Mar 10, 2011

Rumahku... syurga atau neraka?

Bulan lepas saya baru saja menulis tentang pinjaman. Walaupun lakaran saya bukan mengenai pinjaman kereta ataupun rumah tapi pinjaman PTPTN, tapi isi yang nak disampaikan tetap sama.

'Pinjaman, penyelesaian jangka pendek, permasalahan jangka panjang.' Ia tersemat kemas dalam ingatan.

Kalau mampu diundur kembali, saya tak akan membenarkan diri membuat pinjaman perumahan dengan kadar maksimum, walaupun kemampuan untuk menyediakan lebih dari 10% bayaran muka memang boleh diuruskan.

Keghairahan untuk mengumpul harta diawal usia, keinginan melabur dalam hartanah, membuatkan saya terjebak dalam beberapa pinjaman yang menyempitkan saluran nafas saya sehingga 25 tahun lamanya. Namun alhamdulillah... Allah membuka fikiran dan jalan penyelesaian buat saya dan ia saya langsaikan tak sampai separuh dari tempoh masa yang tertera dalam perjanjian.

Terkini, kerajaan membuka tawaran untuk pembelian rumah pertama dengan pinjaman sehingga RM220k tanpa wang pendahuluan dan dengan tempoh sehingga 30 tahun lamanya. Tempoh yang terlalu lama untuk merisikokan diri. Ya, benar, dengan skim ini semakin ramai yang berupaya mengejar impian. Tapi dihujung kembara, berjayakah impian itu dipeluk dengan aman?

Sekarangpun, terlalu banyak rumah lelong yang diiklankan. Rumah yang mana dibeli dengan membayar pendahuluan, tapi berkesudahan dengan pengishtiharan bangkrup terhadap peminjamnya. Tak perlu tunggu pinjaman rumah, pinjaman keretapun sama kesannya. Mungkin ianya tak sampaipun 5% dari keseluruhan pinjaman yang bank keluarkan. Tapi masa depan kita di mana? Di kalangan 95% atau 5%? Nampak tak kemana arus aliran pinjaman ini bakal membawa kita? Tak gerun ke?

Hidup ini penuh dengan ketidakpastian. Siapa yang mampu memberi jaminan yang kesihatan diri dan keluarga akan terjaga sepanjang masa? Siapa yang boleh menjamin yang kerjaya diri akan sentiasa mendaki seiring dengan usia? Siapa yang berani mengatakan semua hutang akan lancar dibereskan mengikut apa yang telah dimeterai? Tak ada sesiapa!

Hanya Allah yang tahu corak masa depan yang bagaimana dilakar untuk kita.

Hutang hanya akan melemahkan ummah. Ia mampu memaksa kita meletakkan dunia dihadapan dan akhirat dibelakang. Meminjam dengan bank maknanya menjerumuskan diri dengan riba. Saya tahu, sekarang telah banyak perbankan Islam ditawarkan untuk 'melembutkan' hati mereka yang memandang sepi perbankan konvensional. Tapi bagi saya ia tetap tidak menyelesaikan masalah.

Saya tak mahir untuk berseloka tentang hukum harus, haram dan halalnya pinjaman. Apa yang saya tahu, apa yang membuatkan hati resah dan gelisah, yang berpotensi untuk mengganggu lena tidur saya, harus saya jauhi selagi terdaya.

Garis panduan kesejahteraan hidup telah tertulis dengan jelas dalam Al-Quran dan salah satunya, mengelakkan diri dari terlibat dengan sebarang jenis hutang...

Nota : Ishhh... saya menulis seolah saya tak memerlukan pinjaman langsung, kan? Hakikatnya, saya masih ada pinjaman yang perlu di langsaikan... hutang kereta. Entry ini saya buat untuk menguatkan keazaman diri agar tidak wujud cita-cita untuk menambah hutang. InsyaAllah...

Realisasikan keazamanku ini Ya Allah... Amin.


p/s : Statistik pinjaman itu adalah statistik hentam keromo yang saya reka sendiri. Maaf ya!

4 comments:

Kaktiny said...

AS Salam Su..

Topik ni pon tiny bincang dgn cik abang masa dengar hari tu.
Bagi tiny, sama macam Su, sebenarnya utk budak2 muda ni.. TAK PERLULAH! (MAAF, ini juga pandangan peribadi).

Sampaikan tiny ckp kat cik abang.. "kita jual je la umah kita tu.. settlekan semua hutang yg ada nih, pastu kita menyewa je la.. sewa umah sedara2 yg ada 2-3 bijik umah tu.. secara tak langsung, dapat tolong diaorg langsaikan beban bulanan... hahaha... yang penting, kita 'O' debts.."

Laki tiny kata ok gak.. hahaha..

Kira2 balik, kami kena bayar tambahan RM100xxx lebih campur interest segala bagai!!.. Buatnya tak sempat habis bayar?.. Sian anak2 menanggung beban (entah iya entah tidak diaorg nk duduk situ nanti).

Pasal kereta, laki tiny kata, still ok lagi, sebab kita umpamakan kereta tu kita 'SEWA' jugak.. sebab kereta tak boleh jadi aset kekal poon.. dah rosak esok, kita tukar kereta lain.. hihihi..

Kami pernah melalui zaman "muda" (mcm muda sgt eh.. hahaha) yg hanyut tenggelam dengan mengikuti arus 'fesyen dan brand'.. dan peritnya melalui 'balasan' di atas kesalahan silam takkan kami benarkan berlaku kepada anak2 kami.. kami juga sedang dalam proses mentarbiyah diri dan menerima 'tarbiyah' Allah (ujian) atas kesilapan lalu.. dikembalikan segala resah kepada Allah.. dengan redha kami hadapinya.. InsyaAllah.. semoga Allah berikan jalan keluar daripada permasalahan yg membelenggu... ameen.

LEAVE WITHIN YOUR MEAN.. itu peringatan kami kepada diri kami sendiri skrg ini (dan kemuadian hari nanti..) juga kepada adik2 dan anak2...


.

Kaktiny said...

"LIVE YOUR LIFE WITHIN YOUR MEAN"..

LEAVE YOUR DEBTS EMPTY..

(nak tulis dua-dua ni, tertulis satu, yg jadi makna lari jauhbeanr.. hahahah)

suara said...

@tiny
Waalaikumussalam.
Fikir pasal pinjaman rumah ni, mmg rasa sangat peritnya. Bayangkan duit dah banyak habis, tapi rumah kosong tak tersewa. Nak tinggal pun tak berani. Kawasan 'gelap'. Bila teringatkan rumah tu pun... fikiran su jadi mendung. Huhuhu...
Nak elakkan beban hutang bercambah dan beranak pinak dek interest, su bayar cepat-cepat. KWSP semua dikeluarkan.

Pasal kereta tu, su akui dan bersetuju dengan pendapat suami tiny. Asalkan tak dijadikan habit bertukar kereta tu seperti bertukar baju. Mmg ada kes istihar bankrap sbb pinjaman kereta.

Adik-adik semua... dengarlah cakap kami yg dah rasa peritnya hutang. Tak payah nak dikejar pinjaman 100% tu. Kami berpesan sebab sayang. Tak ada alasan lain, hanya satu kenyataan yg mudah; ketidakpastian masa depan.

ryann said...

manusia hidup sahaja sudah terjebak dgn hutang. tak bebas.