Err... Aci tak kalau tulis begini je;
Pengalaman manis memasak ialah buat air terlebih manis. Pengalaman pahit ialah terbuat kopi pahit. Pengalaman masin ialah masak lauk terlebih garam. Kenangan masam ialah masak asam pedas lupa nak letak asam. Hehe...
Huh.. siap satu tag.
Tapi rasa macam tak patut pulak menghampakan permintaan pertama Kaamyl ni. Jadi demimu Dr Kameelah, Kak Su akan cuba kongsikan sedikit kisah tentang makanan/masak-masak ni.
Sama macam Kaamyl, saya tak ingat bila kali pertama masuk dapur. Tapi yang pasti saya masuk dapur seawal usia tanpa ingatan lagi. Mungkin masa umur sebulan atau setahun. Di heret masuk ke dapur untuk makan dan minum tentunya. Kekeke...
Kisah 1
Masa kecik dulu, saya suka sangat makan ikan masak kicap. Bila sahur dan tak lalu nak makan, kakak akan masak lauk ni. Confirm saya makan habis sepinggan ++. Hampir setiap hari. Hidangan yang sama tanpa jemu. Nasib baik kulit tak bertukar warna seiras kicap. Huhu...Ada sekali tu, kakak tak masak lauk ni. Cuma goreng ikan je. Lauk lain ada tapi saya tak gemar. Saya frust sangat, sbb saya suka berkuahkan kicap tu sehingga nasi hitam legam. Di sebabkan dah angau dan fanatik sangat dengan ikan goreng kicap, saya mengambil inisiatif memasak sendiri.
Tanpa menggunakan kuali dan api, saya ambil kicap dan tuang atas ikan y

Bila saya makan, ia tak sesedap yang kakak buat. Masin dan payau semacam je rasanya. Sudahnya saya tak termakan nasi tu. Tak sanggup nak telan. Huhu... Baru saya tahu, masak ikan kicap bukan semudah sangkaan saya.
Kisah 2
Saya masuk dapur secara rasmi untuk memasak ialah semasa tingkatan 1. Masa tu arwah mak kena serangan angin ahmar. Strok yang mak alami agak serius dan pergerakannya jadi amat terbatas. Mak tak dapat nak masak lagi. Arwah ayah pula memang tak pandai masak. Kakak sulung saya masa tu ada kursus di Trg dan kak ngah saya sedang menjalani latihan jururawat di P.Pinang. Jadi tak ada orang lain untuk mengambil alih tugas mak untuk memasak kecuali saya.Masakan pertama saya ialah acar masak bersantan. Fuhh... baunya memang semerbak bila ditumis. Dan memang sedap sangat. Err... Tentunya saya lakukan dgn arahan mak. Step by step. Dan hasilnya cukup untuk membuatkan mak tersenyum. Perfect.
Tapi bila mak meninggal, saya mula tinggal di asrama. Dan tugas memasak saya telah diambil alih oleh kakak dan mak tiri. Sesekali balik, saya memang tak masak. Maklumlah tinggal di asrama, balik je nak bermanja dengan kakak. Tak masaklah jawabnya. Satu-satunya yg saya teramat mahir memasak ialah masak maggi. Hehe...
Ia kekal begitu sehinggalah saya belajar di IPTA. Bila cuti sekolah atau cuti semester, saya masuk dapur sekadar jadi assistant chef je. Tolong kupas bawang, tumbuk cili, potong sayur, kacau lauk dlm periuk, basuh pinggan. Itu saja. Tak ada yg saya buat sendiri dari A sampai Z.
Sampaikan abang ipar saya mengusik, katanya kalau saya kawin nanti, mesti menu utama siang malam saya ialah maggi je. Muncung saya panjang sedepa masa tu. Kurang asam tul la. Grrr...
Kisah 3
Bila saya nak kawin, saya tak bimbang tentang memasak. Sebab saya tahu kemampuan saya. Semasa tinggal menyewa dengan kekawan, sayalah yg jadi tukang masak. Siap bawak bekal lagi pegi opis.
Saya bagitahu abang (masa tu tunang), yang saya tak tahu masak. Dan saya ceritakan usikan abang ipar saya tentang diri saya yg cuma tahu masak maggi. Dia risau. Suruh saya belajar masak. Pegi kelas masakan kalau boleh. Kebimbangannya berasas sebab maknya pandai masak. Ye lah... nanti bila masuk keluarga baru dan tak pandai masak, harus saya kena kritik sakan.
Saya tergelak. Dia pulak yang gayat sedangkan sebenarnya saya sekadar mengusik. Seronok membiarkan dia dengan kerungsingannya tu, sambil menunggu hari untuk kami di satukan. Rancang saya masa tu, bila dah tinggal serumah nanti, akan saya kejutkan dia dengan skil memasak saya yang dirisaukan sangat tu.

Kali pertama masak untuk mak dan ayah mertua ialah masa saya bertunang. Goreng mee untuk breakfast. Masa tu sebulan atau dua bulan sebelum ikatan termeteri.
Abang dah sewa rumah dan tinggal sorang-sorang dengan rumah yang dilengkapi dapur ringkas. Dia tak tahu memasak seperti arwah ayah juga (kecuali masak air, tapi resepinya lain dari Kaamyl. Hahaha). Jadi dia tak kisah sangat untuk melengkapkan barangan dapur. Barang-barang untuk memasak seperti bawang, minyak masak, rempah ratus dan lain-lain memang langsung tak ada.
Lelaki tak reti masak, itu biasa. Lelaki pandai masak, itu istimewa. Dan suami saya adalah lelaki biasa merangkap 'tester' untuk setiap masakan baru saya. Cukuplah. :)
Lelaki tak reti masak, itu biasa. Lelaki pandai masak, itu istimewa. Dan suami saya adalah lelaki biasa merangkap 'tester' untuk setiap masakan baru saya. Cukuplah. :)
Ada sekali tu, keluarganya datang untuk meninjau dan tinggal bermalam sehari dua. Saya yang tinggal menyewa tak jauh dari rumahnya, dengan penuh debaran menghantar mee yang saya goreng untuk mereka bersarapan.
Mak mertua puji masakan saya sedap, cuma terkurang gula. Ish... tak tahu pulak saya yg masak mee nak kena masuk gula. Jadi dia masukkan balik dalam kuali, masukkan sikit gula, kacau dan hidang balik.
Huhu... Segan sangat sbb masakan saya 'diperbaiki.' Tapi saya tak kecil hatipun. Saya tahu mak mertua saya pakar dalam bab memasak ni. Dan saya bertuah sebab boleh belajar banyak dengan dia. Su saaayang ma sangat...

Kesimpulan. (Uih... ada kesimpulan la pulak. Macam karangan zaman sekolah je)
Aahh... tak payah simpul-simpul lah ye.
Cuma pesanan ringkas dari penaja, walau sebesar gunung dan seluas lautan pun cinta lelaki kepada perempuan, walau ditabur janji 'abang tak kisah sayang tak pandai masak. Biar abang je yg masak', tapi pastikan kita sebagai perempuan, kemahuan memasak dan skill tu tetap ada. Sedap tak sedap tu lain kira. Remember, practise make perfact. Don't give up.
Saya ingat lagi cerita seorang teman yang diceraikan oleh suaminya dengan alasan dia tak pandai masak. Entah betul, entah tidak. Ahh... dah namanya alasan.
Kalau dah tak suka, perkara simple macam tu pun nak dijadikan sebab untuk runtuhkan rumahtangga. Sedangkan dulu mereka memang bercinta, dan perkahwinan bukanlah pilihan keluarga.
Geram membungkus hati saya. Semudah itu tanggungjawab di lepaskan dengan alasan seringan pinggan plastik. Huh...

Ermm... Manusia mmg mudah lupa. Mudah berubah di hempap badai dan masa.
Untuk semua yang baru dan dah lama berkahwin, semoga ikatan yang terjalin dipelihara Allah sentiasa. Amiin...
Pssstt... Kaamyl, ini cubaan pertama Kak Su menulis santai begini. Adoi... Macam apa je... huhu.