, masak ikan kicap bukan semudah sangkaan saya.
Kisah 2
Saya masuk dapur secara rasmi untuk memasak ialah semasa tingkatan 1. Masa tu arwah mak kena serangan angin ahmar. Strok yang mak alami agak serius dan pergerakannya jadi amat terbatas. Mak tak dapat nak masak lagi. Arwah ayah pula memang tak pandai masak. Kakak sulung saya masa tu ada kursus di Trg dan kak ngah saya sedang menjalani latihan jururawat di P.Pinang. Jadi tak ada orang lain untuk mengambil alih tugas mak untuk memasak kecuali saya.Masakan pertama saya ialah acar masak bersantan. Fuhh... baunya memang semerbak bila ditumis. Dan memang sedap sangat. Err... Tentunya saya lakukan dgn arahan mak. Step by step. Dan hasilnya cukup untuk membuatkan mak tersenyum. Perfect.
Tapi bila mak meninggal, saya mula tinggal di asrama. Dan tugas memasak saya telah diambil alih oleh kakak dan mak tiri. Sesekali balik, saya memang tak masak. Maklumlah tinggal di asrama, balik je nak bermanja dengan kakak. Tak masaklah jawabnya. Satu-satunya yg saya teramat mahir memasak ialah masak maggi. Hehe...
Ia kekal begitu sehinggalah saya belajar di IPTA. Bila cuti sekolah atau cuti semester, saya masuk dapur sekadar jadi assistant chef je. Tolong kupas bawang, tumbuk cili, potong sayur, kacau lauk dlm periuk, basuh pinggan. Itu saja. Tak ada yg saya buat sendiri dari A sampai Z.
Sampaikan abang ipar saya mengusik, katanya kalau saya kawin nanti, mesti menu utama siang malam saya ialah maggi je. Muncung saya panjang sedepa masa tu. Kurang asam tul la. Grrr...
Kisah 3
Bila saya nak kawin, saya tak bimbang tentang memasak. Sebab saya tahu kemampuan saya. Semasa tinggal menyewa dengan kekawan, sayalah yg jadi tukang masak. Siap bawak bekal lagi pegi opis.
Saya bagitahu abang (masa tu tunang), yang saya tak tahu masak. Dan saya ceritakan usikan abang ipar saya tentang diri saya yg cuma tahu masak maggi. Dia risau. Suruh saya belajar masak. Pegi kelas masakan kalau boleh. Kebimbangannya berasas sebab maknya pandai masak. Ye lah... nanti bila masuk keluarga baru dan tak pandai masak, harus saya kena kritik sakan.
Saya tergelak. Dia pulak yang gayat sedangkan sebenarnya saya sekadar mengusik. Seronok membiarkan dia dengan kerungsingannya tu, sambil menunggu hari untuk kami di satukan. Rancang saya masa tu, bila dah tinggal serumah nanti, akan saya kejutkan dia dengan skil memasak saya yang dirisaukan sangat tu.
Bila saya nak kawin, saya tak bimbang tentang memasak. Sebab saya tahu kemampuan saya. Semasa tinggal menyewa dengan kekawan, sayalah yg jadi tukang masak. Siap bawak bekal lagi pegi opis.
Saya bagitahu abang (masa tu tunang), yang saya tak tahu masak. Dan saya ceritakan usikan abang ipar saya tentang diri saya yg cuma tahu masak maggi. Dia risau. Suruh saya belajar masak. Pegi kelas masakan kalau boleh. Kebimbangannya berasas sebab maknya pandai masak. Ye lah... nanti bila masuk keluarga baru dan tak pandai masak, harus saya kena kritik sakan.
Saya tergelak. Dia pulak yang gayat sedangkan sebenarnya saya sekadar mengusik. Seronok membiarkan dia dengan kerungsingannya tu, sambil menunggu hari untuk kami di satukan. Rancang saya masa tu, bila dah tinggal serumah nanti, akan saya kejutkan dia dengan skil memasak saya yang dirisaukan sangat tu.
Kali pertama masak untuk mak dan ayah mertua ialah masa saya bertunang. Goreng mee untuk breakfast. Masa tu sebulan atau dua bulan sebelum ikatan termeteri.
Abang dah sewa rumah dan tinggal sorang-sorang dengan rumah yang dilengkapi dapur ringkas. Dia tak tahu memasak seperti arwah ayah juga (kecuali masak air, tapi resepinya lain dari Kaamyl. Hahaha). Jadi dia tak kisah sangat untuk melengkapkan barangan dapur. Barang-barang untuk memasak seperti bawang, minyak masak, rempah ratus dan lain-lain memang langsung tak ada.
Lelaki tak reti masak, itu biasa. Lelaki pandai masak, itu istimewa. Dan suami saya adalah lelaki biasa merangkap 'tester' untuk setiap masakan baru saya. Cukuplah. :)
Lelaki tak reti masak, itu biasa. Lelaki pandai masak, itu istimewa. Dan suami saya adalah lelaki biasa merangkap 'tester' untuk setiap masakan baru saya. Cukuplah. :)
Ada sekali tu, keluarganya datang untuk meninjau dan tinggal bermalam sehari dua. Saya yang tinggal menyewa tak jauh dari rumahnya, dengan penuh debaran menghantar mee yang saya goreng untuk mereka bersarapan.
Mak mertua puji masakan saya sedap, cuma terkurang gula. Ish... tak tahu pulak saya yg masak mee nak kena masuk gula. Jadi dia masukkan balik dalam kuali, masukkan sikit gula, kacau dan hidang balik.
Huhu... Segan sangat sbb masakan saya 'diperbaiki.' Tapi saya tak kecil hatipun. Saya tahu mak mertua saya pakar dalam bab memasak ni. Dan saya bertuah sebab boleh belajar banyak dengan dia. Su saaayang ma sangat...
Kesimpulan. (Uih... ada kesimpulan la pulak. Macam karangan zaman sekolah je)
Aahh... tak payah simpul-simpul lah ye.
Cuma pesanan ringkas dari penaja, walau sebesar gunung dan seluas lautan pun cinta lelaki kepada perempuan, walau ditabur janji 'abang tak kisah sayang tak pandai masak. Biar abang je yg masak', tapi pastikan kita sebagai perempuan, kemahuan memasak dan skill tu tetap ada. Sedap tak sedap tu lain kira. Remember, practise make perfact. Don't give up.
Saya ingat lagi cerita seorang teman yang diceraikan oleh suaminya dengan alasan dia tak pandai masak. Entah betul, entah tidak. Ahh... dah namanya alasan.
Kalau dah tak suka, perkara simple macam tu pun nak dijadikan sebab untuk runtuhkan rumahtangga. Sedangkan dulu mereka memang bercinta, dan perkahwinan bukanlah pilihan keluarga.
Geram membungkus hati saya. Semudah itu tanggungjawab di lepaskan dengan alasan seringan pinggan plastik. Huh...
Kalau dah tak suka, perkara simple macam tu pun nak dijadikan sebab untuk runtuhkan rumahtangga. Sedangkan dulu mereka memang bercinta, dan perkahwinan bukanlah pilihan keluarga.
Geram membungkus hati saya. Semudah itu tanggungjawab di lepaskan dengan alasan seringan pinggan plastik. Huh...
Ermm... Manusia mmg mudah lupa. Mudah berubah di hempap badai dan masa.
Untuk semua yang baru dan dah lama berkahwin, semoga ikatan yang terjalin dipelihara Allah sentiasa. Amiin...
Pssstt... Kaamyl, ini cubaan pertama Kak Su menulis santai begini. Adoi... Macam apa je... huhu.
46 comments:
assalamualaikum...
lama rasanya tak komen di sini. Bulan2 lalu busy, jadi sempat kan baca, nak memberi buah fikiran tak berapa sempat.
Ala kullihal, tentang memasak. Best tag nya. Ketawa guling-guling saya membaca pengalaman kak su. Ada yang sama, ada yang berbeza.
Kalau kak su suka ikan masak kicap, saya pulak suka telur masak kicap :)
Saya pun dulu malah sekarang lebih banyak menjadi pembantu chef dari menjadi kepala dapur. Kadang-kadang tu di ketuk juga tangan oleh mak sebab tak cekap. Pernah jugak di halau dari 'operation room'. Haha. Ape lah nak jadi pada saya ya. Sebenarnya masih belum berkesempatan tinggal di rumah sewa. Dah sepuluh tahun lebih tinggal di asrama (balik rumah time cuti) yang tak membenarkn student memasak. Macamanalah nak asah bakat ni. Huhu, alasan kan mesti ada :D
Erm, tang cerita mak mertua datang test tu paling menggerunkan. Kalau la saya, agaknya mee tu terus di buang ke tong sampah, nak takleh nak diperbaiki. Hehe :p
Ayah saya kate, memasak ni berkesan dengan teknik try and error. Baru tahu mana yg terbaik utk satu masakan. Huhu. Kire ayah saya ni istimewa sebab die blh dikatakan terel bab memasak. Kalau sabtu dn ahad tu sampai la ni memang hari ayah masak, dr sarapan sampai la supper. Hehe. Siap boleh suruh die suapkan :)
Apepun, kesimpulan kak su, erm, pesanan penaja @ ape je, hehe, yang perempuan memang patut tahu memasak. Kerana bagi saya itu semacam suatu 'identiti'.
salam..
kak suuu!!! caaayang kak su~ ;D ;D sepagian tersengih terharu baca hikayat ni sambil mengunyah breakfast. nasib baik tak tercekik je part nak suruh kamel masak 7 hari 7 malam tu. huih. lepastu terfikir2, kan best kalo cereal dan susu ni transform jadi mee goreng kak su itu?
wawawaaa..mau mee goreng! :'(
sebagai denda, sila kasi resepi mi goreng tu jugak pasal homework tak complete. hahaha. kalo tak cemana nak dapat A+ kan. ngeh2 ;)
trimas akak!
Waalaikumussalam.
Tu la, lama dilah tak komen kat sini, rindu tau.
Ish... tak sangka kak su boleh buat dilah baca tulisan kak su sampai ketawa guling-guling. Kiranya kak su ni ada sense of humour jugak lah ye? Bakat terendam agaknya. Kekeke...
Kita serupa... kita serupa... (nyanyi ala lagu Zainal Abidin... err.. ye ke lagu dia? Huhu... kak su mmg fail bab lagu nih.)
Dilah tumbuk sambal belacan sampai sejam, mana tak kena halau (tekaan dari pengalaman ni. Hehe). Memang kalau blm kawin jawatan yg layak adalah sbg pembantu chef je. Bila dah kawin nanti, confirm naik pangkat. So, dgn kata lain, kalau nak naik pangkat, kawin cepat-cepat. :D
Waaaa.... jelesnya. dah besar dan panjang pun, ayah masak, makan siap bersuap lagi. Err... kita adik beradik kan... kan.. kan... (macam iklan satu syrikat telekomunikasi kat tv)
Salam Kaamyl...
Caaaayang Kaamyl jugak. Balik M'sia nanti, ada tugasan menunggu. Masak untuk kak su 7 hari 7 malam. Ingat tu.
Apa kata Kaamyl cipta satu resepi, cereal susu goreng berempah? Ok gak idea tu, kan? Kalau menjadi dan boleh ditelan dgn selamatnya tanpa ada kesan sampingan pada perut kak su, nanti kak su masak mee goreng untuk Kaamyl. Deal?
Nak resepi? Boleh... tapi tak leh bg kat sini, sbb ini secret resepi. Hehe
Err... tak leh dapat A+ ke tugasan ni? Tak dapat A+ pun tak pe lah, asalkan dapat A++++++... :D
sedapnyaaaaaa... nak sikittttttttttttt....
Memang sedaaapppp... sekali rasa sikit tak cukup tau. Apa kata, rudy mintak je suri masak. Mesti lagi poweerrr...
Salam kak su... maaf kalu tetibe ida lak menyapa kata di ruangan ni.... hihihi... 1stly terima kasih jenguk terakat ida yang serba kekurangan...
erm... masak memasak.... i like cooking... ahaks...
paling besh kan bila sumer yang kita masak tu abih.... kepuasan tu dtg dalam diri... btul tak kak sue?
Betul.. betul.. betul... (tiru gaya upindanipin cakap). Bila makanan yg kita masak di sapu bersih, walaupun tanpa pujian, hati automatik akan kembang. Kerana itu tanda masakan tu melepasi kelulusan dari sirim (anak tekak). :D
Ish... apa pulak nak mintak maaf dik ida oii!! Kak su yg patutnya berterima kasih sbb ida sudi tinggalkan komen. Kak su suka sangat tau...
Oppsss... lupa nak jawab salam.
W'salam. :D
duduk bujang dengan kengkawan boleh buat eksperimen. lauk syok sendiri. tapi utk mak mertua...ayyark..
memang best baca tulisan santai camni kaksu..he he he.
lebih relaks dan aku suka.
ada ker org becerai sebab isteri tak tahu masak?..isk..kemetot betul fikiran dia kan...benda buleh belajaq...belajaq la kan..
ryann...
hahaha... mmg lauk syok sendiri pun. Ada kes masak ikan kicap, tiga org chef, tiga style masakan. Pastu kes mencuba resepi baru lak, satu jenis masakan, tiga kali masak, tiga-tiga rasa lain... tapi sbb sendiri masak, habis je. Menjilat jari lagi.
Mak mertua punya tu... lidahnya lain. Org mahir mmg sensitif dgn rasa. Suka tak suka, rela tak rela, ryann kena bersedia tau. Ingat pesan kak su, masak mee, masuk gula sikit. kekeke
==================
cikgooden...
cubaan pertama cikgu. :) Kalau berjaya buat cikgu sengih pun, dah cukup buat kak su gembira.
Kes cerai dan alasannya. Ishh... macam-macam adaaa... Sbb tu kadar penceraian meningkat. Bila pikir balik, kenapa jadi camtu, jawapannya mudah saja. Manusia punya keinginan tersendiri.
Member tu, lepas cerai, kawin dgn org lain. Sedari awal dia cakap dia tak pandai masak. Tapi suami keduanya kata dia tak kisah sbb dia boleh ajar masak. So mrk kawin... diajar memasak sampai terer, tapi tak lama slps tu mrk bercerai juga. Kali ni sbb berjauhan (bertugas di luar negara). sisuami jumpa perempuan lain. Huh... Macam-macam lah...
salam..SUara minda..percubaan yg berjaya..seronok membaca pengalamanya yg disulam dgn pengajaran berguna....
Sini tadenya cuti..ahahaha
Salam arsaili.
Berjaya? Yeyey!!.. Alamak, rasa terangkat pulak. Ish... tak leh jadi nih.
Kehidupan org lain pun boleh dijadikan penduan dan pedoman untuk kita perbaiki diri, kan? Kak su sedang mencari formula untuk memasukkan setiap 'pelajaran' yg singgah diminda dgn cara yg berbeza. Mungkin sedikit kisah lama dan sesekali masukkan unsur keseronokan, buat kepala pembaca lebih ringan. :)
Salam,
wargh....citer pasal memasak?
Saya belum ada cukup pengalaman, ehehe...
Saya masak main campak-campak jer, asal ada rasa macam ibu saya masak, kira boleh makanlah, ehehe..
Selebihnya tu, saya tgh blajor skrg ni, ada gaklah blajar bake cake benda simple2 tu skit2...
saya plak jenis kalau teringin sgt nak makan sesuatu tu, sy mmg blajar resepi tu jer betul2, yang sy tak suka sgt makan plak, xdelah saya berape beria sgt, uhuhuhu...
seram plak bc kisah kak su ngan mak mertua, aish, kalau sayalah (x dpt byg) eheh~
Salam kak su. Adoi.. saya masih hutang tag ni dengan Kaamyl. Nakal betul dia. Hehe.
"Untuk semua yang baru dan dah lama berkahwin, semoga ikatan yang terjalin dipelihara Allah sentiasa. Amiin..."
Akak, doa untuk mereka yang akan berkahwin takde ke? ;)
Balqis...
Salam.
Belajar jgn tak belajar. Lambat-laun nak kena masak untuk life partner lak. tak lama lagi kan..kan..kan..? ;)
Kak su pun mulanya mmg masak apa yg kak su suka makan, tapi bila dah kawin, kena utamakan apa yg hubby suka makan. Haaa... nanti Balqis pun mesti jadi macam tu jugak.
==================
Nooreena...
Salam Reen.
Kak cuma nak Reen ingat.... 'Hutang wajib di bayar walaupun tidak di tuntut.' So, apa tunggu lagi... pegi siapkan assignment tuh! Kekeke
Ish... lain macam je ayat last tu. Macam tak lama je lagi. Bila? ;)
salam.
ni adalah 1st time sy melawat blog Kak Su.Sangat suke membace entri2 Kak Su yang best.
sedapnye nmpak dalam gambar tu.susah ke nak buat ye?maklumla sy ni baru mule nak bergiat-giat dalam memasak ni.hehe.
p/s:boleh sy link kan Kak Su dalam blog sy?
kena ambik nafas dalam2 baca entry su kali ni, hehehe.tiga kali berhenti r&r baru abis ns baca ;p
salam su...
bila nak jumpa akak ni... muahsss kat pp dia.... :-)
Sheffwed...
Salam.
Selamat menyinggah kat sini ye... Terima kasih sbb sudi tinggalkan jejak. Kalau suka... baca, jgn tak baca. Tapi ingat, yg baik jadikan tauladan, yg buruk jadikan sempadan, yg tak kena berikan teguran, yg kelakar jadikan hiburan, yg sedih mohon dihiburkan, yang... yang... yang... dll yang lagi. ;)
Nampak je dah sedap, kalau makan, mungkin lebih-lebih lagi lah kan. Bukan setakat mak mertua lalu tak sedar, pak lang, mak ngah, hantu lalu pun tak sedar... hehehe.
Tak susah nak buat, ibarat kata Balqis, main campak-campak je dlm kuali.
Baik mula berjinak-jinak memasak dari sekarang, kalau nak jadi lelaki istimewa. ;)
Boleh aja, kalau nak link kan blog kak su ni. Amat di alu-alukan...
================
Gdiz...
3 kali berenti r&r? Uih... mesti 3 kali kenyang jugak kan? Hehehe
================
Salam kak sepi...
Jemput le datang ke sarang su di shah alam ni. Su tunggu ye.
Muahhh...
ternyata daya penulisan anda mantob...saya suka..
mohon link-kan ke blog saya ekk..
teman...
masih banyak yg aspek penilisan yang perlu diperbaiki sbnrnya. Anyway, makasih sbb suka dgn tulisan saya...
Sila-sila... Boleh aja kalau nak di link kan...
salam kak su~
hihihi [lebar senyum dla lepas baca entri ni!]
dah lama tak menjenguk ke sini. sibuk sikit. kak su apa khabar?
aaaaaa lepas baca entri kak su ni makin membuak2 semangat dla nak blajar masak. dla mmg suka masak, tp bila duduk hostel ni limited sungguh peluang nak improve the skill. nanti nak beli 'hot plate' tu la. hari tu ada kawan beli, taklah mahal sangat. hihi. nanti boleh la berguru dengan kak su, ye!
p/s: dulu kan, ada lecturer dla ckp doctor perempuan ni tak pandai masak. i want to prove him wrong!
Salam su..Tie suka sangat baca kisah su ni..teringat masa tie dulu. Memang kita sebagai isteri kena tahu memasak, sekurang2nya masak makanan kegemaran suami. Itu betul2 penting. Kadang2 suami dah biasa dgn masakan ibunya terutama ibunya pandai masak, tentu sukar bagi suami utk menerima masakan cincai isterinya..kesian. (dah pernah tgk ni..)
Wan Nurul Adila...
Salam Dla sayang. Kak su sihat-sihat je. Dla apa khabar? Jaga diri walaupun sibuk tau.
Masa belajar dulu, dan tinggal kat asrama, kak su penah masak bubur jagung pakai rice cooker. Jamu kekawan makan sampai penuh bilik. Mmg meriahlah...
Kat asrama mana boleh bwk alat eletrik. Tapi pandai-pandailah sembunyikan ye!
Nak berguru dgn kak su ye? boleeehhh... Ada pengerasnya tau. Tapi tengok menu lah. kalau masak taufu lembut tu, pengerasnya dah jadi lembut, kalau nak masak ikan kayu, mungkin pengerasnya mmg keras sikit. Kekeke...
Erm... Lecturer tu terkawin dgn doktor yg tak pandai masak kot. Tak pe, nanti ambik no tel dia, bila berkesempatan nanti, Dla ajak dia rasa masakan dari air tangan (bukan air basuh tangan tau) Dr Nurul Adila.... Mesti tanggapannya berubah lepas tu. InsyaAllah. Kak su doakan....
Kak Tie...
Selalu terjadi suami membandingkan masakan isteri dgn ibu. Memang masakan ibu tak boleh di tandingi pun. Sebab air tangan ibu dah sebati dgn lidah, tekak dan perut. Tapi mana-mana suami pasti akan hargai masakan yg isteri buat walaupun tak setanding keenakan masakan maknya.
Dan su yakin, setiap orang ada kelebihan masing-masing, kita sbg isteri kenalah cuba pelbagai menu sehingga tahu mana yg suami suka. Terutama menu yg suami tak dpt buat perbandingan.
Tak pun, belajar je dgn ibu mertua. Kena marah pun tak pe, sbb nak dpt ilmu punya pasal...
Erm... apa kata kak tie pulak ceritakan pengalaman masin manis memula masuk dapur. Ok gak tu kan?
ermmm...kiter dolu sebelum kawen, tak bape terer masak...
bila dah kawen segala resepi dicuba...sapa yg jd tukang rasa? cik abe laaaa...sekarang dah ok dah kalau bab masak-memasak...
kalau nak ajak 4/5 owang kawan2 dah boleh budjet nak masak menu apa, bape banyak dan so on laaa...kadang2 tu kan su...kalau riani masak kat dapur, boleh hilang tension...hehehehehehe
sonok jer baca tagged su ni...muahhhsssss
Riani...
Sonok masak dan try pelbagai menu bila dah ada orang yg boleh ditarget utk jadi tukang rasa. Especially kalau tukang rasa tu ialah yang tersayang. Bermotivasi betul, kan?
Isk... camne agaknya Riani lepaskan tension dgn masak erk? Agaknya dgn melepaskan segala tenaga dalaman dgn cara ketuk kuali kuat-kuat kot. Tak pe, baik kuali jadi mangsa dari org yg jadi mangsa. Hehehe...
Psstt... nanti kalau su nak p sana, su booking masakan Riani, boleh? Biar su jadi tukang rasa lak. :D
Aliff orang bujang yang memang jarang masuk dapur! He!he!Makan minum semua di pejabat dan kedai aje. Memasak? Kak Su ajar Aliff buleh?
Aliff dari kecil pun manja dengan kakak. Dari kak long, kak ngah dan kak lang, semuanya rajin tanya Aliff "aliff nak makan apa hari ni?" :P
Kesudahannya, Aliff jadi pakar makan sahaja!
hihihi...
alhamdulillah, dla pon sihat..cuma dah kurus sikit...asyik miss makan je...hihihi..
hmm kat sini macam takpe je kalo nak bawa barang elektrik. siap ada mesin basuh dengan tv lagi. hihihi..
betul la cakap ayah nahwannur kat atas nun. memasak kna guna cara 'try and error'. if you don't try, you'll not know. nampak senang, tapi tak begitu mudah sebenarnya..hihihi
oh, lecturer dla tu sbenarnya doktor juga and dia cakap doktor perempuan tak pandai masak sebab kakak dia who is also a doctor, tak berapa pandai masak. hihihi...
haish oklah kak su...dla kat library ni...ada discussion plak...tgh lapar, ckp2 pasal makanan lagi la perut ni berkeroncong! hihihi
lot's of love to you, my dear kak su!
Alif ni adik manja kakak lah ni ye? Amboi... makan main order dgn kakak je lah ni. ;)
Tak pandai masak tak pe. Aliff kan lelaki... jadi pakar makan pun ok gak per. Hubby kak su pun pakar makan jugak. Hehehe.
Tapi kan... lelaki ni kalau tak pakar pun tak kisah sgt, tapi boleh masak satu dua jenis masakan pun dah cukup istimewa. Bukan apa... nanti bila dah kawin nanti, sesekali beri kejutan pd tersayang dgn masakan luar biasa, pasti dia teruja.
Boleh aja kak su nak ajar Aliff memasak. Apa kata kita mulakan pelajaran dgn menu masak air ala kampung. Mula-mula... masukkan air dalam cerek (kalau tak de cerek, kuali pun boleh gak). Bla... bla... bla...
Err... Aliff Muhammad ni lain dari Aliff Fusarium Solani, kan? Kak su tak leh jengok blog Aliff la, invited readers only.
Dla... Kurus sbb miss makan + miss him ke? ;D Kekeke
Ooh... kakak dia yg tak berapa pandai masak rupanya(bukannya tak tahu masak langsung, kan?). Dan dia buat kesimpulan cam tu lak ye!? Mana boleh. Ni yang kak su geram ni...
Harap satu hari nanti dia dpt bini doktor tapi yg pandai masak... baru dia tahu andaian dia tu salah. (Doa kena lah yg baik-baik aje kan...)
lucu ada,kelakar ada...bila baca citer2 su ni
;D cerita zaman dulu-dulu kak kam. bila mengingatkannya, ia mmg buat su tersenyum sendiri.
bak kata org2 tua....
"perempuan belajar la tinggi mana pun...mesti akan ke ceruk dapur jg...."
tak sah kehidupan seorang wanita. kalau tak pandai masak....kan kan kan?????
salam,
wah ! lama tak buka blog..
entri baru buat perut rasa lapar pula..
hek hek rindu sama akak..
sibuk ke?
kisah 1, huhuhu, hervat nyer kamu
Kamar...
'Perempuan belajar setinggi mana pun, mesti akan ke ceruk dapur juga...'
Memang betul... walaupun bukan utk masak, tapi utk makan, kena masuk dapur gak, kan? Masak air pun masak jugak. kekeke
tak sah kehidupan seorang wanita. kalau tak pandai masak....kan kan kan?????
A'ah... paling tidak, pandai masak maggi, macam kak su ni, kan..kan..kan?? (dulu la...). hahaha....
Salam Bluehoney...
(memandai je kak su translate, kan? hehe)
Sibuk? Kak su ok je, tak sibuk sgt. Lely yg sibuk. tak sempat ziarah blog kak su... dah lama tak update blog yg tu... kata rindu... benarkah begitu, sedangkan lely jarang ke sini bertamu? Ishh... macam bicara org dulu-dulu yg sarat pantun lak, kan? Hehe
Lapar kenalah makan... jom kak su masakkan mee goreng mertuaku. Nak?
=================
mmg hebatpun maksu. masak ikan kicap tu lebih cepat dari masak maggi tau... hahaha
topik yang sangat best..
belajar memasak sangat la best..
mula2 sampai di sini dulu, pegang periuk pun takut..huhu..
lama-lama boleh pulak buat kenduri.. :)
dari tak tahu apa-apa, sampai la memasak kuda berempah.. kat sini ada jual kuda, menarik gak berbanding kambing.
tapi kot mana-mana lelaki masak, masakan seorang ibu sangat dirindui.
mungkin lelaki masak kurang satu bahan kot, kasih sayang dia tak sehebat kasih sayang ibu ketika masak... :)
hahaha, ada-ada je lah kak su ni. yang sebetulnya dla rindukan ummi ngan abah dla. dah lama tak balik rumah. ingatkan nak balik hujung minggu ni. tapi mak ada kerja plak. minggu lepas birthday dla pun dla tak dapat nak balik. asal hujung minggu je dla mesti nangis, sebab homesick..and tangisan tu jadi lagi kuat bila dla teringatkan orang yang dah tak dapat nak jumpa parents diorang langsung. dla teringatkan kak su, dla teringatkan kawan dla yang dah tak ada ayah...semua tu buat air mata dla lagi deras mengalir...hmmm...
ishk3...apa cerita sedih pula yang timbul..maaf ya,kak su..tiba-tiba nak bercerita pasal ni. asalnya nak menjawab isu 'miss him' tu je. sudahnya jadi meleret macam ni. hehehe.
oh ya, pasal lecturer dla tu. ha ah, rasanya kakak dia tu kurang pandai, bukanlah tak pandai langsung. mungkin juga dia takda masa nak tunjuk skill memasak dia. lecturer dla tu dah kawin pun. wife dia bukan doktor. =)
Kak jie tak ingat bila kali pertama memasak..... maklumlah anak sulung dari 8 adik beradik.
memasak wajib untuk seorang isteri...setinggi mana pun anda berada.
ada orang cakap tak kisah isteri tak masak tetapi bila dah bekerluarga kita akan bercampur gaul dgn ipar duai , tak kan nk duduk bilik je....itu salah satu cara berkomunikasi dan membentuk hubungan yang erat sesamam ipar duai perempuan..di dapur
Umaralfateh...
Thks sbb singgah sini dan tinggalkan jejak.
Syazwan mesti pandai masak ni. ;)Baguzzz.... Bertuah sesiapa yg jadi roommate kat sana.
Agaknya bila ada acara makan-makan kat Rusia, Syazwan yg jadi tukang masak ye!?
Masak kuda????... Dagingnya keras, kan? Tak tercabut ke gigi kunyah?
Erm... Bila masak utk tersayang, rasanya lain sbb ada perisa tambahan bernama cinta dan kasih. Masakan ibu pulak bercampur doa. Lagilah best rasanya. Macam dijampi... sbb tu lah semua anak akan rindui masakan ibu.
Kak su saja je nak serkap jarang tu... kot-kot mengena. kekeke...
Anak manja rupanya... nangis tu hobi weekend dla ye? Kekeke... Macam kak su zaman belajar dulu je. Tapi rindu kak su tak leh nak ubat walaupun balik kg. :(
Itu dulu... Skrg kak su dah kuat. Dah lama sangat. Rindu pd arwah ayah bonda sentiasa ada. Tapi bila rindu, sebaiknya kirimkan doa utk mrk. Dan tangisan kak su mampu ditahan.
Bak kata seorang teman, 'Daripada menangis rindukan insan, baik menangis rindukan Allah, sbb Dia akan bekalkan kekuatan pd kita dan kita akan kembali padaNya satu hari nanti...'
Dah... jgn sedih lagi. Jgn nangis banyak sgt, nanti banjir lak. Walaupun jarang jumpa mak, tapi Dla boleh call kan? Nanti bila balik, bolehlah tdo bawah ketiak mak. Waaa... jelesnya. Peluk dia utk kak su tau. Happy belated bday utk dia. :D
Kak jie mesti lagi awal masuk dapur, kan? Anak sulung selalunya begitu. Sbb tu lah terer masak sbb dapat latih tubi masak semuda usia.
A'ah, kan kak jie. Aktiviti memasak ni mmg dapat mengeratkan silaturrahim. Hubungan lebih rapat bila menangis sama-sama kat dapur (gara-gara kupas bawang). Mak mertua pun sayang.... :D
Post a Comment